Abang usia 12 tahun rogol adik sendiri lepas ketagih tengok video lucah

lead image

Abang rogol adik sendiri, menakutkan bila fikir seorang abang atau budak yang baru berusia 12 tahun boleh terfikir untuk lakukan perkara ini.

Macam mana perkara ini boleh terjadi? Apa yang membuatkan budak lelaki ini tergamak untuk merogol adiknya sendiri?

Abang rogol adik: Bukan cuma sekali...

Ketika kejadian, budak lelaki ini hanya berusia 12 tahun dan adiknya berusia 10. Kejadian ini berlaku pada tahun 2013 di Singapura, tahun yang sama dia mula menonton porno.

Satu hari, adik-beradik ini berada di rumah sendirian, dan menurut laporan, budak lelaki ini sedang menonton porno dan ia menyebabkan nafsu seksualnya terangsang lalu dia mula mencari adiknya untuk memuaskan nafsunya!

Pertama sekali, dia mengugut adiknya untuk beritahu ibu bapa mereka yang adiknya menggunakan telefon bimbit jika adiknya tidak mahu mendengar kata.

Kemudian, budak lelaki ini rogol adiknya tanpa menggunakan kondom, dan hanya berhenti apabila adiknya menjerit kesakitan.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2017/01/National Strategy child sexual abuse.jpeg Abang usia 12 tahun rogol adik sendiri lepas ketagih tengok video lucah

Ibu bapa mereka juga mendapati budak lelaki ini telah banyak kali mengusap bahagian kemaluan adiknya beberapa kali. Ibu bapa mereka tidak membuat laporan polis pada masa itu tetapi mereka menghantar kedua anak mereka mendapatkan kaunseling.

Pada masa yang sama, budak lelaki ini dihantar ke rumah nenek dan atuknya untuk menjauhkannya dari adik. Enam bulan selepas itu, budak lelaki ini dibenarkan pulang ke rumah kerana kaunselor merasakan yang budak ini telah "pulih".

Satu malam, pada Ogos 2016, budak lelaki ini merasai keinginan seksual yang kuat. Jadi dia ke bilik adiknya dan menyuruh adiknya mengikut dia masuk ke dalam bilik. Dia kemudian mengusap kemaluan adiknya.

Selepas kejadian ini, perkara tersebut dibawa ke Khimat Perlindungan Kanak-Kanak Menteri Sosial dan Perkembangan Keluarga.

Pada April 2017, ibu kanak-kanak ini membuat laporan polis terhadap anak lelakinya.

Abang rogol adik mengaku bersalah, ibunya minta hukuman diringankan

src=https://i1.wp.com/www.10news.one/wp content/uploads/2017/07/Rape 1.jpg?resize=678%2C381&ssl=1 Abang usia 12 tahun rogol adik sendiri lepas ketagih tengok video lucahPada hari Isnin, 4 Jun 2018, budak lelaki yang kini berusia 16 tahun itu didapati bersalah melakukan penderaan seksual dan menggunakan paksaan jenayah untuk meragut "kesopanan" adiknya.

Budak lelaki ini mengaku bersalah ke atas kedua-dua tuduhan.

Budak lelaki ini yakin yang adiknya tidak akan beritahu ibu bapa mereka tentang apa yang telah dilakukan, kata Timbalan Pendakwa Raya Awam.

Manakala Hakim May Masenas mengatakan yang budak perempuan ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih dari tindakan abangnya.

"Saya tak boleh bayangkan apa yang adik anda perlu lalui," katanya.

Ibu mereka sedih dan kecewa serta meminta supaya hukuman untuk anaknya diringankan. Budak lelaki ini dilaporkan telah meminta maaf pada adiknya dan mengatakan yang dia tidak mendapat rawatan yang betul semasa dia pertama kali melakukan kesalahan ini.

Budak lelaki ini mungkin akan dihukum pada 9 Julai ini dan mungkin akan dipenjarakan selama 20 tahun, disebat dan didenda.

Budak lelaki ini sedang menerima rawatan dari pakar psikologi dan psikiatri sekarang.

Abang rogol adik: Pengajaran bahaya porno pada kanak-kanak

src=https://smedia2.intoday.in/aajtak/images/stories/201705/1336389741941 porn kid 1493890218 618x347.jpeg Abang usia 12 tahun rogol adik sendiri lepas ketagih tengok video lucah

Seperti yang diberitahu, abang rogol adik ini berlaku pertama kali adalah pada tahun yang sama dia mula menonton porno.

Pornographi adalah ancaman yang serius. Bagaimana anda boleh melindungi anak anda darinya dan apa yang perlu anda lakukan jika anda tertangkap anak sedang menonton porno?

Reza Indragiri, pakar psikologi forensik dan Ketua Pemenuhan Hak Kanak-Kanak dan Institut Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, menerangkan,

"Apabila kanak-kanak menonton kandungan eksplisit, mereka akan cuba meniru tingkah-laku ini di kehidupan sebenar.

Mereka mungkin tidak tahu yang tindakan mereka akan menyebabkan kesengsaraan dan mengundang bahaya, dan mungkin tiada motif seksual.

Walaubagaimanapun, untuk memahami fikiran perogol akan membuatkan mereka ingin merogol lagi pada masa hadapan. Orang yang merogol juga boleh dikira sebagai mangsa dan mereka perlu menjalani proses pemulihan."

Ini adalah cara untuk melindungi anak anda dari porno

1.Kekal tenang

Menjadi beremosi, marah, prihatin dan keliru adalah normal, tapi ia tidak akan membantu anda. Mungkin perkataan ini cukup untuk menggambarkan perasaan anda sebagai ibu bapa apabila anda mendapat tahu anak anda selalu menonton video dewasa.

Walaubagaimanapun, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bertenang supaya anda dapat berbincang dengan anak anda dengan cara yang berhemah.

2. Elakkan dari memarahi anak anda

Percayalah, marah anak kerana mereka menonton kandungan yang tidak senonoh tidak akan berkesan. Ia hanya akan membuatkan mereka mencari pelbagai alasan atas tindakan mereka.

Bukan sahaja itu, anak anda juga boleh marah anda balik.

Cuba bincang dengan anak anda dan cuba untuk buat mereka berterus-terang pada anda. Para bapa juga perlu terlibat dalam perbincangan ini dan beritahu mereka tentang risiko menonton video pornografi terlalu kerap.

3. Awasi anak anda dengan lebih ketat

Apa lagi yang boleh anda lakukan selepas anda dapat tahu anak anda tonton porno? Ibu bapa boleh mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan mengetatkan kawalan di rumah dan di sekolah.

Ini termasuk melimitasikan akses mereka untuk melayari internet dan kenal dengan rakan-rakan mereka.

Ia memang mustahil untuk kita tahu setiap aktiviti anak-anak, tapi sebagai ibu bapa kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengambil tahu apa yang anak lakukan dan meluangkan masa yang lebih untuk mereka supaya mereka tidak mencari hiburan yang dilarang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparentSingapore

Baca juga:

my.theasianparent.com/kesan-tengok-blue

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!