X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Acne Patch Terbaik & Selamat Digunakan Semasa Hamil, Katakan Selamat Jalan Kepada Si Jerawat!

Bila hormon jadi tak stabil semasa mengandung, mulalah timbul jerawat yang tidak diiingini di bahagian muka, malah ada juga yang tumbuh di bahagian tubuh lain! Aduh!

Apakah produk acne patch terbaik untuk mengatasi jerawat ya? Waktu hamil adalah waktu yang paling banyak berlaku perubahan pada wanita, yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak.

Ini termasuk kenaikkan berat badan, perubahan emosi, dan masalah kulit yang berbeza seperti kulit kering, kulit kusam, malah ada juga yang semakin berseri tetapi ada juga yang mengalami masalah jerawat.

Acne Patch Terbaik & Selamat Digunakan Semasa Hamil, Katakan Selamat Jalan Kepada Si Jerawat!

Kredit gambar : Freepik

Jerawat mungkin nampak seperti masalah biasa sahaja tetapi sayangnya tidak semua ubat di pasaran yang sesuai untuk merawat terutamanya sewaktu hamil. Ada juga yang mengambil keputusan untuk mencuba pakai acne patch sahaja. Ia sebenarnya produk yang bagus kerana ia amat membantu mengecutkan jerawat terutamanya buat wanita yang tidak gemar memakai krim jerawat yang tebal dan meninggalkan rasa berminyak.

Jadi, sebelum anda berganjak masuk ke dalam dunia acne-patch, adalah penting untuk anda faham akan perbezaan jenis acne patch. Setiap satu daripadanya mensasarkan untuk merawat jenis jerawat yang berbeza. Apabila digunakan dengan betul, ia boleh membantu mempercepatkan proses sembuh dan malah mencegah masalah parut akibat jerawat.  Sentiasa ingat bahawa pabila ia digunakan dengan salah, anda mungkin hanya akan membazirkan wang dan masa anda.

Isi Kandungan

  • Bagaimana Acne Patch Membantu Menghapuskan Jerawat?
  • Tip Menggunakan Acne Patch
  • Cara Memilih Acne Patch Terbaik 
  • 7 Produk Acne Patch Terbaik Di Pasaran
  • #1 BREYLEE Acne Pimple Patch (Acne Patch Terbaik Ultra Nipis)
  • #2 Purito All-Care Recovery CiCa-Aid (Acne Patch Terbaik Mengurangkan Parut)
  • #3 WATSONS Acne Patch (Acne Patch Terbaik Dalam Menyerap Rembesan Jerawat Dengan Efektif)
  • #4 Mighty Patch Invisible+ – Hydrocolloid Acne Pimple Patch (Acne Patch Terbaik Secara Keseluruhan)
  • #5 NEXCARE Acne Patch (Acne Patch Terbaik Paling Popular Di Pasaran Malaysia)
  • #6 Cosrx Acne Pimple Master Patch (Acne Patch Terbaik Paling Cepat Menunjukkan Penyusutan Jerawat)
  • #7 PanOxyl Overnight Spot Patches (Acne Patch Terbaik Kurang Risiko Parut)
  • Perbandingan Harga
  • Tips Mencegah Jerawat Dengan Berkesan

Bagaimana Acne Patch Membantu Menghapuskan Jerawat?

Jangan pandang acne patch sebelah mata, ia bukan stiker biasa, malah ia sangat membantu dalam menyelesaikan masalah jerawat.

Ia boleh membantu dalam meminimakan kewujudan jerawat sementara merawatnya. Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana ia dapat bantu anda dengan masalah jerawat.

1# Ia “menyedut" keluar cecair bakteria dari pori

Patch ini berkesan dalam menyerap kewujudan lebihan cecair dan nanah serta mempunyai kesan seperti vakum yang mana ia menarik keluar kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. Ia kemudian menukar kekotoran itu kepada bahan seperti gel yang meletak pada patch dan dibasmi keluar dari wajah.

Ia juga boleh mencegah bakteria daripada memasuki jerawat yang memburukkan lagi kemerahan dan keradangan. Efek “menyedut" ini adalah teknologi hidrokoloid.

2# Ia boleh membantu mencegah habit menyentuh dan memicit jerawat

Jika anda mempunyai jerawat, satu perkara yang pakar dermatologi akan memberitahu anda untuk lakukan adalah dengan serta-merta menggubal polisi ‘hands-off‘.  Dan cuba teka apakah satu perkara yang dijamin anda pasti akan lakukan juga? Menyentuh dan memicitnya.

Jadi, dengan adanya acne patch, ia boleh dikatakan melakukan satu tugas yang terbaik dalam melindungi kawasan jerawat, dengan cara ini anda tidak akan akan memicitnya.

Ketahuilah yang mana dengan memicit jerawat, ia adalah 99 peratus akan menjadikan ia jauh lebih teruk kerana ia mencetuskan lebih masalah keradangan, yang meningkatkan lagi tempoh masa untuk sembuh dan menjadikannya seakan meninggalkan kesan parut, warna kulit tidak sekata atau parut.

3# Ia boleh membantu merawat jerawat dengan aktif

Acne patch yang mengandungi bahan-bahan yang membantu merawat jerawat, seperti asid salisilik, mungkin dapat menghantar lebih ekstra bantuan untuk membersihkan kotoran dan bakteria keluar dari pori dan mempercepat penyembuhan.

Asid salisilik adalah salah satu bahan terbaik untuk merawat jerawat. Sesetengah produk juga mempunyai bahan melegakan kulit seperti aloe vera dan vitamin A, yang membantu mengurang keradangan.

Tip Menggunakan Acne Patch

acne patch terbaik

Kredit gambar: The List

Terdapat sejumlah kelebihan dalam menggunakan acne patch, dari mengelakkan anda daripada memicit jerawat dan mencegah sebarang iritasi lanjut untuk memberikan perlindungan UV dalam menyalurkan proses rawatan.

1. Wajah dan tangan bersih

Sebelum apa-apa, pastikan anda telah mencuci wajah serta tangan dengan bersih sebelum menggunakan acne patch pada jerawat. Ini demi memastikan yang proses rawatan akan berjalan lancar serta tidak menyebabkan jangkitan lain.

2. Pilih saiz yang sesuai

Sebelum anda mengambil acne patch, pastikan anda memilih saiz yang sesuai fit untuk diletakkan di tengah-tengah mata jerawat.

3. Lekatkan dengan lembut

Secara perlahan-lahan dan dengan lembut lekatkannya pada kulit kering sebagai satu langkah utama dalam rutin penjagaan kulit anda, terutama sekali untuk patch hydrocolloid.

4. Biarkan selama hampir 24 jam

Setelah melekatkannya pada jerawat, biarkannya sehingga hampir 24 jam atau sebelum patch tersebut bertukar warna sedikit gelap. Pabila ia telah menukar warna, anda tahu yang mana ia telah menyedut keluar sisa daripada pori tersebut.

Cara Memilih Acne Patch Terbaik 

Acne Patch Terbaik & Selamat Digunakan Semasa Hamil, Katakan Selamat Jalan Kepada Si Jerawat!

Kredit gambar : Hero Cosmetics

Acne patch ada beberapa jenis, dan semuanya digunakan untuk merawat masalah yang berbeza seperti:

  • Acne Patch Berubat bagi merawat masalah papula, jerawat pustula nodular atau cystic 
  • Acne Patch Tidak Berubat bagi merawat jerawat dan whiteheads 
  • Jenis Microneedle untuk masalah jerawat nodular atau sista dalam

Patch untuk jerawat aktif

Acne patch berubat dipenuhi dengan bahan aktif yang membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan melegakan keradangan. Patch tersebut meningkatkan kadar penyerapan Bahan aktif ke dalam kulit.

Ia mengurangkan benjolan, kesakitan, dan kemerahan pada jerawat, dan boleh jadi efektif pabila merawat jerawat yang sedang mengganas, seperti papula.

Ia juga mungkin dapat membantu dalam mengurangkan saiz luka yang disebabkan oleh nodular atau jerawat sistik. Bahan aktif yang paling biasa pada patch ini adalah asid salisilik dan minyak tea tree.

Patch untuk merawat jerawat

Patch jerawat tidak berubat adalah nama lain bagi pembalut hidrokoloid, yang mana paling biasa digunakan untuk luka selepas surgeri untuk membantu mempercepat proses merawat. Patch ini sedikit berbeza di dalam yang mana ia kebanyakkannya dipotong dengan bentuk bulat untuk fit pada saiz jerawat.

Ia juga sangat nipis, yang mana bermaksud keberadaannya kurang kelihatan jika anda mengambil keputusan untuk memakainya di tempat awam.

Patch ini berfungsi dengan menyedut keluar lembapan dari dalam pori. Ia juga mencegah daripada sebarang jangkitan lain serta berkhidmat sebagai benteng lembapan yang membantu untuk mempercepat kesembuhan dan mengelakkan daripada kewujudan parut jerawat.

Patch untuk jerawat sistik

Walaupun perkataan “jarum" boleh menyebabkan anda sedikit bimbang, jangan risau. Patch jerawat microneedle tidaklah segerun bunyinya, dan ia bolheg jadi yang sangat tidak menyakitkan.

Patch ini mengandungi microneedle yang terlarut – sangat halus, jejarum halus – pada sudut lain dan perlu digunakan untuk membantu terawat sistik atau jerawat nodular. 

Patch ini boleh membantu menembusi dan menghantar kandungan aktif ke satu lapisan lebih dalam di dalam kulit di mana ia diperlukan. Sementara kadar efektifnya bergantung pada individu dan kedalaman luka jerawat itu, ia tidak sakit untuk anda mencubanya. 

Sebilangan bahan penjagaan kulit berpotensi berisiko untuk bayi dan dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, jadi elakkan produk yang mengandungi bahan berikut:

  • Retinol dan retinoid. 
  • Benzoil peroksida dan asid salisilik. American Academy of Dermatology (AAD) mengatakan bahawa produk ini mungkin baik dalam dos kecil. Tetapi sebaik-baiknya, tanyakan kepada doktor  sebelum menggunakan produk dengan ramuan ini.

Tetapi ibu jangan risau ya, masih rawatan jerawat di luar sana yang boleh anda gunakan semasa mengandung. Perlu diingat bahawa kulit setiap orang berbeza – jadi sekiranya ibu melihat perubahan kulit secara tiba-tiba, tolong rujuk doktor dengan segera.

7 Produk Acne Patch Terbaik Di Pasaran

Berikut adalah produk merawat jerawat yang mesra kehamilan yang akan membantu anda menghilangkan jerawat yang ada, mencegah jerawat baru dan menghapus bintik-bintik gelap untuk mEmberi anda ketenangan sewaktu anda hamil!

Produk Acne Patch Terbaik
product image
BREYLEE Acne Pimple Patch
Acne Patch Terbaik Ultra Nipis
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Purito All-Care Recovery CiCa-Aid 
Acne Patch Terbaik Mengurangkan Parut
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
WATSONS Acne Patch 
Acne Patch Terbaik Dalam Menyerap Rembesan Jerawat Dengan Efektif
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mighty Patch Invisible+ - Hydrocolloid Acne Pimple Patch
Acne Patch Terbaik Secara Keseluruhan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
NEXCARE Acne Patch
Acne Patch Terbaik Paling Popular Di Pasaran Malaysia
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Cosrx Acne Pimple Master Patch 
Acne Patch Terbaik Paling Cepat Menunjukkan Penyusutan Jerawat
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
PanOxyl Overnight Spot Patches
Acne Patch Terbaik Kurang Risiko Parut
more info icon
View Details
Beli di iHerb

#1 BREYLEE Acne Pimple Patch (Acne Patch Terbaik Ultra Nipis)

acne patch terbaik

Merawat jerawat dan diformulasikan dengan koloid hidrofilik dari Belgium,  ia direka dengan rekaan yang ultra tipis, selesa pada kulit, dan mampu mengekalkan penampilan semula jadi anda bila-bila masa.

Patch ini dapat meliputi permukaan jerawat sepenuhnya, yang dapat mengelakkan jerawat bersentuhan dengan bahan pencemar luaran dengan berkesan, menghentikan penyebaran kemerosotan jerawat.

Apa yang kami suka?

  • Mengelakkan jerawat bersentuhan dengan bahan pencemar luaran
  • Disarankan untuk digunakan sebelum mekap.
  • Bahan semula jadi untuk menghilangkan jerawat
  • Ekstrak Tea Tree
  • Mengurangkan keradangan, menyesuaikan rembesan minyak, melegakan kulit dan mempercepat penyembuhan luka

BREYLEE Acne Pimple Patch

dari BREYLEE

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#2 Purito All-Care Recovery CiCa-Aid (Acne Patch Terbaik Mengurangkan Parut)

acne patch terbaik

Purito All Care Recovery Cica-Aid ini diformulasikan dengan Asiaticocide dan Madecassic Acid untuk menenangkan, mengekstrak, dan mengurangkan penampilan jerawat degil yang meradang.

Produk mesti dimiliki ini membantu mengurangkan parut dan meningkatkan masa pemulihan dengan mewujudkan persekitaran yang lembap untuk mengeluarkan sebum yang terperangkap. Ia juga bertindak sebagai penghalang kalis air untuk melindungi jerawat dari kerengsaan luaran.

Apa yang kami suka?

  • Kesan anti-radang untuk liputan semula jadi
  • Penjagaan jerawat dengan cepat tanpa parut
  • Diperbuat daripada hidrokoloid bermutu tinggi
  • Penjagaan CICA

Purito All-Care Recovery CiCa-Aid 

dari Purito

product imageBeli di Shopee

#3 WATSONS Acne Patch (Acne Patch Terbaik Dalam Menyerap Rembesan Jerawat Dengan Efektif)

acne patch terbaik

Acne patch dari Watsons bukan sahaja mudah didapati,malah merupakan patch hydrocolloid menyerap rembesan jerawat dengan cukup berkesan, melindungi jerawat dari kotoran dan bahan cemar lain. Saiznya yang kecil dan nipis memang sesuai untuk digunakan ketika beriadah tanpa perlu risau ia jelas kelihatan pada wajah.

Apa yang kami suka?

  • Ketebalan 0.04cm
  • Kalis air
  • Ruang perudaraan yang baik
  • Selesa

WATSONS Acne Patch 

dari Watsons

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#4 Mighty Patch Invisible+ – Hydrocolloid Acne Pimple Patch (Acne Patch Terbaik Secara Keseluruhan)

acne patch terbaik

Acne patch ini menutup cela dengan pelindung hidrokoloid tipis dan tidak kelihatan. Ia menyerap jerawat bernanah untuk mempercepat penyembuhan dan mencegah jerawat sehingga tidak ada lagi bintik-bintik merah yang tertinggal. Acne patch ini tidak berubat dan tidak jelas kelihatan pun semasa pemakaian, bahkan anda boleh menyapu concealer di atasnya!

Apa yang kami suka?

  • Nipis dan ringan
  • 50% lebih banyak daya penyerap senjata daripada jenama lain
  • Jernih, matte, dan tirus dengan lancar,
  • Tidak kelihatan + mudah menyatu dengan warna kulit apa pun.
  • Selesa
  • Dibuat dengan hidrokoloid bermutu perubatan berkualiti tinggi yang dengan lembut mengeluarkan semua senjata yang terperangkap di whitehead anda.
  • Semulajadi, tidak menjengkelkan, dan benar-benar selamat untuk kulit.
  • Melindungi jerawat daripada muncul dan memerah untuk membantu mencegah parut dan jangkitan.
  • Pelekat yang lebih kuat bermaksud ia tidak akan bergerak, tidak kira apa pun

Mighty Patch Invisible+ - Hydrocolloid Acne Pimple Patch

dari Mighty Patch

product imageBeli di Lazada
product imageBeli di iHerb

#5 NEXCARE Acne Patch (Acne Patch Terbaik Paling Popular Di Pasaran Malaysia)

acne patch terbaik

NEXCARE Acne Patch merupakan antara produk yang sangat mudah didapati di pasaran Malaysia, khususnya di farmasi-farmasi terkenal. Ia selamat digunakan pada pelbagai jenis kulit, dan merupakan produk tidak berubat. Membantu menyerap lebihan minyak dari kawasan yang terjejas. Cara menggunakannya juga mudah, hanya buka alas pelapik dan lekatkan pada kulit kering. 

Apa yang kami suka?

  • Lembut tetapi berkesan
  • Membantu mengurangkan keinginan untuk menyentuh dan memicit noda
  • Berfungsi semasa anda tidur
  • Telus, anda hampir tidak tahu ia sedang aktif

NEXCARE Acne Patch

dari Nexcare

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#6 Cosrx Acne Pimple Master Patch (Acne Patch Terbaik Paling Cepat Menunjukkan Penyusutan Jerawat)

acne patch terbaik

Cosrx Acne Pimple Master Patch bertindak dengan patch hidrokoloid yang mencegah jangkitan sekunder semasa penyembuhan. Ini membolehkan rawatan intensif untuk kawasan bermasalah sambil melindungi kulit dari bahan pencemar luaran. Pelekat jerawat dari Cosrx juga diluluskan oleh pakar dermatologi untuk digunakan semasa mengandung dan menyusu.

Apa yang kami suka?

  • Mengurangkan keradangan dengan menyerap eksudat breakouts, sambil melindungi pelepasan daripada jangkitan sekunder.
  • Saiz jerawat menyusut dengan luar biasa tanpa meninggalkan bekas selepas beberapa jam.
  • Diformulasikan dengan bahan mesra kulit yang dapat meredakan kulit yang jengkel.
  • Hypoallergenic
  • Diuji pakar dermatologi 
  • Bebas kekejaman,
  • Tanpa parabens, sulfat dan phthalates 

Cosrx Acne Pimple Master Patch 

dari COSRX

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#7 PanOxyl Overnight Spot Patches (Acne Patch Terbaik Kurang Risiko Parut)

Acne Patch Terbaik & Selamat Digunakan Semasa Hamil, Katakan Selamat Jalan Kepada Si Jerawat!

PanOxyl PM Overnight Spot Patches membantu menghapuskan jerawat dengan menyerap nanah dan cecair pada jerawat untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Patch hidrokoloid bebas lateks ini selamat untuk semua jenis kulit dan direka untuk membantu melindungi kulit, menyembuhkan tompok jerawat, dan mencegah diri anda daripada memicit jerawat, yang mana boleh membawa kepada parut. 

Ia agak tebal sedikit berbanding acne dot yang lain, jadi dijamin ia melindungi jerawat anda dengan lebih baik dan boleh menyerap lebih banyak nanah dan cecair. PanOxyl Spot Patches tidak mengandungi parabens, pewangi, sulfat, peluntur dan lateks. 

Apa yang kami suka?

  • Membantu menghapuskan jerawat
  • Melindungi dan menutup jerawat agar ia kekal bersih
  • Mempercepat proses sembuh
  • Menyerap rembesan jerawat
  • Membantu mencegah masalah memicit jerawat
  • Membantu mengurangkan risiko akan parut

PanOxyl Overnight Spot Patches

dari PanOxyl

product imageBeli di iHerb

Perbandingan Harga

Jenama Harga (RM) Kandungan Harga/patch

BREYLEE Acne Pimple Patch

4.85 22 0.22

Purito All-Care Recovery CiCa-Aid

29.90 51 0.59

WATSONS Acne Patch

9.90 24 0.41

Mighty Patch Invisible+ – Hydrocolloid Acne Pimple Patch

60.04 39 1.54

NEXCARE Acne Patch

11.89 36 0.33

Cosrx Acne Pimple Master Patch

8.00 24 0.33

PanOxyl Overnight Spot Patches

36.87 40 0.92

Tips Mencegah Jerawat Dengan Berkesan

Acne Patch Terbaik & Selamat Digunakan Semasa Hamil, Katakan Selamat Jalan Kepada Si Jerawat!

Kredit gambar : www.self.com

1. Cuci wajah dengan betul

Untuk membantu dalam mencegah jerawat, adalah penting untuk kita membasmi lebihan minyak, kotoran, dan peluh pada wajah setiap hari. Walaubagaimanapun, mencuci wajah lebih daripada 2 kali sehari boleh jadi memburukkan lagi keadaan jerawat.

Jangan cuci wajah anda dengan pencuci yang kasar yang mengeringkan kulit. Gunakan pencuci wajah bebas alkohol.

2. Kenali jenis kulit anda

Tak kira siapa pun boleh mendapat jerawat, tidak kira jenis kulit. Kulit berminyak adalah yang paling mudah untuk mendapat jerawat. Ia disebabkan oleh kelenjar sebum kulit menghasilkan lebih banyak minyak sebum. Jenis kulit lain yang boleh menyebabkan jerawat adalah kombinasi kulit. Kulit kombinasi bermaksud anda mempunyai kedua-dua kawasan kering dan berminyak.

Kawasan berminyak cenderung pada bahagian dahi, hidung dan dagu, juga dipanggil T-zone. Mengenali jenis kulit anda akan dapat membantu anda untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul.

3. Guna ubat rawatan jerawat di kaunter farmasi

Rawatan jerawat dari kaunter farmasi boleh membantu merawat jerawat dengan cepat dan mencegahnya pada awalnya. Kebanyakkannya mengandungi sama ada benzoyl peroksida, asid salisilik atau sulfur. Gunakan rawatan dari kaunter farmasi untuk merawat jerawat.

Atau gunakannya sebagai regimen penyelenggaraan untuk mengawal jerawat. Untuk membantu mengelak kesan sampingan seperti kemerahan, iritasi, dan kekeringan, ikut secara tepat akan panduan penggunaannya dari pengeluarnya.

4. Melembap kulit

Pelembap kulit membantu mengekalkan kulit kekal hidrat. Tetapi kebanyakkan pelembap mengandungi minyak, pewangi sintetik, atau bahan lain yang mungkin merengsakan kulit dan menyebabkan jerawat.

Untuk membantu dalam mencegah jerawat, gunakan pelembap bebas pewangi, bukan komedogenik selepas mencuci wajah atau pabila kulit anda terasa kering.

5. Jangan jadi seorang pemicit jerawat

Ya, rasa ingin memicitnya adalah lebih besar daripada kehidupan whitehead pada tip hidung anda, tetapi jangan. Memicit jerawat boleh menyebabkan pendarahan, parut teruk dan jangkitan. Ia juga boleh meningkatkan keradangan dan menyekat persekitaran pori, menjadikan jerawat anda jauh lebih teruk.

6. Elak stress

Stress tidak menyebabkan jerawat, tetapi ia boleh menjadikannya lebih teruk. Menurut kajian di Amerika, ia menunjukkan bahawa pabila anda stress, tubuh anda akan menghasilkan lebih banyak hormon perangsang minyak. Antara kaedah yang dapat membantu anda untuk berjaya mengawal stress adalah dengan yoga, meditasi, menulis, urut, dan aromaterapi.

7. Kekal hidrat

Jika tubuh anda mengalami kekurangan air, tubuh anda akan mengeluarkan signal kepada kelenjar minyak pada kulit untuk menghasilkan lebih minyak. Dehidrasi juga memberikan kulit anda satu penampilan yang kusam dan mempromosikan keradangan dan kemerahan. 

Untuk mengekalkan tubuh agar kekal hidrat, minum sekurang-kurangnya 8 auns gelas air setiap hari. Minum lebih selepas bersenam, jika anda hamil dan menyusu badan, atau anda menghabiskan banyak masa di bawah cuaca panas, dan persekitaran yang kering.

Diharapkan artikel ini dapat memberi para ibu khususnya informasi yang berguna untuk merawat jerawat yang kelihatan pada wajah. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Cara Selamat Untuk Merawat Jerawat Ketika Hamil – Awas Ya Ibu-Ibu, Elak Beri Kesanan Pada Bayi!

Baca juga: Kulit Glowing Saat Hamil, Ketahui Bagaimana Cara Mengekalkannya

Baca juga: Penjagaan Wajah Terbaik Buat Ibu Hamil Untuk Kulit Mulus & Lembap

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

    Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

    Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

  • Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

    Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

    Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.