Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

Bukan tuan rumah sahaja kena menghormati tetamu, malah kita sebagai tetamu juga perlu tahu adab menziarahi rumah orang lain.

Bertandang ke rumah keluarga, saudara mara dan rakan-rakan sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita di Malaysia, terutamanya pada musim perayaan.

Namun harus diingat, adab bertamu sememangnya sangat penting bagi mengekalkan silaturrahim khususnya bagi yang bertandang membawa anak-anak kecil!

Apabila kita menjadi tetamu di rumah orang lain, bukan tuan rumah sahaja yang perlu menjaga hati tetamu. Apa salahnya kita memudahkan kerja tuan rumah yang menyediakan pelbagai keselesaan untuk kita dengan menguruskan anak-anak dengan baik pula kan?

Pentingnya Adab Bertamu Bagi Mengukuhkan Silaturahim

adab bertamu, tips membawa anak kecil, tips bertandang rumah dengan anak kecil, keluarga anak ramai, adab menziarahi rumah orang, adat mengunjungi rumah, hari raya, tradisi hari raya, mendidik anak, tips mendidik anak, tanggungjawab ibu bapa, peranan ibu bapa

sumber: says.com

Apabila mempunyai ramai anak, pastinya pengalaman bertandang ke rumah sanak saudara tidak lagi seperti dulu.

Ibu bapa perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada tuan rumah, malah kepada anak-anak juga.

Iya lah, kalau anak-anak dibiarkan bermain tanpa pengawasan, takut pula jika berlaku kemalangan yang tidak diingini yang mungkin menyusahkan tuan rumah.

Tuan rumah pula ingin menjaga hati si tetamu, walaupun hakikatnya sudah pening kepala memikirkan rumah yang sudah bersepah, hendak dilarang masuk bilik takut ibu bapa tidak suka anak ditegur pula.

Adab Bertamu dengan Anak-Anak Kecil

Kadang-kadang ibu bapa ada yang tidak fikir pasal perasaan tuan rumah, alasannya “Biasalah budak-budak” ataupun “Ala tuan rumah tak cakap apa pun, kira okay lah tu!” padahal tetamu lain mungkin sudah bingit telinga dengan suara kanak-kanak menjerit, bergendang sana-sini, masuk bilik sesuka hati dan macam-macam lagi ragam si anak.

Bagi mengelakkan tuan rumah pendam saja rasa geram itu, bukankah lebih baik jika kita ambil inisiatif untuk mempunyai adab bertamu yang baik? Tuan rumah pun pasti akan mengalu-ngalukan kedatangan kita sekali lagi.

Ini tips untuk menziarah dengan anak-anak kecil.

#1 Pesan Kepada Anak

Sebelum sampai rumah yang ingin diziarah, kerapkan berpesan kepada anak-anak supaya menjaga tatatertib. Ingatkan kepada mereka supaya jangan melakukan perkara dengan sesuka hati tanpa izin tuan rumah.

Anak-anak perlu tahu yang rumah orang lain tidak boleh disamakan dengan rumah sendiri. Jadi minta mereka sentiasa meminta izin anda dahulu sebelum ingin melakukan sesuatu, walaupun untuk bermain dengan anak tuan rumah.

#2 Tiba Rumah Lebih Awal 

Apabila kita merancang untuk menziarah rumah dengan anak-anak kecil, dinasihatkan untuk datang awal. Ini kerana tetamu lain masih belum sampai dan akan mengurangkan kerja tuan rumah.

#3 Sediakan Mainan Untuk Anak-Anak

adab bertamu, tips membawa anak kecil, tips bertandang rumah dengan anak kecil, keluarga anak ramai, adab menziarahi rumah orang, adat mengunjungi rumah, hari raya, tradisi hari raya, mendidik anak, tips mendidik anak, tanggungjawab ibu bapa, peranan ibu bapa

Beri mainan yang boleh melekakan anak-anak seperti drawing board, figura robot atau tablet.

Kadang-kadang tuan rumah akan sediakan mainan atau bilik bermain untuk tetamu yang mempunyai anak-anak kecil.

Tetapi anda juga boleh mengambil inisiatif dengan membawa mainan anak sendiri, dan mainan haruslah yang tidak akan menyebabkan rumah bersepah pula.

Tetapi pastikan anak-anak selesai bersalaman dan bergaul dahulu ya. Bila dia sudah nampak bosan, barulah anda berikan mainan tersebut, sekurang-kurangnya boleh bagi anak terleka sebentar.

#4 Bawa Keperluan Tambahan

Bagi yang ada bayi kecil, pastikan anda membawa bekalan susu yang diperah atau botol susu tambahan untuk si kecil apabila dia mahukan susu.

Jika anda menyusu badan pula, pakai baju yang mesra menyusu atau susukan anak dalam kereta sebelum masuk ke rumah.

adab bertamu, tips membawa anak kecil, tips bertandang rumah dengan anak kecil, keluarga anak ramai, adab menziarahi rumah orang, adat mengunjungi rumah, hari raya, tradisi hari raya, mendidik anak, tips mendidik anak, tanggungjawab ibu bapa, peranan ibu bapa

sumber: huggies

Jangan lupa sediakan lampin dan baju tambahan untuk anak-anak ya! Lagi baik sekiranya ibu bawa plastik untuk bungkus lampin bayi yang telah digunakan.

#5 Tegur Anak

Ha yang ini paling penting ya! Kalau dah nampak anak buat sesuatu yang nampak tidak menyenangkan tuan rumah, anda sebagai ibu bapa kena tegur anak. Jangan sampai orang lain yang tegur anak anda, kemudian anda ada hati pula hendak merajuk dan tidak berpuas hati.

Mungkin bagi anda kesalahannya kecil sahaja, tapi anda kena beringat yang tidak semua orang boleh bertoleransi dengan anak anda. Jadi kenalah ada adab bertamu dan hormat peraturan rumah orang lain juga ya.

#6 Ajar Anak Kemas Sendiri

Kalau anak main mainan di rumah tuan rumah, pastikan anak pandai mengemas dan letakkan di tempatnya semula. Jika tidak, anda yang harus melakukannya.

Ya memang ada ruan rumah yang akan menyuruh anda membiarkan sahaja, tetapi ada baiknya anda mula kemas sendiri. Bila kita senangkan orang, orang lain juga akan mudahkan kerja kita bukan?

#7 Jangan Terlalu Lama 

Pastikan masa melawat anda tidak terlalu lama, terutamanya pada musim perayaan. Kanak-kanak biasanya akan cepat bosan dan mengantuk bila tiada aktiviti yang dia gemar lakukan.

Tambahan lagi, kasihan pula bila anak keletihan jika seharian berada di rumah orang lain. Tuan rumah pasti serba salah bila melihat si anak sudah terlentok tidur di sofa rumahnya.

Kenalah ada common sense juga ya!

Semoga bermanfaat!

Ada sesiapa yang akan melahirkan anak pada hari raya?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 Cara Didik Anak Supaya Mereka Jadi Anak Yang Baik Dan Berakhlak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner