Adakah Antidepresan Selamat Untuk Ibu Mengandung?

lead image

Kajian ini menyatakan tentang hubungan antara penggunaan antidepresan semasa trimester pertama kehamilan dan kecacatan kelahiran. Teruskan membaca!

Rupa-rupanya, terdapat hubungan antara penggunaan antidepresan semasa trimester pertama kehamilan dan kecacatan kelahiran.

Menurut laporan ini, penyelidik di Montreal mendakwa bahawa ia adalah satu perkara yang membimbangkan, memandangkan pengambilan antidepresan oleh ibu hamil telah meningkat dan ini akan menggandakan peluang untuk beberapa kecacatan kongenital pada bayi.

Menurut Dr. Gauree Pimpralekar, MD, DGO, Konsultant – Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kemandulan, Hospital Sahyadri, Nashik, "Kebanyakkan antidepresan tidak selamat untuk ibu mengandung.

Ubat antidepresan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran tertentu seperti hipertensi pulmonari dalam bayi baru lahir, kecacatan jantung, kelahiran pramatang untuk kelahiran cacat seperti Anencephaly- menjejaskan saraf tunjang dan otak, kraniosinostosis - menjejaskan kemajuan tengkorak, Omphalocele- kecacatan anggota badan, adalah hanya beberapa komplikasi yang mungkin timbul.”

Tetapi, terdapat pendapat yang berbeza. Dr Nilesha Chitre, Pakar sakit puan, Hospital SRV berpendapat bahawa kebanyakan antidepresan adalah selamat diambil semasa mengandung.

"Risiko pengambilan ubat antidepresen semasa mengandung dan risiko keseluruhan untuk bayi mendapat kecacatan adalah 3-5%," kata beliau.

Bagaimanapun, beliau juga menambah bahawa kemurungan ringan atau kemurungan tanpa simtom lebih daripada enam bulan tidak memerlukan ubat-ubatan semasa mengandung.

Kemurungan adalah satu topik yang amat sensitif. Dengan kehamilan pula, ia seperti penyakit kronik. Apa yang perlu tumpuan anda? Walaupun kehamilan bukannya penyakit, ia adalah satu fasa di mana ibu yang hamil haruslah lebih berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk mendapat bantuan profesional kerana kemurungan pada masa ini akan menjadi sukar.

Perunding Kanan Hospital Artemis, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Renu Raina Sehgal menyatakan bahawa keputusan untuk menggunakan antidepresan semasa mengandung adalah berdasarkan keseimbangan antara risiko dan manfaat.

Secara keseluruhan, risiko kecacatan kelahiran dan masalah-masalah lain untuk bayi yang ibunya mengambil antidepresan semasa hamil adalah sangat rendah.

Namun, beberapa ubat-ubatan telah terbukti selamat untuk digunakan semasa mengandung, dan juga terdapat beberapa jenis antidepresan telah dikaitkan dengan masalah kesihatan bayi.

pills 300x199 Adakah Antidepresan Selamat Untuk Ibu Mengandung?

"Merawat kemurungan adalah penting dalam kehamilan, jika tidak dirawat, ibu tersebut mungkin tidak dapat memberikan penjagaan yang optimum untuk bayi. Dia mungkin mula minum arak dan merokok. Ini boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.

Masalah lain seperti bayi yang dilahirkan dengan berat lahir rendah dan ibu juga mungkin mengalami kesukaran untuk membina ikatan dengan bayi setelah dilahirkan, "memberitahu Dr Anu Sridhar, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Fortis, Bannerghatta Road, Bangalore.

Walaupun kemurungan prenatal adalah perkara biasa, yang berbeza ialah tahap intensiti kemurungan, sudah tentu, ia adalah penting untuk berunding dengan profesional sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Sebagai permulaan, kerana perubahan hormon, wanita pasti akan merasakan keadaan emosi yang rendah semasa mengandung. Ini bukan kemurungan tetapi simtom kehamilan seperti tenaga yang rendah, perubahan selera makan, keresahan, kurang tidur, kerap menangis, dan lain-lain, jika ini berlanjutan lebih daripada dua minggu, anda haruslah mendapat bantuan.

Walau bagaimanapun, jika anda rasa anda bukannya mengalami kemurungan klinikal dan ia hanya hormon yang tidak seimbang, cubalah untuk menikmati rutin yang sihat seperti berjalan-jalan, senaman berkumpulan, berbincang dengan rakan-rakan atau keluarga terdekat, atau hanya mencuba hobi baru, mempunyai rutin yang boleh dijangka akan membantu.

Seperti Dr. Chitra menyatakan, seseorang itu perlu ingat bahawa kehamilan boleh memburukkan lagi keadaan kemurungan yang disebabkan oleh perubahan hormon, kemurungan ringan boleh diatasi dengan kaunseling, perubahan gaya hidup seperti aktiviti luar, yoga dan senaman ringan yang lain.

Tetapi, kemurungan tahap sederhana dan teruk memerlukan sokongan perubatan selepas sesi kaunseling dengan pakar psikiatri dan pakar obstetrik.

"Kemurungan yang tidak dirawat boleh memudaratkan. Pesakit itu tidak dapat menjaga diri sendiri, dan bermungkinan mengambil alkohol, dadah atau merokok yang akan membahayakan kehamilan dengan peningkatan risiko keguguran, kelahiran pramatang, kecacatan kelahiran dan masalah berat badan lahir rendah, "menambah Dr. Chitra.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent India.