Adakah rumah anda 'baby proof'?

Adakah rumah anda 'baby proof'?

Adakah rumah anda mesra bayi? Cukupkah ciri-ciri keselamatan yang telah anda terapkan di dalam rumah anda? Ikuti kupasan artikel kali ini bagi menilai tahap keselamatan rumah anda demi menjamin kesejahteraan si manja anda.

Baby proof, keselamatan di rumah

“Adik, jangan main kat tangga tu. Bahaya!”

“Adik, kan Mama dah cakap tak boleh main kat sini, ada karen”

“Janganlah main dengan beg plastik ni... Bahaya tau.”

“Kakak, tolong jaga adik ni. Jangan bagi dia bukak kabinet tu. Ada macam-macam dalam tu.”

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pasti situasi di atas adalah senario biasa dalam kehidupan anda di rumah sehari-hari.

Di Barat, ada sesetengah ibubapa memanggil pakar ‘baby proofing’  datang ke rumah mereka untuk menilai tahap keselamatan serta memberi saranan akan teknik-teknik ‘baby proofing’ yang sesuai untuk rumah tersebut.

Walau pun ada yang beranggapan dengan menjadikan rumah anda ‘baby proof’ akan membuatkan anak anda mendapat kurang peluang untuk belajar membezakan yang boleh/selamat dengan yang tidak boleh/bahaya, namun terdapat lebih banyak manfaat yang diperolehi dengan menjadikan rumah anda ‘baby proof’.

BERKAIT: Bahaya yang tersembunyi di bilik bayi

baby proof

Mengapa perlu ‘baby proof’kan rumah anda

1. Untuk melindungi keselamatan anak anda

Anda pasti tidak mahu kepala anak anda terhantuk pada bucu meja kopi anda dan luka ketika dia sedang sibuk menajamkan skil merangkak yang baru diperolehinya. Dan salah satu mimpi ngeri setiap ibubapa adalah, anak jatuh tangga. Jadi, anda perlu ‘baby proof’kan rumah anda bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

2. Memberi sedikit ketenangan fikiran kepada ibubapa

Sistem ‘baby proof’ di rumah anda sedia bekerja 24 jam sehari walaupun ketika anda sedang leka menonton tv, tertidur di depan tv, atau asyik menaip mesej di telefon bimbit. Setidak-tidaknya risiko kemalangan dapat dikurangkan dengan adalanya sistem ‘baby proof’ di rumah anda.

3. Untuk menjaga harta benda

Terutama bagi anda yang banyak mempunyai barang-barang mudah pecah, adalah penting untuk anda memastikan yang rumah anda adalah ‘baby proof’.

4. Supaya anda tidak perlu menggunakan kata ‘jangan’ kepada anak anda dengan terlalu kerap

Tahukah anda, terlalu kerap mengatakan ‘jangan’ kepada anak anda boleh menjejaskan hubungan anda dengan si manja anda? Ini kerana dia akan sentiasa merasakan bahawa semua yang dibuatnya adalah salah. Lambat-laun ini akan menjejaskan tahap keyakinan mereka.

Oleh itu, dengan bantuan sistem ‘baby proof’ di rumah anda, mereka secara automatik akan terhalang daripada melakukan apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan tanpa perlu menerima arahan negatif ‘jangan’ anda!

baby proof

Panduan menjadikan rumah anda ‘baby proof’

~ Pasang pagar keselamatan di setiap hujung tangga. Seelok-eloknya gunakan pagar keselamatan yang diskru ke dalam tangga dan bukannya diikat pada tiang tangga atau ‘pressure gate’.

~ Tutup soket elektrik dengan menggunakan penutup keselamatan khas plastik.

~ Pasang kusyen keselamatan pada bucu perabot seperti meja atau kabinet perhiasan. Lebih baik jika anda boleh meminimakan penggunaan perabot yang berbucu tajam.

BERKAIT: Infant safe products for your home

~ Pasang penutup tombol dapur gas supaya anak anda tidak dapat membuka dapur gas jika dia mencapainya.

~ Simpan semua magnet peti sejuk yang sedang melekat di peti sejuk anda kerana ia boleh terjatuh dan anak anda mungkin mengutip serpihannya dan memasukkan ke dalam mulut dan menelannya. Ini memberikan risiko tercekik kepada anak anda.

~ Pastikan segala ubat-ubatan, bahan pencuci, benda tajam, racun serangga dan beg plastik disimpan di tempat yang tinggi atau kabinet berkunci.

~ Kunci pintu bilik air setiap masa ia tidak digunakan. Ingat, bayi boleh lemas walaupun dalam air yang sedikit.

Klik page 2 untuk cara-cara kreatif untuk 'baby proof' rumah anda

 

 

baby proof
Cara kreatif menjadikan rumah anda ‘baby proof’

Anda boleh menggunakan cara alternatif bagi menjadikan rumah anda ‘baby proof’. Ianya juga boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan di mana anda tidak sempat untuk berlari ke kedai bagi membeli alat khusus bagi tujuan tersebut. Antaranya ialah:

- gunakan ‘pool noodle’ bagi menggantikan kusyen keselamatan pada bahagian bucu perabot. Belahkan sedikit ‘pool noodle’ itu dan pasangkannya ke bucu perabot.

- getah pengikat (rubber band) boleh digunakan untuk mengunci pintu-pintu kabinet daripada dibuka oleh tangan kecil si manja anda.

- guna packing tape untuk menutup lubang soket elektrik sementara mendapatkan penutup soket yang khusus.

BERKAIT: Kes kanak-kanak lemas – Jangan jadi mangsa!

 

 

Dapatkan barang-barang untuk ‘baby proof’kan rumah anda dari laman-laman web berikut:

http://www.amazon.com

http://www.otakibaby.com

http://www.littlewhiz.com

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner