Benarkah Air Batu Boleh Bekukan Lemak & Masalah Perut Buncit? Ini Penjelasan Sebenar!

undefined

Jika sebelum ini pelbagai pendapat mengatakan tabiat minum air batu akan menyebabkan lemak dalam badan menjadi beku. Adakah ia fakta atau sekadar mitos?

Tidak dinafikan, pengambilan air batu ketika proses mendapatkan berat badan ideal adalah antara tabiat yang perlu dihentikan dalam kalangan masyarakat.

Ada yang mengatakan bahawa ia boleh menyebabkan lemak dalam badan terkumpul dan beku. Ada pula beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan sehingga membuatkan perut menjadi buncit.

Fakta dan mitos mengenai air batu

bahaya air batu

credit to sources

Kebiasaannya orang-orang tua dahulu akan melarang pengambilan air batu dan menakutkan anda yang gemar minum minuman sejuk berais ini kerana mengatakan ia penyebab kegemukan.

Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Adakah ia benar-benar dibuktikan secara saintifik ataupun hanya mitos sahaja? 

Justeru Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia tampil memberikan penjelasan di media sosial agar anda tidak tersalah maklumat.

#1. Fakta sebenar mengenai minuman berais

Kebanyakan masyarakat akan mengatakan tidak kepada air batu ketika sedang berdiet kerana mempercayai lemak dalam badan akan membeku sehingga tubuh sukar untuk kurus. Manakala, minuman panas pula sangat membantu dalam proses mencairkan lemak.

Sebenarnya, minuman berais langsung tidak menyebabkan lemak terkumpul dan membeku. Ia tidak menyebabkan berat badan sukar turun atau punca obesiti. Justeru, anda jangan risau kerana air batu tidak membekukan lemak dan air panas tidak mencairkan lemak.

Dalam hal ini, kandungan lemak juga tetap akan sama meskipun anda mengambil minuman sejuk ataupun panas.

#2. Kaitan minuman berais dan kalori

kesan air batu

credit to sources

Minum berais selain air kosong apabila ditambah dengan sedikit gula dan lemak, inilah yang meningkatkan pengambilan kalori. Jika berlebihan, ia akan bertukar menjadi lemak dan seterusnya mendorong masalah berat badan.

#3. Sifat ais yang mudah cair

Minuman yang mengandungi ais tidak akan menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Anda sendiri boleh tahu jika meletakkannya ke dalam mulut dan belum sempat sampai perut sudah cair, bagaimana pula boleh membekukan lemak?

Sebenarnya air batu akan cair dengan sendiri apabila berlaku perubahan suhu. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais.

Air batu akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan manusia kerana sistem thermoregulation yang mengawal mengikut suhu badan.

#4. Pencernaan lemak dalam badan

fakta dan mitos air batu

credit to sources

Penghasilan lemak daripada makanan akan dicerna oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum ia diserap oleh usus.

Sekiranya lemak jadi menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak berkenaan dapat diserap dengan baik memandangkan saiz partikelnya yang terlalu besar.

Jadi dalam hal ini, individu yang gemar minuman berais tidak perlu risau akan risiko kegemukan, asalkan ia adalah ais kosong.

Jika minuman berkenaan dicampur dengan gula atau lemak seperti teh, kopi, air berkarbonat mahupun perisa lain, tidak kiralah sama ada diminum ketika panas atau sejuk, itulah yang sebenarnya boleh ‘menternak’ lemak di dalam badan dengan jayanya!

#5. Perut menjadi buncit kerana minum ais

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa ais tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menjadikan perut buncit.

Menurut penerangan yang dikeluarkan oleh Dr. Rusyainie, apabila seseorang meminum air batu, ia akan memasuki ke dalam saluran pencernaan dan suhu air akan berubah mengikut suhu badan manusia.

Kemudian, air akan diserap ke dalam sistem badan melalui usus. Bahagian tubuh buncit berlaku di abdomen, yang sebenarnya adalah lapisan lemak.

Punca lemak ini terbentuk adalah kerana pemakanan tidak sihat dan seimbang, bukan sepenuhnya disebabkan air batu.

Manakala menurut Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan, Dr. Aimi Rahayu berkata, setakat ini masih tiada bukti kajian saintifik dalam bidang perubatan menunjukkan ais boleh menyebabkan masalah perut buncit.

Di samping itu, beliau turut memberikan hujah yang sama tentang suhu minuman sejuk ketika diminum akan automatik berubah mengikut suhu normal badan manusia iaitu 37 darjah celsius.

Sebenarnya, minuman sejuk dengan ais batu ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara manfaatnya ialah dapat menyejukkan tubuh badan terutamanya ketika bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dan menggalakkan proses pencernaan.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comais-batu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!