Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil: Bila Waktu Terbaik Minum Air Kelapa Dan Risiko Bahaya

Air kelapa untuk ibu hamil ada banyak kebaikannya. Ramai mengatakan khasiat air kelapa dapat membersihkan kulit bayi sejak dalam kandungan

Ketika mengandung, ramai ibu disaran untuk selalu minum air kelapa sekiranya ingin mudah bersalin dan memiliki anak berkulit bersih. 

Ketika cuaca panas, dapat minum air kelapa memang dapat menyejukkan badan. Air kelapa dan khasiatnya memang tidak dapat disangkal lagi. Ia tinggi dengan elektrolit, potasium, vitamin C, sodium dan serat yang amat bagus untuk sesiapa sahaja.

Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil

#1. Meningkatkan Imuniti Badan

Air kelapa untuk ibu hamil boleh menjadi penguat imuniti badan. Air kelapa tinggi dengan potasium, kalsium dan klorida.

Khasiat air kelapa dapat menyegarkan, menguat dan menyihatkan badan, tambahan pula air kelapa kurang kandungan gula.

Malah kelapa muda terdapat kandungan anti oksida, mineral dan vitamin di dalam air kelapa muda yang mampu membantu kebolehan badan melawan penyakit.

Ia juga membantu melindungi badan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari jangkitan.

#2 Mengawal Paras Gula 

minum kelapa muda ketika hamil

Yang menariknya, manfaat air kelapa untuk ibu mengandung bukanlah sekadar menyegarkan badan dan melawan penyakit saja.

Ia juga mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan membaiki peredaran darah.

Kandungan vitamin C, protein, magnesium dan potasium dalam kelapa muda menjadikan ia antioksida yang meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

Ia juga mambantu mengawal tekanan darah yang menjadi punca preeklampsia pada ibu hamil.

Tambahan pula, air kelapa juga dikatakan membantu mengurangkan risiko strok dan tekanan darah tinggi pada wanita hamil.

#3 Melawan Jangkitan Saluran Kencing

Air kelapa terkenal tinggi kandungan asid laurik yang bertanggungjawab dalam menghasilkan monolaurin, asid lemak yang melawan penyakit.

Ia mempunyai sifat antibakterial, antifungi dan antiviral. Jadi, jika demam, cepat-cepat minum air kelapa, ya.

Menjadikan air kelapa sebagai sebahagian diet boleh membantu mengekalkan kesihatan saluran kencing, serta mengelak dari terkena jangkitan saluran kencing, UTI.

Ini kerana air kelapa untuk ibu mengandung dapat membantu membersihkan saluran kencing serta pundi kencing.

Jadi, jika anda mengalami isu kebersihan dalaman, capai segelas air kelapa dan minum. Namun, bagi ibu hamil, berpada-pada ya, jangan terlalu berlebihan. Amalkan bersederhana.

#4 Mengawal Lemak Ketika Hamil

Air kelapa tiada kalori dan mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah, ramai atlet mengakui yang ia sungguh menyegarkan dan memberi tenaga.

Selain itu, ia juga mempunyai sifat menghalang pengumpulan sel lemak dan mengurangkan tahap lemak berlebihan dalam badan.

Ini menjadikan air kelapa untuk ibu hamil adalah air minuman yang lebih baik. Jadi ibu hamil, jika anda ingin kekal aktif dan bertenaga, minum air kelapa!

#5 Merawat Pedih Ulu Hati Dan Sembelit

bahaya air kelapa muda ,manfaat air kelapa menjelang persalinan ,air kelapa untuk ibu hamil, air kelapa untuk ibu mengandung, bolehkah ibu hamil minum air kelapa muda setiap hari,

Pedih ulu hati dan sembelit adalah masalah biasa pada wanita hamil. Khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil 7 bulan dapat membaiki, menguatkan sistem pencernaan malah menghalang pedih ulu hati dan sembelit.

Sifatnya yang menstabilkan pH dalam badan, menghalang badan dari menjadi terlalu berasid, membaiki metabolisma, mengurangkan loya serta mengurangkan rasa tidak selesa akibat 2 masalah ini.

#6 Menghalang Dehidrasi Dan Kelesuan

Khasiat air kelapa muda untuk ibu mengandung 7 bulan yang seterusnya adalah mengatasi rasa letih dan dehidrasi. Kandungan plasma dan elektrolit dalam air kelapa dikatakan menyerupai badan manusia.

Jadi, ini menjadikan air kelapa sebagai solusi terbaik untuk merawat dehidrasi akibat sakit cirit-birit, kolera, keracunan makanan dan sakit perut.

Ia juga sumber tenaga terbaik terutamanya buat wanita hamil.

Jika anda bercadang untuk bekerja hingga hari terakhir anda hamil, minum air kelapa saat hamil sebagai penambah tenaga. Banyakkan mengambilnya jika sering kali rasa letih.

#7 Merangsang Pertumbuhan Janin

Oleh kerana air kelapa membekalkan nutrien penting kepada si ibu, menjadikan ibu kekal sihat, bertenaga dan bebas jangkitan, minum air kelapa saat hamil juga membantu tumbesaran janin.

Manfaat kesihatan kepada si ibu menyebabkan air kelapa menyediakan keadaan yang sihat untuk janin membesar.

#8 Diuretik Semulajadi

Tidak ramai tahu yang minum air kelapa saat hamil dapat menjadi diuretik semulajadi, iaitu pelawas air kencing.

Ini bermakna air kelapa mampu mengawal tahap asid urik dalam badan. Dan ini sangat penting buat wanita hamil.

Jadi meminum air kelapa bukan saja menyegarkan. Malah manfaat kesihatannya sungguh menakjubkan buat ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya.

Kebaikan Air Kelapa Untuk Ibu Hamil

Menurut Dr Zubaidi, air kelapa merupakan cecair isotonik yang menyegarkan kerana kaya dengan mineral elektrolit, seperti klorida, potasium, magnesium, natrium, dan kalsium.

Di samping itu, isi kelapa juga mengandung karbohidrat, vitamin C, serat, serta riboflavin. Jadi air kelapa diminum bersama isi kelapa, sangat baik untuk wanita hamil.

Jika ada yang melarang wanita hamil minum air kelapa dan isinya, sebenarnya itu hanya satu mitos.

Air kelapa selamat diminum oleh wanita hamil, kerana bersifat natural dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk bayi dalam kandungan. Ia lebih selamat berbanding dengan minuman berkafein atau bersoda.

Ada pula yang mengatakan air kelapa dapat membuat rambut bayi lebih tebal dan kulitnya bersih. Namun ia belum terbukti secara ilmiah.

Kalau ibu-ibu nak tahu, memang banyak khasiat air kelapa untuk ibu hamil, tapi untuk kulit bayi bersih dan putih itu adalah mitos semata. 

Ia sebenarnya dapat mengelakkan ibu rasa mual, mengelakkan badan ibu dari dehidrasi, mengelakkan jangkitan dan banyak lagi. 

Bila Boleh Minum Air Kelapa Semasa Mengandung

Jika ada yang melarang wanita hamil minum air kelapa dan isinya, sebenarnya itu hanya satu mitos. Air kelapa selamat diminum oleh wanita hamil, kerana bersifat natural dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk bayi dalam rahim. Ia lebih selamat berbanding dengan minuman berkafein atau bersoda.

Menurut Doctoroncall, secara umumnya minum air kelapa semasa mengandung tidak membahayakan sebahagian besar wanita hamil.

Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan minum air kelapa boleh membawa pelbagai risiko kesihatan. Namun, ia harus diambil dalam jumlah yang sederhana kerana air kelapa boleh menurunkan tekanan darah.

Sebaiknya anda berbincang dengan doktor sebelum meminumnya sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah dan perlu diingat bahawa air kelapa dari buah yang yang sudah masak boleh meletakkan anda pada risiko sembelit.

Masa terbaik untuk minum air kelapa ialah di awal pagi. Minum air kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil.

Berapa Kali Minum Air Kelapa Dalam Seminggu

Apa-apa yang berlebihan pasti tidak akan memberikan kesan yang baik termasuk meminum air kelapa ketika hamil. Memandangkan air kelapa mengandungi paras kalium, natrium dan gula yang tinggi, minum air kelapa harus dihadkan.

Dalam sehari, ibu dinasihatkan hanya minum segelas atau 250ml air kelapa sehari.

Jumlah ini dianggap selamat, supaya badan tidak mendapat kalori berlebihan dan menyebabkan bacaan gula dalam darah meningkat.

Selain itu, jumlah ini juga akan memberi impak yang baik seperti melawan radikal bebas, menyegarkan badan, menyediakan jumlah nutrisi yang betul, dan sebagainya.

Air Kelapa Untuk Ibu Hamil Trimester 3

Ketika berada trimester ketiga, ibu hamil disaran untuk amalkan minum air kelapa setiap hari bagi membolehkan kulit bayi lahir nanti bersih dan tidak berkerak.

Berikut beberapa khasiat air kelapa untuk ibu hamil trimester 3:

  • Penghidratan yang baik: Trimester ketiga kehamilan boleh meningkatkan keperluan cecair disebabkan peningkatan jumlah darah dan cecair amniotik. Air kelapa adalah sumber penghidratan yang baik kerana ia mengandungi air, elektrolit dan nutrien penting.
  • Merawat Dehidrasi: Air kelapa boleh membantu merawat dehidrasi, terutamanya jika wanita hamil mengalami loya, muntah, atau keadaan lain yang boleh menyebabkan kehilangan cecair.
  • Elektrolit Seimbang: Kandungan elektrolit seperti kalium dan magnesium dalam air kelapa dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit badan, yang penting untuk fungsi otot dan sistem saraf.
  • Pemakanan Tambahan: Air kelapa mengandungi nutrien seperti vitamin C, serat, dan mineral, yang boleh memberikan sokongan tambahan untuk kesihatan ibu dan perkembangan janin.
  • Mengurangkan Kekurangan Cecair dan Kekejangan: Pada peringkat ini, wanita hamil boleh lebih terdedah kepada kekurangan cecair dan kekejangan otot. Air kelapa boleh membantu mencegah dan merawat keadaan ini.

Bahaya Minum Air Kelapa Saat Hamil Muda

Di sebalik khasiatnya, terdapat juga bahaya minum air kelapa saat hamil muda.

Kalium dalam air kelapa, sebagai contoh, boleh berbahaya jika diambil terlalu banyak. Apabila terdapat lebihan kalium dalam badan, kesihatan ibu sebenarnya akan terganggu dan menjejaskan keadaan janin.

Oleh itu, pastikan tidak berlebihan dalam pengambilan harian bagi mengelakkan bahaya minum air kelapa saat hamil muda.

Cara Memilih Kelapa Yang Betul

Memilih kelapa muda yang baik adalah langkah penting untuk memastikan anda mendapat air kelapa yang segar dan lazat. Berikut adalah beberapa petua tentang cara memilih kelapa muda yang baik:

  • Warna Kulit: Pilih kelapa muda dengan kulit hijau cerah. Warna hijau menandakan kelapa masih segar dan belum mencapai tahap penuaan atau kekuningan.
  • Berat: Pilih kelapa yang terasa berat untuk saiznya. Beratnya adalah petanda bahawa kelapa masih mengandungi banyak air. Lebih berat, lebih banyak air yang terkandung di dalamnya.
  • Mata Kelapa: Periksa mata kelapa, iaitu tiga titik hitam di bahagian atas kelapa. Pastikan tiada lubang atau acuan pada mata kelapa. Kelapa berlubang atau acuan mungkin tidak segar lagi.
  • Bau dan Bunyi: Bau kelapa muda yang harum segar dan manis. Jika digoncang kelapa, sepatutnya tiada bunyi atau bunyi yang ringan sahaja. Jika anda mendengar bunyi air, itu mungkin tanda kelapa telah terbuka atau mula rosak.
  • Bentuk dan Saiz: Pilih kelapa yang bulat dan simetri. Jika kelapa kelihatan condong atau tidak simetri, ia mungkin menunjukkan kecacatan atau kerosakan pada kandungan kelapa.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Madu Untuk Ibu Mengandung Kaya Dengan Manfaat Baik, Malah Baik Untuk Janin

Baca juga: Nurse Minta Ibu Elakkan Makan Petai Bila Dah Dekat Bersalin, Lebih Bagus Amal Air Kelapa!

Baca juga: Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!