Benarkah orang kata kalau anak suka main air liur nanti rambut ibu akan selalu gugur?
” Aduh, rambut aku hari-hari gugur, bersepah sana sini dalam rumah. Bila sapu dapat segumpal juga”.
“Oh orang tua-tua kata bila anak suka main air liur rambut ibu akan gugur. Sebab itu rambut kau gugur”.

Anda biasakan dengan dengan ayat-ayat seperti di atas ini? Malah penulis juga pernah mengalami masalah yang sama dan rupanya ia tiada kaitan pun dengan bayi menyembur air liur.
Bahkan, ia hanyalah perumpaan daripada orang tua-tua dahulu tapi malangnya tiada bukti dari kajian saintifik di atas mitos tersebut.
Jadi biasanya, yang paling dekat nak atasi masalah ini adalah dengan cara ibu menggunting rambut sehingga ke paras pendek. Sekaligus dapat mengelak rumah bersepah dengan rambut yang gugur itu.
Malah ia boleh mendatangkan bahaya bila anak mula pandai mengutip benda-benda yang berada di sekelilingnya dan takut juga kalau si kecil makan rambut ibu yang gugur itu.
Perkembangan anak suka main air liur

Sebenarnya, kalau anak suka main air liur ia sangat berkait rapat dengan perkembangan mereka. Jadi, kalau mereka dilihat tak suka main air liur ditakuti perkembangan mereka ada masalah.
Kalau anda perasan semasa hamil, rambut kita kelihatan lebat dan kurang gugur?
Hal ini kerana, semasa itu ibu memiliki hormon estrogen yang tiggi yang boleh mengawet rambut daripada membesar.
Maknanya di sini tiada proses tumbesaran rambut berlaku sekitar waktu terebut. Ia akan kekal seperti mana keadannya semasa itu, jadi rambut tak gugur dan tidak menua.
Namun perubahan akan berlaku selepas ibu selamat melahirkan anak, di mana paras estrogen dalam badan mulai menurun.
Jadi, semua rambut yang tadi dalam fasa berehat mulai gugur satu persatu. Ia selalunya berlaku setelah menjelang 3 ke 4 bulan selepas bersalin. Namun, ia akan berkurang apabila anak mencecah ke umur 6 ke 12 bulan.
Atas sebab itulah, ramai ibu akan bimbang terutama bila si kecil sudah pandai menyembur dalam umur 3 hinga 4 bulan. Sampai rasa kepala macam nak botak!
Namun kini, ibu tak perlu berasa bimbang lagi kerana anda boleh cuba tips seperti di bawah ini:
Tips rambut kekal sihat selepas bersalin
Kredit: Zuriat
Terdapat beberapa cara yang boleh ibu amalkan jika mengalami keguguran rambut yang banyak setiap bulan.
Jadi, anda perlu selalu berdisiplin dengan tips yang dikongsikan di bawah ini agar kesihatan rambut kembali pulih seperti sedia kala.
- Semasa syampu dan sikat rambut, lakukan ia dengan penuh lemah gemalai. Kemudian gunakan sikat yang bergigi jarang dan syampu hanya semasa diperlukan sahaja.
- Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan guna gelang getah yang selalu orang buat untuk membungkus makanan itu.
- Memakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
- Selain itu, elakkan menggunakan pengering rambut.
- Elakkan juga proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna rambut atau yang menggunakan haba iaitu proses rebonding atau keringtingkan rambut.
- Mengekalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
- Sekiranya rambut gugur anda semakin teruk adalah lebih baik berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah ini atau mungkin anda menghidap penyakit yang lain.
Kesimpulannya, bila orang selalu kata rambut gugur itu disebabkan anak menyembur air liur adalah tidak benar sama sekali.
Akan tetapi, ia secara kebetulan di mana semasa bayi semakin membesar tapi dalam masa yang sama hormon estrogen ibu juga turut mengalami penurunan. Sekaligus ia menjejaskan rambut ibu.
Justeru, ibu jangan terlampau stress sampai boleh menjejaskan rutin harian anda tapi bantu atasi masalah ini dengan amalan pemakan yang sihat dan nutrisi yang lengkap.
Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Ibu Zarith.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!