Jumlah air mani boleh tentukan kesihatan anda dan kepuasan pasangan!

lead image

Tahukah anda jumlah air mani banyak atau sedikit memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan anda dan kepuasan pasangan?

Sejak adanya pendedahan tentang seks secara umum, banyak lelaki terpaksa bertarung dengan gambar “tidak real” dalam pornografi hingga mereka kerap risau tentang saiz zakar mereka. 

Sedangkan, saiz zakar tidak memainkan peranan sangat dalam kepuasan wanita. Apa yang memainkan peranan ialah jumlah air mani yang dihasilkan oleh anda. 

Air mani terbukti mampu mengubati masalah depresi pada wanita, malah membuatkan wanita lebih puas ketika berasmara!

Tapi, jangan terkeliru antara air mani dan sperma. Sebenarnya, air mani dan sperma bukan benda yang sama.

Air mani adalah cecair berwarna putih yang keluar daripada zakar apabila seorang lelaki mencapai orgasma.

Manakala, sperma adalah “cecair individu” yang terkandung dalam air mani yang boleh membuatkan seorang wanita hamil.

Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, air mani yang keluar mungkin banyak, tapi kandungan sperma di dalamnya mungkin hanya mencapai sebanyak 3% saja.

air mani banyak, air mani sedikit, sperma, air mani, sperma banyak, sperma sedikit,

Dan tahukah anda, jumlah air mani tersebut juga boleh menentukan tahap kesihatan anda? Ha… jangan terkejut ya!

Jom kita bincang dengan lebih lanjut tentang jumlah air mani banyak atau sedikit ini yang mampu menentukan tahap kesihatan.

Jumlah air mani banyak atau sedikit

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah purata bagi ejakulasi yang dilepaskan oleh seorang lelaki ialah sebanyak 3.7 mL, bersamaan 3 suku sudu teh. 

Jumlah purata air mani yang dihasilkan pula dalam satu-satu ejakulasi adalah sebanyak 1.5mL hingga 6mL sahaja (satu sudu teh).

Jadi, bagaimana jumlah air mani ini boleh menentukan tahap kesihatan anda?

Menurut Dr Daniel Williams, seorang pakar dari United Kingdom, jumlah ejakulasi setiap lelaki biasanya akan semakin menurun apabila mereka memasuki usia 30-an. 

Pengurangan ini boleh menyebabkan mati pucuk, ejakulasi pramatang dan pelbagai masalah kebatinan lain. 

Rangsangan boleh tentukan jumlah air mani yang terhasil

air mani banyak, air mani sedikit, sperma, air mani, sperma banyak, sperma sedikit,

Namun, jangan panik. Tubuh lelaki tercipta untuk sentiasa menghasilkan sperma dan menyimpan ia untuk proses ejakulasi. 

Antara cecair lain yang akan dicampur dalam sperma dan air mani ialah cecair dari vesikel seminal dan prostat. 

Jumlah masa yang dibelanjakan ketika berhubungan seks dan rangsangan yang diberi mampu menjejaskan jumlah air mani yang terhasil. 

Maksudnya di sini, semakin panjang dan “hangat” rangsangan yang diberi, semakin tinggi kesannya pada jumlah air mani yang akan terhasil. 

2 cara mudah meningkatkan kualiti dan kuantiti air mani anda

Anda masih boleh meningkatkan penghasilan air mani dan sperma untuk kesihatan yang lebih bagus, malah memuaskan pasangan dengan melakukan 2 cara mudah ini:

  1. Mengubah diet seharian anda
  2. Mengubah gaya hidup seharian anda

Dengar macam mudah, tapi ada beberapa peraturan yang perlu anda lakukan. Dalam mengubah diet seharian, anda perlu melakukan:

  • Kurangkan makanan proses. Ambil lebih banyak sayur-sayuran, makanan organik, minum banyak air
  • Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren
  • Makan lebih banyak zat besi seperti makanan kekacang, daging, ayam
  • Makan lebih banyak bawang puting, susu, yogurt, ginseng

Untuk gaya hidup pula, anda perlulah mengamalkan:

air mani banyak, air mani sedikit, sperma, air mani, sperma banyak, sperma sedikit,

  • Jangan merokok, ambil dadah dan minum alkohol
  • Jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat
  • Jangan berbasikal kerana ia mengurangkan jumlah sperma
  • Jangan terlalu stress
  • Jaga kesihatan dan berat badan

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Daily Star, The Sex MD

Baca juga:

Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!