Ini silapnya bila beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, ia tetap BAHAYA

lead image

Mesti ada ibu yang tertanya-tanya, air masak untuk bayi boleh diberikan sejak bila? Menurut pakar, bayi bawah 6 bulan tak perlukan air masak kerana bahaya!

Seperti mana semua orang tahu, air merupakan sumber minuman yang melancarkan sistem tubuh. Namun, bagi air masak untuk bayi baru lahir, boleh atau tidak? 

Selain dari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air untuk meneruskan hidup. Akan tetapi, ia tidak sama jika anda beri air masak untuk bayi baru lahir.

Lebih-lebih lagi jika ia diberikan terlalu awal — sekitar umur 0 hingga 6 bulan.

Pasti ada ibu yang tertanya-tanya, air masak untuk bayi ini boleh diberikan waktu bila? Jadi untuk bantu ibu yang dilema dan was-was nak bagi minum, kami akan kupaskan isu berkenaan di bawah ini.

Air masak untuk bayi, bila bayi boleh mula minum?

air masak untuk bayi, bayi minum air masak, air masak, bayi minum air, bayi minum air kosong, air mineral, air putih, air kosong untuk anak, air kosong untuk bayi, minum air masak, minum air masak, tak cukup minum air,

Sama ada bayi menyusu badan atau mengambil susu formula, air masak untuk bayi tak diperlukan sehinggalah umur mereka mencecah 6 bulan ke atas atau sudah mula makan (untuk pelawas). 

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Alan Greene, jumlah air yang terdapat pada susu ibu dan formula sudah mencukupi untuk kesihatan bayi. 

Bahkan, air tidak mempunyai sebarang kalori untuk mengisi perut bayi. Ini akan membuatkan si comel anda itu kurang berminat untuk minum susu. Malah, ia akan mennyebabkan penurunan berat badan dan meningkatkan kadar bilirubin

Apatah lagi, ginjal bayi masih tidak mampu menangani terlalu banyak cecair dan ia mampu menyebabkan buah pinggang mereka tak boleh nak kawal elektrolit dan natrium.

Lantas dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit boleh berlaku. 

Air masak untuk bayi menyusu perlu ke?

  • Bayi yang menyusu secara eksklusif tak perlu air tambahan terutamanya jika bayi umur bawah enam bulan 
  • Susu ibu mengandungi 88% air yang mencukupi untuk bayi. 
  • Dalam penyusuan pertama kali, kolostrum ibu sudah cukup mengelak dehidrasi 

Bagaimana jika beri air masak untuk bayi yang minum susu formula?

air masak untuk bayi, bayi minum air masak, air masak, bayi minum air, bayi minum air kosong, air mineral, air putih, air kosong untuk anak, air kosong untuk bayi, minum air masak, minum air masak, tak cukup minum air,

Air masak untuk bayi, boleh ke tak?

  • Susu formula mengandungi sekitar 80% air dan menghidratkan bayi dengan baik. 
  • Air tambahan tidak diperlukan sehingga usia enam bulan 
  • Mengikut pakar pediatrik, ibu harus mengikut sukatan susu dan air yang diarahkan pada tin atau paket susu ketika bancuh. 
  • Menambah air yang banyak pada formula bukan hanya melarutkan kandungan nutrisi, tapi ia juga berisiko pada bayi.  

Tahap umur bayi boleh minum air masak

Air masak untuk bayi umur 6 hingga 12 bulan 

  • Sebaik saja bayi umur 6 bulan ke atas, ibu boleh berikan sedikit air untuk membiasakan mereka minum dengan cawan
  • Sukatan air untuk umur ini adalah 2 auns setiap 24 jam — disyorkan pakar. 
  • Jika lebih dari sukatan ini, ia akan ganggu pengambilan susu bayi. 
  • Jika rasa bayi kering, berikan sedikit air supaya dapat elak sembelit
  • Jangan gantikan air dengan susu ibu atau formula. 
  • Tingkatkan jumlah air jika bayi aktif bermain seharian. 

Air masak untuk bayi umur 12 bulan ke atas 

air masak untuk bayi, bayi minum air masak, air masak, bayi minum air, bayi minum air kosong, air mineral, air putih, air kosong untuk anak, air kosong untuk bayi, minum air masak, minum air masak, tak cukup minum air,

Kredit: Sirap Limau

  • Pada usia ini, anak kecil mula kurangkan pengambilan susu dan lebih suka makan 
  • Disebabkan mereka kian aktif, jadi pengambilan air juga akan meningkat dari masa ke semasa. 
  • Pada usia ini, kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 1.3 liter air sehari bersamaan 4.23 cawan. 
  • Selain dari minum air putih, anda juga boleh berikan buah yang mengandungi banyak air seperti tembikai, epal merah, anggur dan lain-lain. 

Keadaan bayi mabuk air 

Ginjal bayi masih belum matang untuk mengeluarkan kembali cecair dengan cepat. 

Oleh itu, memberi air kepada bayi bawah usia enam bulan boleh mengakibatkan banyak bendalir pada tubuhnya. Kemudian, ia menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan penurunan paras natrium dalam darah. 

Mabuk air ini berlaku apabila bayi diberi minum air masak secara berlebihan sekitar 8 onz sehari. Ia boleh menyebabkan pembengkakan otak juga kematian.

Gejala bayi mabuk air

  • Muntah 
  • Mengantuk dan kelesuan 
  • Berpeluh berlebihan dan suhu badan rendah 
  • Kencing berlebihan (6 ke 8 kali lampin basah dan harus ditukar). 
  • Muka bengkak dan anggota tubuh yang lesu. 

Jika terdapat gejala-gejala ini, segera bawa bayi berjuma doktor. Kongsikan artikel ini dengan rakan yang lain. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Alo Dokter dan Zeptermagazin 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah 

Baca juga

Bayi maut lepas minum susu ibu yang dicampur air – bayi menyusu tak perlu air!