Petua Air Nasi Untuk Bayi - Adakah Ia Boleh Ganti Susu Ibu? Apa Kebaikannya?

lead image

Dulu petua tradisional menyuruh air nasi diberi pada bayi untuk menambat berat badan mereka. Adakah ia berkesan? Apa manfaat lain bagi air nasi untuk bayi?

Apakah petua air nasi untuk bayi?

Jika anda tanya ibu bapa ataupun datuk nenek anda, ada kemungkinan besar mereka tahu petua ini dan tahu manfaat air nasi untuk bayi.

Ia juga dikenali sebagai air beras, air tajin dan air didihan beras bagi sesetengah orang.

Air nasi berasal dari beras putih dan dibuat dari air rebusan beras yang separuh masak.

Mula-mula anda perlu mencuci beras itu dulu untuk mengeluarkan sebarang kekotoran sebelum ia direbus dalam air. 

Air nasi perlu diambil apabila beras itu masih separuh masak pada rebusan pertama. 

Dulu, amalan ini diamalkan oleh ibu-ibu untuk diberi pada anak mereka.

Petua Air Nasi Untuk Bayi - Adakah Ia Boleh Ganti Susu Ibu? Apa Kebaikannya?

Air nasi untuk bayi. Sumber gambar: siraplimau

Tetapi selepas penyusuan susu ibu dan formula susu semakin popular, lama-kelamaan ibu-ibu telah berhenti memberi air nasi untuk bayi mereka.

Walaubagaimanapun, air nasi masih boleh diberi sebagai makanan tambahan selepas anak sudah menyusu susu ibu atau susu formula selama 6 bulan.

Kebaikan air nasi untuk bayi

air beras untuk bayi

Kredit: Bundagemes Blog – WordPress.com

  1. Bagus untuk anak yang cirit-birt. Jika anak anda cirit-birit atau ada masalah sakit perut, air beras boleh melegakannya.

    Air beras boleh merawat sakit perut yang ringan, dan juga mengurangkan pengeluaran najis bayi. Jadi, cubalah petua ini dulu sebelum memberi ubat, jika anak sakit perut ringan.

  2. Boleh mengubat ekzema. Ibu bapa hanya perlu campur 2 cawan air nasi ke dalam air mandian si manja.

    Air nasi boleh melembapkan kulit dan mengurangkan tompok-tompok merah yang gatal pada kulit akibat ekzema.

  3. Ia boleh menurunkan suhu bayi yang demam. Apabila anak demam, beri dia minum air nasi. Ini boleh menurunkan suhu badan mereka.
  4. Air nasi untuk bayi adalah sumber karbohidrat dan tenaga yang baik. Air nasi selalu diberi kepada bayi untuk menambahkan berat badan mereka.

    Ini kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, dan senang untuk dihadam oleh si manja. Ibu bapa tidak perlu bimbang anak akan mendapat alahan atau masalah perut.

Peringatan: Semua diatas cuma petua sahaja. Jika keadaan anak tidak bertambah baik atau semakin teruk, bawa anak berjumpa doktor dengan segera.

Susu ibu masih terbaik untuk bayi anda

Ibu-ibu perlu tahu air nasi tidak boleh menggantikan susu ibu atau susu formula.

Menurut WHO, ibu yang menyusukan anak mereka secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dari saat bayi itu dilahirkan, akan mendapat nutrisi terbaik untuk perkembangannya.

Sememangnya, susu ibu masih susu yang paling baik kerana ia mempunyai semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan anak.

Namun, ada juga ibu-ibu yang tidak dapat menyusu atau kurang susu ibu, dan digalakkan untuk memberi susu formula.

Jabatan Kesihatan (DOH) mengingatkan ibu-ibu supaya tidak memberi bayi mereka air nasi sebagai pengganti susu kerana ia tidak mengandungi nutrien dan mineral yang cukup untuk keperluan bayi yang semakin meningkat.

Ia juga tidak mempunyai natrium serta kalium, dua mineral yang sangat penting untuk perkembangan bayi anda.

Air nasi hanya boleh diberi sebagai makanan tambahan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Sumber: Mom Junctionlifestyle.inquirer.net

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner