Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

lead image

Air selusuh diamalkan ketika ibu merasa kontraksi semasa berada dalam bilik bersalin hingga bukaan menjadi 10cm. Namun ada yang was-was kerana sebab-sebab ini.

Selalu bila hampir due date, orang akan suruh ibu mengandung untuk buat air selusuh bagi memudahkan proses bersalin kata mereka. Tapi ada juga yang melarang kerana ia akan membuatkan kontraksi rasa lagi teruk.

Aduhai mana satu yang betul ini? Kalau nak tahu lebih lanjut, kami akan kupaskannya satu persatu dalam artikel ini. Jom baca lagi.

Hukum air selusuh dalam Islam 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/air selusuh.jpg Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

Air selusuh merupakan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran. Kemudian, ia akan diberikan pada ibu hamil bertujuan untuk memudahkan proses bersalin. Ada juga yang rendam akar Fatimah dari Mekah ke dalam air tersebut. 

Selain itu, ada juga yang menggunakan air zam-zam, minyak kelapa dara dan minyak zaitun untuk membuat air ini. Biasanya ia diberi ketika kontraksi bermula.

Ada juga yang minum seawal kandungan 30 minggu ke atas. Tapi biasanya doktor akan melarang anda minum pada waktu itu kerana kontraksi belum berlaku lagi. 

Namun begitu, dari hukum Islam ia adalah HARUS selagi tidak membabitkan jampi serapah yang tidak mengikut landasan syariat. 

Walau bagaimanapun, ibu hamil diingatkan tidak terlalu berharap pada air tersebut kerana memudahkan bersalin itu datangnya dari Allah SWT. Air tersebut hanyalah ikhtiar semata-mata. 

Air selusuh memudahkan bersalin – betul atau hanya sandiwara? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/202336 0 663 382.jpg Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

Namun begitu, tiada kajian sains yang mampu dirujuk untuk membuktikan air selusuh membantu mempermudahkan kelahiran. Ia hanya ikhtiar yang bersandarkan pada Allah SWT. Sebab itu, air ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Menurut Dr Muhammad Izzat, Pakar Obstetrik & Ginekologi, ada juga yang merendam bahan seperti akar fatimah, akar kayu dan lain herba ke dalamnya. 

Hal ini kerana, minuman air selusuh dengan tambahan bahan herba lain akan menimbulkan bahan kimia aktif. Sebab itu, ada kajian mendapati bahan-bahan tersebut membuatkan hormon oksitosin yang berkaitan kontraksi rahim muncul. 

Namun, air selusuh yang terbaik adalah buatan suami sendiri dan diminum ketika di bilik bersalin. 

Tapi kini, tak perlu bimbang lagi kerana ada air selusuh yang dijual di pasaran seperti minyak selusuh Anugerah, air selusuh Jamu Jelita dan Seri Mama minyak selusuh kelapa dara. 

Justeru, air selusuh ini hanyalah ikhtiar saja. Pokok pangkalnya, kita perlu tahu cara mempercepatkan bersalin yang betul supaya jadi mudah. 

Cara-cara membuat air selusuh:

1. Ambil sebotol air zam-zam

2. Bacakan surah Al-Fatihah (satu kali) 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/ucRdRCC.png Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

3. Bacakan surah Al-Hasyar ayat 21

4. Baca selawat Syifa 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Xy6gtvw.jpg Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

5. Kemudian bacakan doa ini 

Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat”

” Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan RahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”.

 

6. Tiup pada air tersebut dan berikan pada isteri ketika kontraksi berlaku atau sapu di atas perutnya (sambil berselawat 7 kali). 

Semoga perkongsian artikel ini terjawab sudah pada anda yang rasa was-was nak minum air tersebut. Sebarang komen boleh diturunkan di laman Facebook kami. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Zuriat.my

Baca juga:

6 doa cepatkan proses bersalin untuk bakal ibu, jadikan ini sebagai panduan!