Tabiat Suka Makan Ais Ketika Mengandung, No.3 Boleh Bahayakan Anda & Bayi!

undefined

Adakah anda seorang ibu yang menggemari tabiat kunyah ais batu ketika mengandung? Jaga-jaga kerana ia adalah petanda tidak baik dan boleh menyebabkan kematian!

Ketika berbadan dua, anda mungkin akan mengalami perubahan dalam semua perkara sama ada fizikal, perasaan dan pengambilan makanan yang luar biasa. Bagaimana pula dengan tabiat baru mengunyah ais batu?

Jika sebelum ini anda tidak menggemarinya, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana pembawakan anak membolehkan ibu untuk menerokai pelbagai perkara baharu!

Tabiat mengunyah ais batu ketika mengandung: selamat ataupun tidak?

Keinginan ini biasanya akan menghilang selepas anda melahirkan anak. Namun pastinya ibu akan terfikir apakah kesan yang mungkin berlaku terhadap diri sendiri dan bayi dalam kandungan, kan?

Mengambil ketulan air batu semasa hamil boleh dikatakan salah satu perkara yang paling digemari oleh ibu mengandung kerana ia menjadi cair dalam mulut dan memberikan keseronokan.

Namun hal ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan ia sesuatu yang normal ketika tempoh kehamilan.

Dari segi perubatan, tabiat mengunyah ais batu ini dikenali sebagai pagofagia (pagophagia).

Kesan ibu hamil mengunyah ais

makan air batu

Pagofagia pada ibu mengandung boleh mewujudkan kecenderungan untuk menggigit dan menghisap ais tanpa rasa bersalah. Terdapat beberapa implikasi yang mendasari keadaan ini, iaitu:

#1. Gangguan memakan sesuatu yang tiada nutrisi

Sekiranya ibu mempunyai keinginan yang sukar dipuaskan ketika memakan ais, anda mungkin mengalami keadaan dikenali sebagai pica.

Ia adalah salah satu bentuk gangguan ditentukan oleh keinginan untuk memakan sesuatu yang tidak mempunyai nilai nutrisi.

Sesetengah wanita mengandung yang mengalami pica mungkin akan mengidam sesuatu yang tidak boleh makan seperti sabun, kertas ataupun rambut.

#2. Selera makan menurun

Tidak dinafikan apabila sudah ketagih mengunyah ais batu, anda mungkin akan kurang selera untuk menjamah makanan lain yang lebih berkhasiat.

Keinginan yang melampau boleh mengakibatkan bayi berisiko mengalami masalah kekurangan nutrisi penting kerana si ibu lebih gemar mengunyah ais sahaja.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, segera cari jalan penyelesaian dan kurangkan tabiat memakan ais. Hal ini kerana bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan sihat serta terhindar dari sebarang penyakit.

#3. Masalah kekurangan zat besi

tabiat mengunyah ais batu

Masalah ini merupakan yang serius. Keinginan dan tabiat mengunyah ais secara berlebihan atau makanan lain dianggap sebagai gangguan dalam pemakanan.

Walaupun ais tidak berbahaya, ia turut mempunyai kaitan dengan masalah kekurangan zat besi dan anda perlu mendapatkan rujukan perubatan.

Dalam hal ini, anda cenderung mengalami anemia dan doktor mungkin akan mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin B12 serta perubahan dalam diet pemakanan harian.

#4. Menjejaskan kesihatan gigi dan gusi

Tabiat mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberikan tekanan terhadap gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel, menyebabkan gigi berlubang atau pecah.

Dalam hal ini ibu berisiko mengalami kerosakan gigi. Apabila sedang melakukan rawatan gigi, ais batu yang anda kunyah boleh menjejaskannya. Bahagian kiub ais yang tajam turut berupaya memberikan kecederaan terhadap mulut, gusi dan lidah.

#5. Masalah sakit tekak

makan ais ketika hamil

Masalah sakit tekak boleh terjadi sekiranya anda membeli air batu yang diperbuat daripada sumber air tidak bersih.

Hal ini ditambah pula anda kurang minum air masak dan terlalu banyak mengunyah ais pada suatu masa dan boleh memburukkan keadaan kesihatan.

Kebiasannya akan menyebabkan pembengkakan tonsil yang menyebabkan anda tidak selesa untuk menelan. Ia adalah kelenjar yang berada di belakang mulut dan bahagian atas tekak berfungsi menapis kuman agar mencegah jangkitan dalam badan.

Sekiranya ia berlaku, anda perlu menghentikan tabiat mengambil ais dan amalkan minum air mineral tidak sejuk antara 1.5 hingga 2.0 liter bagi menggalakkan proses penyembuhan.

Kesimpulannya, meskipun kiub ais mampu memberikan keseronokan terhadap ibu hamil ketika mengunyah, anda tidaklah seharusnya bersikap mementingkan diri semata-mata.

Hal ini kerana kesihatan bayi dalam kandungan adalah perkara paling utama bagi mengelakkan anda berdepan dengan masalah yang tidak diinginkan sebelum atau selepas proses melahirkan kelak.

Sumber: Hello Doctor

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compantang-larang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!