Anak suka ais kepal milo? Ini bahaya dan risiko yang dirahsiakan dari anda

Ada tak ibu bapa di sini yang suka memberi ais kepal milo pada anak-anak? Kalau ada, lebih baik anda baca penemuan yang mengejutkan ini. Hati-hati ya!

Anda sudah cuba ais kepal milo yang tular itu? Ais kepal milo cukup terkenal di Malaysia sampaikan di Indonesia sendiri terkena palitnya. 

Kini, penjual ais kepal milo semakin bersepah-sepah. Anda boleh jumpa ia di bazar Ramadhan mahupun di gerai tepi-tepi jalan atau restoran terkenal. Tidak hanya ais kepal milo biasa, ada juga yang menambah pelbagai variasi dengan meletakkan topping.

Kerana tertanya-tanya dengan kandungan gula dalam minuman yang tular ini, pasukan theAsianparent pun ramai-ramai memesan minuman yang menjadi buah mulut ini.

Semangkuk ais kepal Milo dengan topping biskut Oreo, yummy!

Kandungan ais kepal Milo

Antara benda pertama yang kami perasan dengan pemerhatian ini ialah ais kepal Milo terdiri daripada ais hancur, serbuk Milo, susu pekat manis, serbuk coklat dan topping oreo. 

Cuba bayangkan betapa manisnya minuman ini? Agak-agak berapa kandungan gula dalam satu minuman ini ya?

ais kepal milo, milo ais kepal, ais milo kepal, milo kepal ais, es kepal milo, ais kepal milo malaysia

Kami pun menghubungi seorang pakar pemakanan, Dr. Luciana B. Sutanto dari Hospital Ibu dan Anak Gladiool, Magelang untuk menanyakan soalan tersebut.

Doktor, berapa kandungan gula dalam minuman terkenal ini?

Menurut doktor tersebut, kandungan gula dalam ais kepal tersebut berasal dari serbuk Milo dan susu pekat manis. Serbuk Milo mengandungi hampir 14 gram gula setiap bungkus.

Susu pekat manis pula mengandungi 20 gram gula bagi setiap sajian. Jumlah keseluruhan kandungan gula dalam minuman ais kepal ini bergantung kepada berapa banyak serbuk Milo dan susu pekat manis yang digunakan.

Saya perhatikan, ada peniaga yang mengguna hampir 1 tin susu pekat manis! Cuba bayangkan berapa kadar gulanya sekarang…

Kanak-kanak perlu berapa banyak gula dalam satu hari?

ais kepal milo, milo ais kepal, ais milo kepal, milo kepal ais, es kepal milo, ais kepal milo malaysia

Menurut pakar lagi, kanak-kanak tidak terikat untuk mengambil berapa banyak gula dalam sehari. Namun, ia tidak boleh melebihi 25 gram sehari atau bersamaan 6 sudu teh.

Jangan tidak tahu, tapi gula juga berasal dari bahan sumber karbohidrat. Ia bukan berada dalam makanan yang manis saja. 

Apa risikonya jika anak terlebih mengambil gula?

Kanak-kanak yang terlebih mengambil gula bermaksud akan meningkatkan kandungan kalorinya.

Jika kalori berlebihan dalam masa yang lama, ia boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai risiko penyakit lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan lain-lain. 

Risiko penyakit ini juga boleh dialami oleh kanak-kanak yang sudah obesiti.

****

Ha, terkejut tak? Sebenarnya, ais kepal Milo memiliki kandungan gula yang sudah berlebihan untuk pengambilan kanak-kanak dalam masa satu hari.

Itu belum termasuk dengan kandungan gula dalam karbohidrat yang dimakannya.

Membenarkan anak-anak makan dan menikmati ais kepal Milo sekali-sekala itu tidak mengapa. Tapi jangan sering melakukannya. 

Apa yang penting sekarang ialah kesihatan anak anda!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

10 Minuman Yang Patut Dijauhkan Dari Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!