Ajar Anak Anda Cara Menulis dan Membaca dengan Kaedah ‘Garam dan Dulang’

Ajar Anak Anda Cara Menulis dan Membaca dengan Kaedah ‘Garam dan Dulang’

Guna kaedah belajar menulis dan membaca yang menyeronokkan ini supaya si kecil anda dapat menikmati sesi pembelajaran tersebut. Bagaimana? Dengan bantuan garam dan dulang. Ia menghiburkan dan berkesan buat si kecil, praktikal dan ekonomikal buat si ibu atau si guru!

Jika anak anda dalam lingkungan umur empat ke tujuh tahun, pasti mereka sedang berada dalam fasa menulis dan membaca.

Selalunya, kita sebagai ibu, akan berfikir tentang bagaimana untuk mengajar anak kita cara menulis dan membaca secara menyeronokkan dan pada masa yang sama, berkesan. Di sini, kami ada terjumpa tip menarik dari seorang blogger, Jen, dari Vancouver, Kanada.

Beliau mengajar anak kecilnya, Miss G, yang kini berada dalam Tahun 1, menulis dan membaca dengan bantuan…garam! Ya, GARAM!

Cara Belajar Menulis dan Membaca Menggunakan Garam dan Dulang

Selain daripada membelanjakan wang untuk membeli kertas-kertas, pen berwarna, dan kad belajar yang berwarna-warni, Jen juga turut mencadangkan para ibu di luar sana supaya menggunakan bahan-bahan semudah dulang/pinggan/penutup kotak dan setengah cawan garam.

Apa yang anda boleh lakukan adalah menuliskan perkataan-perkataan mudah yang anda ingin anak anda pelajari di atas kertas kecil. Untuk membuatkannya lebih menarik, pastikan anda menggunakan kertas berwarna atau pen berwarna.

learn sight words with salt tray

Source: Mamapapabubba.com

Berikan kad tersebut kepada anak anda, minta dia untuk membacanya, serta tiru tulisan dan ejaan tersebut di atas dulang.

Mula-mula, tuang dan ratakan separuh cawan garam ke dalam dulang yang berwarna-warni. Kemudian, minta anak anda untuk menggunakan jari kecilnya itu untuk menulis perkataan yang ada pada kad belajar atau flash card yang telah anda sediakan tadi.

Jika dia melakukan kesilapan pada tulisan, dia tidak perlu menggunakan pemadam. Si kecil anda hanya perlu menggoyangkan sedikit dulang tersebut untuk ‘memadam’ kesilapan ejaan tersebut dan mencubanya sekali lagi – ianya mudah dan menyeronokkan!

easy ways to learn sight words

Source: Mamapapabubba.com

Kenapa Garam? Kenapa Tidak Gula?

Mungin ada sebab mengapa blogger Jen menyarankan para ibu di luar sana menggunakan garam untuk belajar cara menulis dan membaca, dan bukannya gula atau pasir.

Pertama, garam lebih mengurangkan kadar anak anda memasukkan jari ke dalam mulutnya. Ia masin, si kecil pasti tidak tertelan garam tersebut.

Tetapi, kalau anda guna gula, cuba bayangkan…pasti di hujung sesi belajar menulis tersebut, tinggal sedikit saja gula dalam dulang. Selebihnya, dia dok ralit makan gula tersebut kerana kemanisannya.

Yang kedua, mungkin garam lebih mudah untuk diperolehi. Pasir halus bukanlah benda mudah untuk ditemui atau dibeli terutamanya jika anda tinggal di bandar.

Malah, kalau anda membelinya pun, harga pasir tersebut mungkin sedikit mahal daripada harga garam.

Kontra Warna Antara Dulang dan Garam Menyebabkan Si Kecil Anda Terhibur Ketika Sesi Belajar Menulis

Kata kunci bagi memastikan anda suka cara menulis dan membaca menggunakan dulang dan garam ini adalah: anda harus memastikan salah satu daripada dua bahan ini berwarna-warni.

Ini adalah kerana, kontra warna antara garam putih dan dulang akan membuatkan si kecil anda lebih tertarik dengan aktiviti tersebut.

Jika anda tiada dulang berwarna, anda boleh mewarnakan pula garam tersebut. Caranya? Masukkan garam ke dalam plastik dan campurkan sedikit bahan pewarna makanan.

Goncangkan plastik dan anda akan perasan yang garam itu akan mula menyerap pewarna tersebut dan ia akan menjadi berwarna-warni.

Jom kita tengok video yang dikongsikan Jen dalam laman FBnya. Dalam video ini, kita dapat melihat anaknya, Miss G, mengeja dan menulis pelbagai perkataan baru dalam dulang yang cantik. Video ini telah mendapat 22 juta tontonan setakat ini!

Sight Word Practice Using A Salt Tray | Mama.Papa.Bubba.

Practicing her sight words with a salt tray! 👆mamapapabubba.com/2016/11/13/practicing-sight-words-salt-tray/This is one of my very favorite ways to have kids practice their printing, sight words, and spelling words. It's waaaaay more fun than having to use a pencil and paper, fixing mistakes is a breeze {fun even – shake, shake, shake!} so it takes away a lot of the anxiety that comes with potentially making a mistake and the frustration that comes with constantly having to erase, and it's a sensory-filled process, which adds interest and holds kids' attention. 👊Our tray is something I've had for years, but this one would be PERFECT {plus it comes in 9 different colours!}:amzn.to/2eP1YPg {affiliate link}Oooh! This multi-coloured one would be SO MUCH FUN too:amzn.to/2ePa8XI {affiliate link}

Posted by Mama. Papa. Bubba. Blog on Thursday, 3 November 2016

Selain daripada para ibu yang sedang mengajar anak mereka menulis, kaedah belajar menulis yang menyeronokkan ini juga sesuai untuk dilakukan oleh guru tadika atau guru sekolah rendah. Cubalah!

Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini jika anda rasa yang ianya bermanfaat dan boleh dicuba oleh sahabat lain di laman sosial anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner