X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Latih Anak Cara Potty Train Ini Dalam Masa 3 Hari Saja – Cara Potty Training Ini Sungguh Berkesan!

4 min bacaan
Latih Anak Cara Potty Train Ini Dalam Masa 3 Hari Saja – Cara Potty Training Ini Sungguh Berkesan!

Ibu tahu apa cara potty train anak yang mudah dan terbukti berkesan? Cubalah cara potty train anak guna kaedah Fellom ini! Ramai ibu kata berkesan.

Apabila tiba sahaja fasa untuk mengajar anak menggunakan tandas dan meninggalkan penggunaan diaper atau napkin, pasti ada ibu bapa, terutamanya yang baru pertama kali melakukannya, akan berasa serba salah – tidak tahu bagaimana nak mula ajar cara potty train anak.

Di sini, kami akan kongsikan satu kaedah yang dikatakan sangat berkesan. Dalam hanya 3 hari sahaja, anak anda akan dapat menyesuaikan diri tanpa memakai diaper dan membiasakan dirinya pergi ke tandas untuk membuang air.

Jom tengok kaedah potty training yang dipanggil Teknik Fellom.

Potty Train Anak Menggunakan Teknik Fellom

Kaedah mengajar anak kecil menggunakan tandas melalui Teknik Fellom ini sebenarnya telah lama diguna pakai di negara Barat iaitu sejak 2006. Ia diperkenalkan oleh Julie Fellom, seorang guru tadika. Teknik Fellom ini dikatakan sesuai bagi anak kecil dari usia 15 bulan sehingga 28 bulan.

Jika anda ingin mencuba kaedah potty train anak melalui Teknik Fellom ini, anda memerlukan dedikasi selama 3 hari. Jika anda seorang suri rumah, ia sesuai untuk dicuba pada bila-bila sahaja.

Tetapi, jika anda bekerja, mungkin anda boleh memilih mana-mana hujung mingu (berserta cuti sehari) untuk melakukan Teknik Fellom kepada anak anda.

potty train anak

Source: Brightside.me

Tips Potty Training: Apa Matlamat Kaedah Fellom?

Matlamat cara ajar anak potty training dari Kaedah Fellom ini bukanlah bertujuan untuk terus melatih anak anda pandai menggunakan tandas serta-merta dan 100% selepas 3 hari.

Tetapi, ia lebih bertujuan untuk membiasakan anak anda untuk pergi ke tandas dan bergerak bebas (di dalam atau di luar rumah) tanpa memakai diaper.

Jadi, anda patut menjangkakan yang kadang-kadang, anak anda mungkin terbuang air ketika latihan. Ia tidak perlu dirisaukan – ia pasti akan berlaku. Tetapi, apa yang anda boleh harapkan daripada teknik ini adalah ia akan mempercepatkan proses anak anda untuk ‘bercerai’ dari memakai napkin.

Tip-Tip sebelum Anda Mencuba Kaedah Potty Training Ini

  • Letak mangkuk potty di beberapa tempat dalam rumah anda – di ruang tamu, dapur, bilik dan di luar rumah.
  • Sediakan diaper dan baju salin sebagai persediaan jika si kecil anda terbuang tanpa sengaja ketika tidak memakai napkin.
  • Teknik ini akan memerlukan anda membiarkan anak anda hanya berbaju dan tidak memakai seluar ketika berada di rumah. Jika rumah anda sejuk, pakaikan si kecil stoking. Jangan biarkannya kesejukan.

Langkah-Langkah Cara Potty Training Anak Anda

Anda sudah bersedia untuk mencuba latihan menggunakan tandas ini kepada anak anda? Ikut sahaja langkah-langkah berkenaan selama 3 hari berturut-turut dan lihat hasilnya!

cara potty train anak

Source: Pinterest.com

Hari Pertama:

  • Biarkan si kecil anda bebas tanpa memakai napkin mahupun seluar ketika di rumah. Perhatikan gerak gerinya dan jika anda terlihat seperti dia ingin membuang air kecil atau air besar, segera angkatnya ke mangkuk potty.
  • Berikan anak anda minum air dengan banyak supaya dia akan terasa selalu mahu membuang air.
  • Buat demonstrasi menggunakan mangkuk potty. Anak anda akan segera meniru perbuatan anda.
  • Jika dia berjaya membuang air di mangkuk potty, pastikan anda meraikan bersamanya. Si kecil akan lebih termotivasi dengan aktiviti keraian sebegini!
  • Sebelum tidur, beritahu anak anda untuk duduk di mangkuk potty dan buang air. Pada waktu malam, barulah anda benarkan si kecil untuk memakai napkin.

Hari Kedua:

  • Teruskan latihan seperti hari pertama. Biarkan dia bebas tanpa memakai napkin atau seluar ketika di rumah dan latihnya ke mangkuk potty jika dia seperti ingin membuang air.
  • Pada hari kedua, sertakan latihan di luar rumah. Pakaikan si kecil anda seluar tetapi tanpa memakai diaper atau seluar dalam. Bawa si kecil berjalan-jalan di sekitar rumah atau berhampiran kawasan kejiranan anda.
  • Matlamat dari latihan ini adalah untuk membiasakan anak anda tidak terbuang air ketika berada di luar rumah tanpa memakai diaper.
  • Jika dia terbuang ketika di luar, jangan memarahinya. Beritahu yang dia sepatutnya membuang di dalam mangkuk potty.

Hari Ketiga:

  • Pada hari ketiga, bawa anak anda keluar berjalan-jalan di luar rumah sebanyak dua kali – sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.
  • Seperti hari kedua, biarkan dia memakai seluar tanpa sebarang diaper atau seluar dalam. Bawa baju persalinan atau diaper sebagai langkah berjaga-jaga.

Seperti yang anda perasan, teknik ini menggunakan kaedah ‘bebas seluar’ atau ‘bebas diaper’. Apabila si kecil anda tidak memakai napkin atau seluar, dia akan berasa lebih terlatih untuk membuang air di tempat yang sesuai.

Diaper hanya dibenarkan ketika tidur sahaja. Teruskan kaedah ‘bebas diaper’ ini selama 3 bulan.

“Jika anda betul-betul mahu latihan tandas ini berkesan kepada anak anda, anda memang perlu memastikan yang dia tidak memakai seluar ketika berada di rumah dan tidak memakai diaper/seluar dalam apabila keluar rumah selama 3 bulan berturut-turut!” kata Julie Fellom. 

Jadi, bagaimana? Anda berani untuk mencuba teknik ini? Jika anda mempunyai masa, dedikasi, dan keinginan yang tinggi untuk anak anda segera terlatih menggunakan tandas, mungkin ini adalah kaedah potty training yang sesuai untuk dicuba!

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Latih Anak Cara Potty Train Ini Dalam Masa 3 Hari Saja – Cara Potty Training Ini Sungguh Berkesan!
Kongsikan:
  • Jangan Tergesa-Gesa 'Potty Training' Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

    Jangan Tergesa-Gesa 'Potty Training' Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

  • Ajar anak guna tandas dengan kaedah Cina ini, 1 minggu saja dah berkesan!

    Ajar anak guna tandas dengan kaedah Cina ini, 1 minggu saja dah berkesan!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Tergesa-Gesa 'Potty Training' Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

    Jangan Tergesa-Gesa 'Potty Training' Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

  • Ajar anak guna tandas dengan kaedah Cina ini, 1 minggu saja dah berkesan!

    Ajar anak guna tandas dengan kaedah Cina ini, 1 minggu saja dah berkesan!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.