Dengan kawan pandai dia berkongsi, tapi bila dengan adik kedekut pula! Kenapa ya?

lead image

Sikap anak kecil memang unik tapi percayalah bila kita didik dengan baik, pastinya mereka akan membesar dan menjadi seorang anak yang mendengar kata.

Ada cara betul untuk ajar anak berkongsi benda atau barang tak kira dengan sesiapa pun. Manakan tidak, perangai pelik mereka ini ada kalanya buat kita rasa musykil sedikit.

Bayangkanlah — dengan kawan, kemain lagi dia pandai berkongsi benda tapi bila dengan adik beradik, tiba-tiba dia jadi kedekut yang amat!

Hingga boleh buat gaduh besar kalau terambil barang si dia. 

Sebab itu penting ibu bapa didik dan ajar anak berkongsi terutama bila dengan adik beradik. Ia harus dimulakan sejak anak kecil lagi. 

Namun begitu, ibu jangan terlalu bimbang kerana masih boleh ajar anak berkongsi. Beritahu padanya, adik beradik perlu saling berkongsi kerana apabila dewasa nanti, mereka yang akan bantu kita bila ditimpa masalah. 

ajar anak berkongsi, ajar anak jangan kedekut, ajar anak berkongsi rezeki, ajar anak berkongsi dengan adik beradik, tips ajar anak berkongsi, cara ajar anak berkongsi, anak kedekut dengan adik beradik, kenapa anak kedekut?, manfaat ajar anak berkongsi, manfaat ajar anak berkongsi rezeki, kelebihan ajar anak berkongsi barang

Kredit: Sirap limau

Menurut pakar psikologi anak dan keluarga, Anna Surti Ariani hubungan adik beradik memang unik sebab itu berbeza dengan hubungan anak dan rakannya. 

“Benar, emosi dan sikap anak memang berbeza. Dia baik dengan orang sekeliling tapi dengan adiknya dia sedikit kedekut.

Tapi ibu jangan bimbang kerana ia akan beransur pulih bila anak meningkat dewasa,” katanya.

3 tips ajar anak berkongsi 

Jadi buat mana-mana ibu bapa yang mengalami masalah sama di rumah, jom praktikkan 3 tips ajar anak berkongsi ini.

Kelak mereka pasti tak akan kedekut nak berkongsi lagi.

1) Berpada-pada berkongsi rezeki dengan orang lain 

ajar anak berkongsi, ajar anak jangan kedekut, ajar anak berkongsi rezeki, ajar anak berkongsi dengan adik beradik, tips ajar anak berkongsi, cara ajar anak berkongsi, anak kedekut dengan adik beradik, kenapa anak kedekut?, manfaat ajar anak berkongsi, manfaat ajar anak berkongsi rezeki, kelebihan ajar anak berkongsi barang

Kredit: huffington post.com

Tips ajar anak berkongsi yang pertama adalah jangan biarkan anak berkongsi barang penting yang menjadi miliknya terutama bila anda lihat anak begitu ‘senang’ bagi pada kawannya. 

Contohnya berkongsi pensil warna dengan kawan hingga ada ketikanya terus bagi pada kawan itu, sedangkan anak memerlukan pensil warna tersebut. 

Lebih parah ibu kena beli selalu kerana anak terlalu murah hati beri pada kawan. Jadi ingatkan anak supaya berkongsi itu boleh tapi biarlah berpada-pada. 

Itu tak termasuk lagi dia berkongsi duit sekolah dengan kawan. Haha!

2) Ingatkan anak dengan adik kandung pun perlu berkongsi 

Ketika di rumah, ajar anak berkongsi dengan adik-beradik dan bukan dengan kawan saja. Larang anak untuk tidak berebut barang permainan sebaiknya berkongsi sama rata.

Lantas ibu akan naik hantu bila dapati anak-anak bergaduh apabila masing masing kedekut dan tak mahu berkongsi. Sebab itu penting untuk ajar anak berkongsi ini. 

3) Beritahu dia ibu rasa gembira bila anak-anak berkongsi 

ajar anak berkongsi, ajar anak jangan kedekut, ajar anak berkongsi rezeki, ajar anak berkongsi dengan adik beradik, tips ajar anak berkongsi, cara ajar anak berkongsi, anak kedekut dengan adik beradik, kenapa anak kedekut?, manfaat ajar anak berkongsi, manfaat ajar anak berkongsi rezeki, kelebihan ajar anak berkongsi barang

Apabila anda melihat anak-anak sudah dapat terima dan praktiskan berkongsi dengan adik beradik.  Beritahu si kecil bahawa anda gembira melihat perubahan positif itu.

Tentunya anak akan rasa seronok dan tersenyum apabila ibu memuji sikap baik mereka itu. 

Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda lakukan untuk ajar anak berkongsi? Jangan malu dan segan untuk turunkan komen di bawah ini. Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Sinar viral 

Baca juga:

Didik anak nilai sopan santun sejak kecil dengan 3 cara terbaik ini!