Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini

undefined

Kalau anda mahu ajar anak bersihkan rumah, cuba mula ajar mereka mengikut panduan umur ini. Bolehlah rumah sentiasa kemas dan tak bersepah lagi!

Ajar anak bersihkan rumah, bila anda patut mula?

Kalau anda tertanya-tanya bila anda patut mula ajar anak bersihkan rumah, jawapannya adalah pada bila-bila masa. 

Mengajar anak membersihkan rumah tak pernah terlalu awal atau terlalu lambat untuk anak-anak. Mereka boleh membantu anda mengemas rumah sejak berusia 2 tahun lagi.

Beri mereka rasa bertanggungjawab. Jom ikut panduan ini untuk menentukan apa yang anda boleh ajar anak untuk bersihkan rumah, berdasarkan umur antara 2 hingga 12 tahun. 

Yang seronoknya, ini salah satu langkah bijak untuk membuatkan mereka sibuk sepanjang cuti sekolah atau pada hari minggu. 

Rumah anda pun bersih dan tak bersepah!

Anak usia 2 tahun

2 years old

Anak anda yang berusia 2 tahun itu boleh membantu anda dalam tugasan mudah seperti mengemas meja makan.

Anda boleh ajar anak meletakkan sudu atau pinggan pada meja makan. Malah, anda juga boleh mengajar mereka mengemas barang permainan mereka sendiri.

Sediakan kotak dan suruh mereka masukkan permainan dalam kotak itu apabila sudah habis bermain. Dia juga boleh diajar untuk memasukkan baju kotor dalam bakul.

Anak usia 3 tahun

Anak yang sudah berusia 3 tahun mampu untuk menyusun buku di rak rendah.

Malah, anda juga boleh mengajar anak anda membuang sampah dalam bakul, meletakkan pinggan dalam sinki selepas makan dan lain-lain lagi.

Anak usia 4 tahun

4 years old

Anda anda sudah boleh membantu di taman bunga pada usia 4 tahun. Suruh mereka siram pokok bunga.

Anda juga boleh mengajar mereka memberi makan pada haiwan peliharaan. 

Cuba ajar mereka bagaimana ingin menyusun baju dalam almari, meletakkan sudu dan garfu pada meja dan lain-lain.

Anak berusia 5 tahun

Untuk anak-anak yang sudah berusia 5 tahun, anda boleh ajar anak bersihkan rumah dengan membasuh pinggan atau sudu lepas makan.

Malah, mereka juga sepatutnya sudah tahu untuk mengemas katil sendiri. 

Jika di dapur pula, mereka boleh membantu anda menyusun barang-barangan dapur. Contohnya letak tin sardin dalam kabinet dan sayur-sayuran dalam peti ais.

Anak berusia 6 tahun

6 years old

Semakin mereka besar, semakin banyak kerja rumah yang mereka boleh bantu. Contohnya untuk kanak-kanak berusia 6 tahun, mereka sudah boleh diajar menyapu lantai.

Malah, mereka juga boleh diajar untuk melipat baju dan meletakkan ia dalam almari.

Untuk kanak-kanak yang mungkin menunjuk minat ingin memasak, ajar mereka bagaimana ingin memukul telur dan mixing pancake.

Anak berusia 7 tahun

Menyediakan meja makan atau mengemas meja makan sepatutnya adalah tugasan mudah untuk anak berusia 7 tahun.

Ketika ini, mereka juga boleh diajar untuk menyediakan makanan ringan mereka sendiri seperti roti sapu planta atau sandwich.

Anak berusia 8 tahun

8 years old

Apabila anak anda sudah berusia 8 tahun, mereka sudah cukup bijak untuk diajar tentang cara menggunakan mesin basuh.

Ajar mereka untuk masukkan baju dalam mesin, bawa keluar sampah atau mop lantai. 

Kalau anda tengah memasak, ajak mereka bantu anda menyukat bahan-bahan.

Anak berusia 9 tahun

Ketika berusia 9 tahun, kanak-kanak sudah boleh menyediakan sarapan pagi yang senang seperti scrambled eggs

Malah, mereka juga boleh diajar untuk mencuci tandas. 

Kalau di luar, mereka boleh mengemas daun-daun kering atau membacakan pada anda senarai barangan dapur yang patut dibeli.

Anak berusia 10 tahun

10 years old

Bantu mencuci kereta antara kerja rumah yang menarik untuk kanak-kanak berusia 10 tahun. Anda juga boleh ajar mereka untuk membasuh pinggan mangkuk.

Selain mampu mengemas katil sendiri, mereka juga sepatutnya sudah bijak menukar cadar katil dan sarung bantal.

Anak berusia 11 tahun

Anak yang berusia 11 tahun boleh diajar untuk menjahit dengan mudah. Mereka juga boleh diajar untuk menyediakan makan tengahari atau makan malam. 

Mulakan dengan resepi yang simple-simple saja.

Anak berusia 12 tahun

12 years old

Anak yang berusia 12 tahun sudah mampu untuk menolong anda menjaga adiknya yang lebih kecil.

Mereka juga boleh membantu anda menukar lampu mentol, membakar cookies dan sebagainya. 

Macam mana? Apa cara bijak anda ajar anak bersihkan rumah? Kongsikan ia dengan kami!

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkemas-rumah-konmari/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!