Ini Yang Terjadi Bila Kurangnya Aksi Romantik Suami Isteri, #2 Paling Menakutkan!

undefined

Ini yang terjadi kepada tubuh bila aksi romantik suami isteri semakin berkurangan

Ingat tak lagi semasa di awal perkahwinan anda, apabila aksi romantik suami isteri terpancar jelas di wajah kerana teruja dan seronok untuk memulakan perjalanan hidup sebagai pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga?

Namun begitu, apabila ia sudah memakan masa bertahun, dan kemudiannya kalian dikurniakan zuriat yang ramai, maka aksi romantik suami isteri itu semakin pudar dan seolah-olah sudah dilupakan.

Bahkan ia bukan sebab anak semata-mata tapi berpunca dari kesibukan, tekanan dan gaya hidup yang membuatkan hubungan mesra itu kian terkubur.

Namun sebenarnya kekurangan hubungan intim ini boleh menyebabkan risiko perceraian dan pertelingkahan dalam rumah tangga. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memburukkan kesihatan dan tubuh badan anda sendiri.

Berikut adalah risiko yang boleh berlaku bila kurangnya aksi romantik suami isteri seperti di bawah ini:

Keburukan kurangnya aksi romantik suami isteri terhadap wanita

hubungan suami isteri

#1. Kehilangan libido atau nafsu seks

Tekanan terhadap gaya hidup, peningkatan umur, kehamilan, penyakit dan keletihan mungkin menyebabkan kurangnya keinginan untuk berhubungan intim bersama pasangan.

Walau bagaimanapun, menahan diri dari melakukan aksi romantik suami isteri boleh menyebabkan kehilangan berat badan secara drastik sekaligus mengganggu kesihatan anda.

Langkah terbaik untuk meningkatkan libido adalah menikmati hubungan seksual sekerap yang mungkin yang dapat mengembalikan semula keinginan anda terhadap aktiviti suami isteri ini.

#2. Melemahkan dinding faraj

Apabila anda tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh masa yang agak lama, ia boleh memberi kesan buruk pada dinding faraj.

Percayalah dengan hubungan intim atas ranjang ini boleh mengekalkan keanjalan di bahagian sulit wanita dalam jangka masa yang panjang.

#3. Kurang jumlah pelincir

Selepas mengalami fasa menopaus, kebanyakan wanita mengalami penurunan dari segi pelinciran sebelum melakukan hubungan seksual. Ini disebabkan tahap estrogen yang rendah selepas menopaus.

Walau bagaimanapun, melakukan hubungan seksual dengan lebih kerap dapat meningkatkan pelinciran pada kawasan miss v wanita sekaligus meningkatkan aliran darah di tempat tersebut.

#4. Menyebabkan kekejangan haid

hubungan intim suami isteri

Apabila seseorang wanita mengalami orgasme semasa persetubuhan, ia dapat mengeluarkan hormon yang membantu meningkatkan ambang kesakitan semasa datang bulan.

Bahkan, ia dapat bertindak sebagai ubat penahan sakit semulajadi dalam badan sekaligus mengurangkan kekejangan haid.

Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa kekurangan kenikmatan semasa bersama pasangan pasti akan memburukkan lagi kekejangan anda semasa tempoh haid.

Namun begitu, terdapat satu sahaja kelebihan jika kurangnya hubungan intim terutama bila pasangan mempunyai masalah pada alat sulitnya atau penyakit kelamin. Sekaligus ia dapat menyelamatkan anda dari terkena pengalaman pahit ini.

Keburukan kurangnya aksi romantik suami isteri terhadap lelaki

#1. Kanser prostat

hubungan seksual

Dalam satu kajian yang dijalankan kepada 30,000 lelaki menunjukkan mereka yang mengalami ejakulasi hampir 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostat yang lebih rendah berbanding mereka yang mengalami ejakulasi hanya 4 ke 7 kali dalam sebulan.

#2. Kekecewaan

Secara lazimnya, lelaki mempunyai pemacu seks yang lebih tinggi berbanding wanita sebab itu mereka akan mengalami tekanan dan kekecewaan sekiranya kehendak untuk bersama itu ditolak oleh isteri.

Hal ini kerana, semasa orgasme hormon prolaktin dihasilkan yang dapat membantu lelaki tidur dengan lebih baik. Tapi bila kurangnya hubungan seksual ini ia boleh menjadikan lelaki kecewa, marah dan bengang.

Sekarang anda sudah tahu kan apakah kesan sampingan bila kurangnya hubungan seksual ini? Jadi, sebaiknya kalian berbincang dengan pasangan tentang masalah yang anda hadapi.

Sekiranya boleh, luangkan lebih masa untuk berdua-duaan supaya kehangatan untuk bersama kembali panas seperti masa mula-mula kalian berkahwin dahulu.

Jika masalah ini berlanjutan, anda boleh berjumpa dengan doktor atau pakar kaunseling sekiranya aktiviti keintiman ini semakin berkurangan setiap hari bagi mengembalikan semula kemesraan dalam hubungan kalian. 

Semoga bermanfaat.

Ini Yang Terjadi Bila Kurangnya Aksi Romantik Suami Isteri, #2 Paling Menakutkan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commenghargai-diri-sendiri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!