Idea Percutian Babymoon Di Malaysia Yang Anda Boleh Cuba

undefined

Jika anda sedang sarat dan teringin untuk pergi bercuti, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menikmati aktiviti babymoon di Malaysia bersama pasangan anda.

Tidak kiralah jika ia adalah kehamilan pertama anda atau kedua (atau ketiga, keempat…), setiap bakal mummy perlu pergi babymoon.

Jika anda tidak biasa dengan perkataan “babymoon”, ia bermakna keluar bercuti atau melakukan aktiviti bersama-sama dengan pasangan anda sebelum kelahiran bayi anda.

Pasangan yang sudah mempunyai anak-anak kadang-kadang akan membawa mereka bersama-sama untuk aktiviti babymoon ini.

Tujuannya adalah supaya ibu bapa dapat bermesra dengan anak-anak mereka sebelum bayi yang baru lahir.

Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata sulung, babymoon adalah untuk meluangkan masa secara berdua-duaan.

Jika anda teringin untuk pergi babymoon tetapi tiada idea tempat menarik mana untuk dituju, mari baca dan pilih salah satu senarai aktiviti babymoon yang kami cadangkan di sini.

1. Perjalanan hujung minggu ke Pulau Pinang

Percutian ke pantai sentiasa menyeronokkan dan di Pulau Pinang, anda bukan sahaja boleh menikmati pantai, tetapi makanannya yang sangat lazat.

Ini adalah masa yang terbaik untuk anda untuk menikmati semua makanan tempatan popular di Pulau Pinang seperti asam laksa, char kuey teow, pasembor, nasi kandar dan banyak lagi.

Nikmati makanan yang enak semasa anda boleh, kerana semasa berpantang nanti, anda tidak boleh makan sewenang-wenangnya.

Terdapat juga seni jalanan di Pulau Pinang yang anda perlu kunjungi. Anda hanya pergi ke Jalan Armenian untuk melihat seni mural yang artistik dan mengambil gambar sebagai kenangan.

Kehidupan malam juga sentiasa sibuk di Batu Feringhi di mana vendor akan membuka gerai kecil dan menjual kraft tangan mereka.

Jika anda melawat Pulau Pinang, pasti akan ada sesuatu untuk anda lakukan atau makan!

2. Berehat di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

banner_0 2

Sumber: Thechateu.com

Jika idea babymoon anda adalah untuk berehat dan dimanjakan, maka ini adalah tempat untuk anda.

Di sini, kakitangan spa terlatih akan memastikan bahawa anda menerima pengalaman istirehat yang lengkap demi ketenangan minda dan jiwa anda.

Terdapat pelbagai jenis rawatan spa ada disediakan di sini, termasuklah terapi “pre-natal”.

The Chateau terletak di Berjaya Hills, hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun jika anda ingin membawa anak-anak anda lebih tua (12 tahun ke bawah), anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk pergi tempat lain.

Mereka mempunyai polisi; tiada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk mengekalkan sifat eksklusif resort dan juga privasi tetamu yang lain.

3. Menikmati teh dan udara segar di Cameron Highlands

Cameron-Highlands-7

Gambar dari: Tripinasia.com

Cameron Highlands terletak di Pahang di mana Ladang Teh BOH dan di mana kebanyakan sayur-sayuran yang dibekalkan kepada Lembah Klang dituai.

Malah, Cameron Highlands adalah antara tempat di Malaysia di mana anda boleh mendapatkan strawberi segar meranum.

Selain itu, anda boleh melawat ladang teh dan menikmati teh segar dan skon di ladang BOH. Cuaca juga sejuk kerana sememangnya kita tahu, Cameron Highland terletak di bahagian atas bukit.

Pada masa lapang, anda boleh memetik strawberi segar dan bersiar-siar di sekitar bandar Cameron. Di sini, ada banyak pasar atau gerai yang menjual produk segar, terutamanya jagung, keledek, cendawan, dan buah berangan.

4. Beristirehat di Sekeping Retreats

pool-09 2

Sumber: Sekeping.com

Sekeping adalah tempat bersantai yang terletak di lokasi yang indah dengan harapan bahawa tetamunya akan dapat menikmati udara segar. Semua bilik di sini dikelilingi oleh alam semula jadi.

Di sini, anda bolehlah melupakan beban kerja atau masalah di rumah, dan memfokuskan untuk menenangkan fikiran dan menyiapkan diri untuk menghadapi hari bersalin nanti.

Tidak kira di mana atau apa yang anda ingin lakukan untuk babymoon anda, sila ingat untuk menjaga diri sendiri.

Jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut paling selesa dan membawa air yang mencukupi dengan anda untuk memastikan anda kekal terhidrat.

Berjalan semasa hamil mungkin baik untuk anda, tetapi terlalu banyak boleh berbahaya untuk anda dan bayi anda.

Anda perlu tahu bila anda perlu berhenti dan berehat (pasti hubby akan memahami) dan yang paling penting, jangan lupa untuk menikmati percutian babymoon anda dengan pasangan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!