Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember
Apa lagi aktiviti menarik cuti sekolah 2017 yang tinggal untuk tahun ini?
Aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi! Jangan bimbang, anda masih sempat lagi nak merancang sebarang aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik untuk anak-anak.
Anda masih berpeluang untuk membawa atau meluangkan masa bersama anak dengan aktiviti cuti sekolah 2017.
Di sini kami kumpulkan aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik untuk dijadikan sebagai penutup buat tahun ini sebelum anak anda mula bersekolah di tahun yang baru.
1. Putrajaya LAMPU
Sepanjang 4 malam Festival Lampu ini, bangunan dan jalan-jalan di Putrajaya akan dihias dengan lampu berwarna-warni yang pasti akan buat anda sekeluarga terpana.
Penyertaan adalah PERCUMA dan festival akan diadakan secara terbuka. Anak pasti terhibur melihat lampu yang berwarna-warni dan merupakan aktiviti yang menarik sebagai penutup tahun ini.
Jadi bawalah kawan dan keluarga untuk menikmatinya bersama!
2. Kelab Cicak di Camp 5
-
Ibu bapa ingin aktiviti yang lebih lasak untuk kanak-kanak yang aktif? Kenapa tak cuba rock climbing?
Kanak-kanak memang suka memanjat dan aktiviti rock climbing banyak faedahnya! Ia boleh mengajar anak tentang koordinasi, mengembangkan kemahiran motor serta membantu pembangunan otot yang seimbang.
Tapi ganjaran yang paling besar adalah dorongan serta keyakinan diri apabila mereka berjaya mengatasi setiap cabaran.
Yuran Penyertaan: RM100 * Dapat kemeja-T Cicak Club
1 Sesi: RM65
10 Sesi: RM510
20 Sesi: RM810Masa: Isnin dan Jumaat, 5 – 6:30 petang
Umur: 8 hingga 14 TahunUntuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun ibu bapa boleh cuba program ini.
3. Between The City & Stars oleh Lightbox
Untuk ibu bapa yang gemar Instagram atau suka update media sosial, inilah tempatnya yang anda patut pergi! Tempat ini sangat… apa kata orang? “Instagram-worthy“.
Anda boleh menangkap gambar-gambar menarik bersama dengan lampu-lampu menarik yang ada di sini!
Biarpun nampak gelap, ada banyak lampu-lampu moden yang pasti akan menarik perhatian ibu bapa jurugambar DLSR amatur. Siapa lagi model terbaik kalau bukan anak dan isteri?
Bila: Nov 24, 2017 – Jan 1, 2018
Di mana: Lightbox, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
Bayaran: dalam anggaran RM30 (jika dibeli secara online)
Web: Lightbox
4. Aktiviti cuti sekolah yang menarik di Lara’s Place
Ibu bapa nak anak melukis dan belajar seni? Atau belajar untuk membuat App Andriod untuk telefon pintar? Ataupun anak minat melukis comic atau anime? Ibu bapa bolehlah rujuk laman web Lara’s Place untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.
Mereka masih menjalankan aktiviti cuti sekolah sehingga ke 29 Disember 2017 dan semua aktiviti mereka terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa!
Antara aktiviti yang masih dijalankan termasuk:
- Bengkel Artistik – RM150
- Bina App Android untuk Kanak-kanak: (8 tahun – remaja): RM70 sejam (min 2 jam) / RM400 (6 jam) / RM500 (10 jam)
- Jelic Multi-Intelligence Holiday Program: (3 – 7 tahun) RM50 sejam / RM60 – 1.5 jam / RM80 – 2 jam antara 10 pagi – 5 petang.
Di mana: Petaling Jaya, Selangor (dekat Kanna Curry House)
Waktu Pembukaan untuk Pertanyaan: Isnin hingga Sabtu (9.30 pagi – 6 petang)
Tutup pada hari Ahad dan semua cuti umum Negara & Selangor
Semoga ibu bapa dapat membina pengalaman manis bersama anak-anak semua. Ibu bapa ada cadangan lain? Kongsi dengan kami di ruang komen di bawah!
Baca juga:
8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak