Kanak-kanak ini hanya boleh mandi sekali seminggu sebab alahan penuh misteri!

Ikuti kisah sedih tentang kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun ini. Dia alami alahan kulit bayi yang aneh sehingga hanya boleh mandi seminggu sekali saja!

Ini adalah kisah seorang kanak-kanak perempuan dengan alahan kulit bayi yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil sebagai urtikaria aquagenik.

Menurut laporan, penyakit yang penuh misteri ini menyebabkan Ivy Lynn Angerman (berusia 18 bulan) dari Minnesota USA, alah terhadap air! Apabila bersentuhan dengan air, Ivy akan mengalami ruam dan gatal-gatal.

Ibu ingat ruam itu cuma alahan kulit bayi yang biasa

Ibunya Brittany Angerman, 27, baru tahu tentang keadaan anaknya, ketika Ivy berumur 1 tahun apabila dia tiba-tiba ruam dan gatal-gatal badan semasa mandi. 

Mulanya, Brittany hanya menganggap raum itu sebagai alahan kulit bayi yang biasa. Ia mungkin sebab sabun mandi atau syampu yang digunakan. Tapi lama-kelamaan, dia mula hairan mengapa setiap kali anak perempuannya masuk mandi, dia pasti akan menangis kesakitan.

Ibu bapa Ivy cuba menukar sabun mandi dan syampu anak mereka. Mereka menggantikan air mandi dengan air baru. Mereka bawa anak mereka untuk mandi di tempat berlainan, termasuklah di hotel.

alahan, alahan kulit bayi, ruam bayi, bintik-bintik pada kulit bayi Ruam pada badan Ivy bukan ruam kulit bayi yang biasa. Dia alah terhadap air. Gambar tangkap layar dari: Metro, UK

Tapi mereka masih tidak dapat mencari punca ruam yang menyakitkan itu. 

Alahan Ivy bukan alahan kulit bayi yang biasa

Rupa-rupanya doktor mengesahkan anak perempuan mereka alah terhadap air. Urtikaria aquagenik adalah sejenis keadaan yang sangat jarang - hanya 50 orang di seluruh dunia mempunyai keadaan ini.

Ivy tidak boleh bersentuhan dengan air atau mandi selama lebih daripada 20 saat. Kesiannya kanak-kanak perempuan ini. Air mata dan peluhnya sendiri pun akan mecetuskan alahan!

Brittany betul-betul sayu apabila mendengar diagnosis anaknya. Dia memberitahu Metro,

"Anak saya selalu cuba untuk keluar dari tab apabila kami memandikannya. Rupa-rupanya dia sangat sakit dan cuma ingin keluar," kata ibu itu dengan sedih apabila teringatkan berapa kali mereka telah cuba untuk memandikan anak mereka.

Dulu Ivy suka main air, tapi sekarang dia takut dengannya

alahan, alahan kulit bayi, ruam bayi, bintik-bintik pada kulit bayi Ivy turut alah terhadap air mata dan peluh sendiri.

Cuba bayangkan cabaran ibu ini:

"Jika Ivy menangis kesakitan, mukanya turut akan menunjukkan alahan kulit bayi yang teruk bersama lepuh kerana dia alah terhadap air matanya sendiri. Macam mana saya nak ajar anak saya supaya tidak menangis apabila dia kesakitan?," kata Brittany dengan bingung.

Dia menambah, "Saya sentiasa ditanya soalan seperti 'Bagaimana dia boleh alah terhadap air?'". 

Nasib baik buat masa ini Ivy masih boleh minum air. Tapi kini ibu bapanya hanya memandikan Ivy seminggu sekali dengan menggunakan kain lap dan span saja!

Doktor juga mencadangkan Ivy mandi dan minum air yang telah ditulenkan dan menggunakan penghawa dingin sepanjang hari.

Sesetengah pakar berpendapat keadaan ini bukan disebabkan air itu sendiri tetapi sebab alergen di dalamnya yang mencetuskan alahan dan tindak balas imun dalam badan. 

Rawatan untuk alahan kulit bayi urtikaria aquagenik

Oleh kerana kes ini sangat jarang, kos rawatan adalah sangat tinggi dan tidak banyak yang kita tahu mengenai keadaan ini disebabkan kekurangan kajian yang dilakukan.

Setakat ini, pakar percaya satu-satunya cara untuk mengawal alahan kulit bayi ini ialah dengan mengambil ubat antihistamin. Pusat Maklumat Penyakit Jarang dan Genetik (GARD) juga mencadangkan rawatan berikut:

Apabila ibu bapa ingin mandikan anak, pastikan air itu bersih. Runding dengan doktor terlebih dulu sebelum menggunakan produk tertentu yang bukan dirumus khas untuk bayi.

Kemudian pantau untuk sebarang tindak balas. Jika anak mula menunjukkan ruam atau alahan kulit bayi, berhenti menggunakan produk itu dengan segera.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Metro , Newsweek, theAsianparent Singapura

Baca juga:

Ibu Mengandung Terkejut Apabila Mengetahui Punca Ruam Yang Menyeksakan