6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Tak salah kalau nak buat satu kelainan untuk naikkan semula aura intim di kamar. Ini dia 6 alat seks yang dapat bantu suami isteri.

Kalau nak diikutkan kepuasan seks setiap orang tidak sama dan ia adalah kehendak seseorang itu untuk merasa puas tiap kali bersama pasangan. Atas sebab itu, alat seks boleh menjadi alternatif terbaik untuk mencapainya.

Umum tahu yang mana dalam sesebuah perkahwinan, seks adalah antara satu perkara yang penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga itu. Jadi, dalam membantu menaikkan aura intim di antara pasangan suami isteri, usaha itu perlu ada, asalkan dengan cara yang betul.

Dengan peredaran dunia zaman sekarang, kehidupan yang lebih pesat, wanita moden juga sibuk bekerja disamping membesarkan anak, jadi tidak dinafikan yang sesetengah wanita mempunyai kesukaran untuk ‘turn on‘ atau ghairah ketika bersama pasangan dek kerana tubuh yang penat dan sebagainya.

Usah bimbang kerana wanita atau kaum isteri kini sudah boleh tersenyum lega kerana semakin banyak lambakan alat seks atau vibrator untuk merancakkan hubungan seksual masing-masing bersama pasangan.

Alat Seks: Apa Itu Vibrator?

alat seks

Kredit gambar: Healthline

Vibrator adalah salah satu jenis alat seks yang paling umum digunakan. Sensasi dari penggunaan vibrator lebih dirasai ketika aktiviti foreplay bersama pasangan. Namun, jika baru pertama kali ingin mencubanya, sebaiknya fahami dulu cara pemakaian vibrator agar sesi ‘bersama’ jadi lebih menggoda dan berjalan lancar.

Vibrator banyak digunakan sebagai alat bantu seks untuk wanita. Biasanya, alat ini dipakai untuk memberi rangsangan pada klitoris. Selain itu, vibrator juga boleh digunakan di sekitar payudara wanita, di sekitar anus, mahupun pada kemaluan si suami.

6 Alat Seks Untuk Hangatkan Sesi Bersama Suami Isteri

Kami senaraikan alat seks jenis vibrator untuk wanita yang selamat dan boleh didapati di pasaran Malaysia.

6 Alat Seks Untuk Hangatkan Sesi Bersama Suami Isteri
Dibe Licking Egg 
Terbaik dengan rekaan ergonomik
more info icon Beli di Shopee
Iroha Mini
Terbaik saiz praktikal
more info icon Beli di sini
Womanizer Premium 2 Silicone Rechargeable Clitoral Stimulator
Terbaik dengan teknologi Pleasure Air
more info icon Beli di Shopee
Kiss Toy K King Sucking And Vibrating Massager
Terbaik 2 dalam 1
more info icon Beli di Shopee
Lelo Ora 2 Clitoral Vibrator
Terbaik untuk seks oral
more info icon Beli di Shopee
Leten Breast Massanger
Terbaik pengurut payudara
more info icon Beli di Shopee

Dibe Licking Egg

Alat seks terbaik dengan rekaan ergonomik

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi Bersama Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Alat seks yang pertama ini diberi nama sebagai Licking Egg yang berupaya membuatkan isteri lebih puas semasa menikmati hubungan intim. 

Alat ini mempunyai bentuk yang hampir sama dengan bentuk faraj luaran yang mampu menutup lembut vagina, ternyata dapat memberikan kepuasan berganda pada kaum isteri. Cubalah kalau nak tahu keberkesanannya!

Apa yang menarik:

  • Mempunyai 10 frekuensi mengikut mood anda
  • Diperbuat daripada silikon gred makanan
  • Rekaan yang menarik

Iroha Mini

Alat seks terbaik saiz poket

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi Bersama Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Irona mini ini bersaiz lebih kecil daripada telapak tangan dan menjadi pemijat kecil yang sangat praktis untuk dibawa kembara.

Apa yang menarik:

  • Kalis air
  • Saiz yang kecil
  • Rekaan yang comel

Womanizer Premium 2 Silicone Rechargeable Clitoral Stimulator

Alat seks terbaik dengan teknologi Pleasure Air

alat seks

Perangsang klitoris ini sangat popular untuk wanita dan ia berbentuk seperti tukul yang membuatkan isteri lebih terangsang. Menggunakan teknologi Pleasure Air memberi keseimbangan sempurna antara perubahan denyutan dan mengurut dalam tekanan udara tanpa menyentuh kelentit.

Apa yang menarik:

  • Senyap
  • Diperbuat daripada silikon lembut yang selamat
  • Mempunyai mod autopilot

Kiss Toy K King Sucking And Vibrating Massager

Alat seks terbaik 2 dalam 1

alat seks

Bentuk alat ini sangat menarik hingga membuatkan anda rasa mahu menggunakannya setiap kali waktu bersama. Mempunyai keupayaan untuk menjilat dan bergetar dalam masa yang sama, ramai wanita menggemarinya.

Apa yang menarik:

  • Mempunyai 10 mod licking dan 5 mod sucking
  • Menggunakan silikon lembut
  • Pengecasan magnetik
  • Kalis air

Lelo Ora 2

Alat seks terbaik untuk seks oral

alat seks

Jika anda sukakan seks oral dan sangat menikmatinya maka alat ini boleh menjadi sahabat baik untuk anda.

Apa yang menarik :

  • Menggunakan teknologi sentuhan 
  • Kalis ais
  • 10 pilihan rangsangan
  • Boleh dicas semula
  • Diperbuat daripada silikon lembut

Leten Breast Massager

Alat seks terbaik pengurut payu dara

alat seks

Meningkatkan seksualiti wanita pertengahan umur sambil membesarkan dan menjaga kesihatan payudara, urutan yang terhasil dapat mempercepatkan peredaran darah payudara serta meningkatkan rembesan kelenjar susu untuk menganjalkan kembali payudara wanita.

Alat ini juga boleh membantu si suami mengghairahkan si isteri yang gemarkan sentuhan pada payudara.

Apa yang menarik:

  • Boleh digunakan selepas melahirkan anak untuk menganjalkan kembali bentuk payudara
  • Menangguhkan tempoh menopause wanita
  • Dapat mengimbangi gangguan endokrin yang boleh menyebabkan ketulan di payudara

Perbandingan Harga Alat Seks

Jenama Harga (RM)
Dibe Licking Egg RM49
Iroha Mini RM113
Womanizer Premium 2 Silicone Rechargeable Clitoral Stimulator RM749
Kiss Toy K King Sucking And Vibrating Massager RM195
Lelo Ora 2 RM741
Leten Breast Massager RM99

Risiko Penggunaan Alat Seks

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi Bersama Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Kredit gambar: Wired

Mainan seks memang dapat meningkatkan keintiman dan tentangan pada pasangan. Akan tetapi, hati-hati dengan risiko yang boleh terjadi kerana ia boleh mendatangkan bahaya semasa berhubungan seks.

  • Bahan kimia berbahaya – Beberapa mainan seks diperbuat dari bahan plastik yang diberi nama phthalates yang sangat berbahaya pada kesihatan manusia. Malah bahan kimia ini boleh menyebabkan gangguan pada sistem reproduksi dan hati. Apatah lagi, phthalates juga berpotensi menyebabkan kanser.
  • Penyakit menular seksual – Penggunaan sex toys pada pasangan juga boleh meningkatkan risiko penularan penyakit kelamin dan berbagai penyakit lain yang boleh ditularkan melalui cairan tubuh. Ini kerana sekiranya alat tersebut digunakan secara bergantian maka virus atau bakteria boleh menempel dan berpindah pada pasangan. Beberapa contoh peyakit seksual seperti HIV, hepatitis, klamidia dan gonorea.
  • Cedera, alergi dan luka – Beberapa mainan seks menggunakan penggetar yang dikendalikan oleh mesin. Jadi anda harus lebih berhati-hati kerana ia boleh mendatangkan kecederaan, luka atau iritasi pada kelamin.

Tip Selamat Guna Alat Seks

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi Bersama Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Kredit gambar: Foot.com

Setiap perkara yang kita buat semestinya ada baik dan buruknya. Jadi dalam konteks penggunaan mainan seks ini, ada beberapa tip selamat dalam menggunakannya. Berikut adalah antara tipsnya:

  • Pilih alat seks yang bebas phthalates
  • Beli alat yang mudah dipercayai dan memiliki reputasi yang baik.
  • Mengganti kondom yang baru setelah selesai melakukan penetrasi.
  • Cuci mainan seks dengan sabun dan air panas selepas menggunakannya.
  • Hindari seks yang terlalu ganas dengan menggunakan sex toys ini tapi kalau sesekali inginkan kelainan mungkin dibolehkan.

Semoga artikel ini bermanfaat buat pasangan suami isteri yang inginkan kelainan dalam sesi bersama kalian.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Baca juga : Jangan Biar Pertambahan Usia Ganggu Urusan Seksual Anda, Praktiskan 6 Tips Ini

Baca juga: Benarkah Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Hubungan Seksual? Suami Isteri Diminta Waspada!

6 Alat Bantu Hangatkan Sesi Bersama Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Liputan6