3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut "Bebird" & "Nenen" Pada Anak

lead image

Jika anda suka menggunakan nama-nama comel untuk alat sulit, anda perlu tukar kepada nama asal untuk mengajar dan melindungi anak anda dari gangguan seksual.

Nak bercakap tentang alat sulit atau seks dengan anak bukanlah perkara mudah. Tapi oleh kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan dan sesuatu yang semula jadi, semua anak perlu mempelajari perkara ini lambat laun.

Sebenarnya, lebih baik kita mula mengajar anak kita tentang perkara ini daripada “sorok-sorok” hingga alat sulit dipanggil menggunakan nama yang comel dan buat pelbagai cerita dongeng bila anak mula curious nak tahu.

Hal ini kerana ramai kanak-kanak tak tahu tentang seks, bahasa tak elok dan sentuhan yang tidak selamat. Kerana itu, ramai kanak-kanak menghadapi penderaan seksual

Ada kes di mana seorang kanak-kanak diajar memanggil farajnya sebagai “perut”. Selepas dicabul oleh pemangsa, kanak-kanak ini memberitahu ibunya yang “perut” dia yang sakit. Bukannya faraj!

Akibatnya, penderaan seksual yang dialami kanak-kanak tersebut lambat diketahui ibunya hinggalah semuanya sudah menjadi bubur.

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/05/desperate 2048905 640 1.jpg 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut Bebird & Nenen Pada Anak

Menurut Melissa Carganey, seorang pendidik seks, penting untuk ibu bapa bercakap tentang kesedaran tubuh dengan anak-anak ketika mereka masih kecil untuk menyokong kesihatan dan keselamatan mereka.

Pendidikan seks yang bercakap tentang bahagian tubuh boleh membantu kanak-kanak untuk faham tentang persetujuan dan apa itu gangguan seksual.

Jika anda nak tahu bagaimana cara untuk bercakap dengan anak tentang alat sulit, di bawah ini ada 3 cadangan buat anda:

Ini 3 cara untuk anda mula bercakap dengan anak tentang alat sulit

1. Jangan guna nama comel untuk alat sulit

src=https://sg 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut Bebird & Nenen Pada Anak

Berhenti bahasakan bahagian peribadi anak dengan nama-nama comel seperti “bebird“, “nenen” atau “shame shame“! Anda perlu selesa untuk menyebut nama betul bahagian badan seperti, “faraj”, “payudara”, “zakar” atau “buah zakar”. 

Apabila ini menjadi bahasa normal di rumah, tak ada apa yang kelakar atau malu untuk anda gunakan. Pastikan juga penjaga anak turut menggunakan cara yang sama.

Tekankan tentang kepentingan semua orang menggunakan perkataan yang sama dan tepat untuk bahagian tubuh.

Kenapa ini penting? Menggunakan perkataan dan konteks yang betul boleh mengajar anak dengan jelas tentang tubuh badan mereka. Ini juga boleh membantu semasa berjumpa doktor jika mana-mana bahagian sakit atau gatal.

Jika anak mengalami apa-apa perbuatan yang tak sesuai, mereka akan tahu ini salah dan boleh cakap untuk beritahu anda apa yang berlaku.

2. Beri anak kebebasan memilih apa yang mereka mahu untuk tubuh mereka

src=https://sg 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut Bebird & Nenen Pada Anak
 
Ingat tak semasa kita kecil dulu, kita disuruh untuk peluk atau cium saudara mara dan kadang-kadang anda rasa tak nak buat tapi anda tak ada pilihan? Adakah anda masih buat perkara ini pada anak anda?

Daripada anda cakap “peluk mama”, belajar untuk tanya mereka dulu. Seperti, “Mama nak peluk boleh?”

Anak perlu belajar yang mereka ada hak atas badan dan tindakan mereka. Ini juga termasuk sentuhan fizikal antara ibu bapa dan anak atau dengan adik beradik.

Jika anda lihat anak tak suka bila adik beradik mereka geletek mereka atau bergaduh terlalu kasar, hentikan segera.

Jangan paksa anak  untuk lakukan perkara yang mereka tak nak buat dan jangan terima jika ada orang paksa mereka untuk peluk atau cium anak anda. Itu tanda bahaya!

3. Guna buku untuk ajar anak tentang seks

src=https://sg 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut Bebird & Nenen Pada Anak

Kadang-kadang, apabila anak tanya macam mana mereka “dibuat”, kita selalunya tak jelaskan pada mereka perkara yang sebenar. Kita rasa yang mereka terlalu muda untuk tahu tentang seks dan cuba elak topik ini.

Tapi, lagi cepat anda dedahkan anak tentang perkara ini, lebih mudah untuk anda bercakap dengan mereka tentang perkara ini kelak. Banyak buku di luar sana yang boleh menerangkan tentang seks.

Berita tentang anak dirogol atau gangguan seksual pada kanak-kanak semakin banyak berlaku.

Jadi, berhenti fikir yang perkara ini adalah perkara yang tak baik dan mula ajar anak kita dari kecil untuk lindungi mereka dari perkara-perkara tak baik.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Sarah Voon, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Nak cegah penderaan seksual pada kanak-kanak bermula dari rumah – parents buat tak langkah ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!