Patut ke tak sebar video isteri bersalin? Lepas dikecam, Dato Aliff Syukri mohon maaf

lead image

Ketika bersalin dan suami teruja tentunya anda melakukan perkara yang sama seperti mana yang dilakukan Dato Aliff Syukri ini dengan berkongsi video bersalin isteri tapi boleh ke tak untuk tayang pada orang lain? hmmm...

Siapa yang tak kenal dengan Dato Aliff Syukri terlajak laris yang cukup dikenali sebagai jutawan kosmetik dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ini?

Apatah lagi apabila beliau sememangnya tidak pernah lokek berkongsi cerita peribadinya di laman socmed seperti Instagram dan Facebook. 

Ada saja cerita dan kisah menarik yang media dapat korek dari Dato Aliff Syukri terlajak laris ini dek perbuatannya yang gemar berkongsi pelbagai cerita peribadi di laman sosial. 

Seperti yang tular baru-baru ini, apabila dia berkongsi video bersalin isterinya yang telah melahirkan bayi keempat mereka di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/1 8.jpg Patut ke tak sebar video isteri bersalin? Lepas dikecam, Dato Aliff Syukri mohon maaf

Malah Dato Aliff Syukri terlajak laris juga berkongsi dengan pengikut setianya di Instagram beberapa keping gambar bayi lelakinya itu yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.

Bayi lelaki itu sangat comel dan putih bersih kulitnya!

Netizen mula kurang senang di atas perkongsian video dari Dato Aliff Syukri terlajar laris 

Namun begitu, video yang dimuat naik tersebut mungkin telah disalah erti oleh netizen dan mereka merasakan ia tak patut dikongsi untuk tontonan khalayak ramai.

Menurut mereka, ia patut disimpan dan hanya boleh dilihat ahli keluarga bersama isteri tercinta untuk mengingatkan kembali detik dan saat bersalin itu. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Untitled 4.jpg Patut ke tak sebar video isteri bersalin? Lepas dikecam, Dato Aliff Syukri mohon maaf

Begitu juga dengan padangan seorang rakan artis yang merupakan juruhebah popular Faizal Ismail, FBI. Beliau tidak menyokong tindakan Dato Aliff Syukri terlajak laris itu apabila beliau memuatnaik video tersebut. 

Menurut The Reporter, FBI tak menyokong tindakan itu kerana saat isteri bersalin adalah suatu keadaan yang tak patut dikongsi terutama apabila isteri sedang bertarung nyawa. 

“Alasan untuk beri pengajaran sekadar untuk menghalalkan cara. Jika tak tengok video sekalipun, ramai yang masih menghormati ibu dan isteri.

“Mungkin kita perlu pakar agama dalam memberikan pandangan berkaitan isu ini supaya tak berulang lagi,” FBI menulis komen tersebut di laman Instagram milikya. 

Dato Aliff Syukri terlajak laris mohon maaf 

Disebabkan ramai yang kurang senang di atas perkongsian video tersebut, akhirnya Dato Aliff Syukri tampil memuat naik status memohon maaf di laman sosial yang sama itu…

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/aliff.jpg Patut ke tak sebar video isteri bersalin? Lepas dikecam, Dato Aliff Syukri mohon maaf

Itulah apa yang sempat diluahkan oleh Dato Aliff Syukri terlajak laris. Katanya, video tersebut merupakan salah satu kandungan untuk dokumentari kehidupan dirinya. 

Ia dirakam untuk disiarkan dalam Youtube Channel beliau iaitu tvterlajaklaris. Apapun, permohonan maaf telah dibuat dan berikut bagaimana video bersalin isteri Dato Aliff Syukri yang tertular itu.

Video bersalin isteri Dato Aliff Syukri yang tular itu…

Walau bagaimana pun, kami di theAsianparent mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel itu. Semoga ibu dan bayi sihat, juga selamat berpantang buat Datin Shahida. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Kredit gambar: Instagram
 
 
Baca juga