Anda Ada Almari IKEA Ini? Hati-Hati Sudah Ada 8 Kanak-Kanak Maut Kerananya

lead image

Almari IKEA yang berlaci ini mungkin bahaya untuk anak kecil. 8 kanak-kanak telah maut kerana tertimpa almari ini. Apa tips untuk ibu bapa mencegahnya?

Ramai ibu bapa yang menggemari almari IKEA kerana reka bentuknya yang minimal dan moden. 

Tapi, tahukah anda yang almari IKEA berlaci seperti ini boleh mengancam keselamatan anak-anak sehingga mereka boleh terkorban? Apa yang harus ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak hal yang menakutkan ini?

Related image

Kanak-kanak bawah 3 tahun terkorban kerana almari IKEA

Menurut data dari US Consumer Product Safety Commission (CPCS), hampir 8 orang kanak-kanak maut akibat tertimpa almari IKEA jenis ini. Semua mangsa korban berusia bawah 3 tahun.

Kejadian pertama yang meragut nyawa kanak-kanak kerana almari IKEA ini adalah sekitar 28 tahun lalu. 7 kes seterusnya terjadi sekitar tahun 2002 sehingga kini.

Menurut laporan The Independent, kes terakhir yang meragut nyawa kanak-kanak terjadi pada Mei 2016. Jozef Dudek, 2 tahun, dari Buena Park California didapati maut selepas almari IKEA yang berlaci ini terjatuh di atasnya.

Pada waktu itu, Jozef dilaporkan sedang tidur dalam biliknya. Entah bila Jozef pergi bermain dengan almari tersebut. Ketika ditemui oleh bapanya, anak kecil itu sudah tidak sedarkan diri dan berada di bawah almari yang terjatuh.

Pada bulan Jun tahun lepas, pihak IKEA yang berasal dari Sweden ini telah meminta para pengguna untuk segera memeriksa pemasangan almari IKEA di rumah masing-masing. Ini untuk mengelak kejadian almari mudah terjatuh.

Jika almari IKEA yang dibeli tersebut mudah terjatuh, pengguna boleh mengembalikan ia ke pihak IKEA.

Tahun ini, IKEA kembali menarik hampir 29 juta almari berlaci jenama Malm untuk memeriksa keselamatannya. 

CEO IKEA, Lars Petersson mengatakan pihak IKEA ingin meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memeriksa kembali pelbagai almari berlaci yang mudah jatuh dan para pengguna harus memasang almari tersebut di dinding dengan sempurna. 

Pengguna perlu pasang almari IKEA pada dinding dengan sempurna

Menurut Petersson lagi, pihak IKEA telah menyebarkan kepentingan kesedaran itu secara meluas melalui media sosial, laman web rasmi IKEA, media cetak dan televisyen.

Malah, IKEA juga mengirimkan email pemberitahuan pada hampir 13 juta pengguna sejak 2 bulan lepas.

almari IKEA

Kredit:

Pihak pengurusan IKEA mengatakan pengguna boleh mencegah insiden berbahaya ini dengan menghubungi IKEA untuk mengetahui cara pemasangan almari IKEA yang betul di dinding.

Malah, pengguna juga boleh mendapatkan petugas dari IKEA untuk membantu sesi pemasangan almari tersebut agar tiada sebarang kecelakaan boleh berlaku. 

IKEA juga tidak segan-silu untuk mengembalikan wang pada pengguna yang tidak lagi mahu menggunakan sebarang almari IKEA yang tak diingini. Ia boleh dikirimkan kembali ke syarikatnya. 

Cara terbaik mengelak insiden anak maut tertimpa almari IKEA

Menurut Ririn Basuki, Public Relations Manager di IKEA Indonesia, IKEA amat menitik beratkan keselamatan semua produknya. 

Namun untuk mengatasi masalah ini, para pengguna haruslah memasang almari tersebut ke dinding rumah dengan alat pengait yang disertakan. Selain itu, ikut segala panduan dan informasi pemasangan untuk mengelak kejadian tak diingini.

Kanak-kanak yang masih kecil memang suka memanjat dan ingin mengetahui semua benda. Kadang-kadang, mereka meniru aksi orang dewasa seperti menarik dan menutup laci almari.

Maka, ketinggian dan kekukuhan perabot atau almari di rumah harus dititikberatkan. Tindakan terbaik untuk mengelak insiden ini adalah dengan memasang almari IKEA terbabit dengan kuat di dinding.

Ibu bapa juga sebaiknya tidak meletakkan sebarang benda berat di atas almari seperti televisyen atau sebagainya. Cara peletakan ini mampu melawan graviti dan menyebabkan rak jadi tidak stabil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sekeluarga. Mari sama-sama kita jaga keselamatan anak-anak kita, ya!

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Indonesia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Video menakjubkan: Abang kembar menyelamatkan adiknya yang ditimpa almari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner