X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Amalan Sebelum Ramadhan, Latih Diri Fokus Beribadah Dalam Bulan Penuh Mulia Ini

5 min bacaan
7 Amalan Sebelum Ramadhan, Latih Diri Fokus Beribadah Dalam Bulan Penuh Mulia Ini

Amalan sebelum Ramadhan sebagai persediaan menjelang tibanya bulan puasa. Jom ajak pasangan dan anak-anak lakukan beberapa perkara ini

Ramadan hampir menjelma hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana pula persediaan anda semua untuk memeriahkan bulan yang ditunggu-tunggu ini? Terdapat pelbagai cara untuk kita menyambut bulan mulia ini dengan antaranya  kita ‘panaskan diri’ melakukan amalan sebelum Ramadhan, insya-Allah kita hasratkan supaya ia diteruskan sepanjang hari biarpun selepas habis bulan puasa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 amalan sebelum Ramadhan sebagai persediaan

7 amalan sebelum Ramadhan sebagai persediaan

1- Amalan berdoa sebelum Ramadhan

amalan sebelum Ramadan

 

Seperti saranan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadan dengan acara-acara ibadah.

Jika kita melihat perihal golongan salaf dalam menyambut Ramadan, antara yang diamalkan oleh mereka adalah dengan berdoa. Begitu juga dengan Nabi SAW yang mana di dalam sebahagian hadis meriwayatkan mengenai perihal doa Nabi SAW untuk diberkati di dalam bulan Ramadan dan juga ketika melihat anak bulan Ramadhan.

Antara doa-doa tersebut ialah:

Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah SAW berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab”.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadan”.

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346)

 

Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah SAW berdoa apabila melihat anak bulan Ramadan.

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”.

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (1397). Syeikh Ahmad Syakir mengatakan isnadnya hasan manakala Syeikh Syu’aib al-Arnaut mengatakan hadis ini hasan dengan syawahid yang lain.

Begitu juga dikatakan ramai dalam kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadah pada bulan itu)”.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)

Meskipun sesetengah hadis tersebut tidak mencapai taraf sahih namun ia boleh diamalkan berdasarkan keumuman berdoa selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak dan mestilah tidak menyandarkan doa tersebut pada Nabi SAW.

2- Perbaiki niat 

Tanpa niat maka ia tidak dikira sebagai ibadah, boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Justeru persiapkan diri kita dengan niat untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah.

Jika kita memfokuskan jantung hati ini untuk mencari keredaan Allah, amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya. Untuk memperbaiki niat, bukanlah suatu yang mudah, semudah mengucapkannya di bibir. Para salaf juga tidaklah terlepas daripada kepayahan ini.

Sufyan al-Thauri Rahimahullah meskipun dengan kehebatan ilmu dan kewarakannya juga pernah berkata: “Tidaklah pernah aku merawat sesuatu yang paling sukar melainkan niatku (untuk ikhlas kepada Allah SWT)”. Jika beginilah keadaannya Sufyan al-Thauri apatah lagi kita?

3- Memperbanyakkan membaca al-Quran

amalan sebelum Ramadan

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ramadan adalah bulan yang amat istimewa dan di dalamnya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia.

Seharusnya tabiat membaca al-Quran ini dilakukan setiap hari serta tidak sesekali meninggalkannya. Dengan membaca al-Quran juga menjadikan hati insan bertambah tenang. Jadikan bulan Ramadan ini juga sebagai azam untuk istiqamah membaca kitab suci ini.

4- Sambut dengan hati yang gembira rasa suka

Hendaklah kita merasa gembira dengan Ramadan yang bakal menjelma dengan tawaran tuhan yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadan.

Bulan yang dinanti-nantikan, hanya setahun sekali sahaja. Sambutlah ia dengan hati yang gembira serta tidak sabar-sabar menanti kehadirannya.

5- Meminta maaf

7 Amalan Sebelum Ramadhan, Latih Diri Fokus Beribadah Dalam Bulan Penuh Mulia Ini

Amalan ini bukan hanya dibuat sewaktu hari raya semata-mata, malah seharusnya dijadikan sebagai amalan yang berterusan.

Memohon maaf sesama manusia atas kesalahan yang telah kita lakukan. Dengan meminta maaf sesama manusia, diharapkan agar puasa Ramadan dikerjakan lebih khusyuk.

Selain itu, berdoa kepada Allah SWT semoga dosa-dosa kita diampunkan-Nya. Bahkan, memohon doa kepada Allah SWT juga semoga dijadikan kita sebagai seorang hamba yang pemaaf dan menghilangkan sifat dendam dalam diri.

6- Melakukan solat tahajud

7 Amalan Sebelum Ramadhan, Latih Diri Fokus Beribadah Dalam Bulan Penuh Mulia Ini

Dengan melakukan solat tahajud, semoga dapat membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam yang lain. Dengan ini, kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang.

Solat tahajud juga menguatkan cinta kepada Allah serta iman kita tatkala bangun solat malam ‘memanggil’ Allah. Selain itu, untuk sentiasa kita mempunyai rasa takut di dalam hati terhadap tuhan serta menyedari betapa singkat hidup ini.

7- Bertaubat

Mensucikan diri dengan melakukan solat sunat taubat untuk menyambut bulan mulia ini.

Muhasabah diri semoga Ramadan dilalui dengan diisi amalan-amalan baik dan amal soleh dan bukan hanya pada bulan puasa semata-mata. Berazamlah untuk meneruskannya sebagai amalan harian. 

Di samping itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan daripada Allah SWT, berzikir dan berselawat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Aku Islam.com, TZKRH, iNews.id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Puding Cocktail, Makan Sejuk-Sejuk Buka Puasa Nanti, Nikmatnya!

Baca juga: Berbuka Puasa Dengan Makanan Pencuci Mulut Lazat, Tak Sabarnya!

Baca juga: 3 Variasi RESEPI MEE KARI Untuk Menu Buka Puasa Hari Ini, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 7 Amalan Sebelum Ramadhan, Latih Diri Fokus Beribadah Dalam Bulan Penuh Mulia Ini
Kongsikan:
  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.