X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Amaran seorang ibu: 'Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda'

4 min bacaan
Amaran seorang ibu: 'Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda'Amaran seorang ibu: 'Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda'

Seorang ibu dari Sydney mula menyesal keputusannya untuk menukar jenama lampin selepas anak perempuannya mula mengalami ruam yang sangat teruk.

Bayi perempuan Rebekah amat bernasib baik kerana tidak mengalami ruam lampin bagi tempoh 12 bulan pertama hidupnya.

Tetapi keadaan itu cepat berubah dua bulan yang lalu apabila ibu tunggal berusia 22 tahun itu memutuskan untuk menukar dari jenama Huggies kepada jenama Woolworths – “Little Ones.”

"Saya adalah seorang ibu tunggal dan baru sahaja diberhentikan kerja - jadi ia adalah satu keputusan yang disebabkan oleh situasi kewangan saya," Rebekah memberitahu Kidspot.

Dalam masa dua hari sahaja - ibu dari Sydney ini mula menyesal keputusannya selepas anak perempuannya, Lily, mula mengalami ruam yang sangat teruk.

Amaran seorang ibu: Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda

"Saya telah cuba Sudocrem tetapi ia tidak berkesan jadi saya berjumpa dengan doktor dan dia memberikan saya krim steroid."

Krim tersebut tidak membantu sama sekali kerana ruam menjadi lebih teruk.

"Dia menjerit dan kulitnya telah mengelupas. Ruam itu telah melarat ke bahagian tengah pahanya menyebabkan dia susah untuk berjalan kerana dia berasa begitu sakit dan tidak selesa,” ibunya menerangkan.

"Apabila saya mandikan dia, dia akan menjadi histeria. Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan - memang dahsyat ".

Amaran seorang ibu: Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda

Buntu memikirkan cara untuk memulihkan kembali kulit bayinya, Rebekah telah kembali kepada doktor yang memberikan antibiotik untuk Lily.

"Beliau suspek ruam berpunca daripada lampinnya dan saya mesti berhenti menggunakan jenama lampin itu."

Rebekah terus membeli lampin Huggies dan 2 hari selepas itu, ruam pada bayinya telah pulih dengan ketara.

Pada hari dia berhenti menggunakan lampin Little Ones - Rebekah telah menghantar e-mel pada syarikat Woolworths tetapi mereka tidak membalas e-melnya. Pada hari berikutnya, Rebekah telah menelefon syarikat itu.

"Mereka berkata, apa yang mereka boleh lakukan adalah memberi saya baucar $50 tetapi saya beritahu mereka yang saya mahu bercakap dengan seseorang yang berpangkat lebih tinggi kerana mereka harus menghenti jualan jenama itu."

Selepas beberapa e-mel dan panggilan telefon dalam masa beberapa minggu, sebelum Rebekah akhirnya dapat bercakap dengan seseorang yang menawarkannya baucar $100.

Amaran seorang ibu: Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda

"Saya begitu marah kerana saya terpaksa mengejar mereka dan kemudian mereka hanya menawarkan baucar sahaja - Saya benar-benar marah kerana mereka tidak menghentikan jualan lampin Little Ones dari pasaran," kata beliau.

"Saya telah melihat ibu-ibu lain yang mengalami perkara yang sama dengan jenama lampin yang sama."

Ibu yang marah itu berkata reaksi Lily adalah bukan reaksi “ruam lampin biasa".

"Saya berada bersama kanak-kanak seluruh hidup saya dan saya tidak pernah melihat ruam seperti itu yang disebabkan oleh lampin."

Beliau mengambil keputusan untuk bersuara untuk memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya tidak mengambil pilihan bajet.

Amaran seorang ibu: Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda

"Orang ramai perlu sedar tentang penggunaan produk murah. Sebagai seorang ibu tunggal, saya telah cuba untuk menyediakan seberapa banyak yang saya boleh untuk Lily tetapi bukan untuk kesihatan - Saya enggan melakukannya sekarang -. Ia telah menyebabkan saya trauma seumur hidup saya. "

Kidspot telah menghubungi Woolworths untuk mendapatkan komen.

Stories Rakan Kongsi
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items

Walaubagaimanapun, tidak semua pelanggan Huggies juga berpuas hati dengan produknya walaupun terpaksa membayar harga yang mahal.

Seorang ibu telah mengadu di halaman Facebook Huggies hanya 24 jam yang lalu tentang anaknya yang kini berjalan, memberikan tindak balas dengan serta-merta apabila beralih kepada seluar lampin Huggies.

"Saya memakaikannya lampin itu dan membuatkan dia tidur seperti biasa dan dia bangun 2 jam kemudian menjerit, menendang tangan dan kaki beliau sepenuhnya dalam kesakitan.

Saya cuba segalanya untuk menenangkan dia tetapi dia masih meragam jadi saya mandikan dia dan apabila saya membuka lampin itu, saya nampak satu bekas ruam merah dan besar di kulitnya - Saya dapat merasakan haba daripada ruam itu itu dan saya boleh katakan kulitnya rasa seperti terbakar. "

Huggies bertindak balas dengan mengatakan bahawa mereka akan menyiasat kejadian itu.

"Kesihatan dan keselamatan bayi anda adalah keutamaan nombor satu kami, sila yakin bahawa semua komponen dalam lampin Huggies telah diuji untuk memastikan bahawa ia adalah selamat dan tidak akan menyebabkan kerengsaan."

Rencana diterjemahkan daripada KidSpot Australia.

Gambar daripada KidSpot Australia.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Amaran seorang ibu: 'Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda'
Kongsikan:
  • 4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

    4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

  • Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

    Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

    4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

  • Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

    Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.