Amaran Tegas Seorang Ibu Mengenai Keselamatan Trampolin Untuk Kanak-Kanak

Amaran Tegas Seorang Ibu Mengenai Keselamatan Trampolin Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa semua, artikel ini mesti dibaca jika anak kecil anda suka bermain di atas trampolin. Ia penting untuk keselamatannya. Kisah ibu ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Kanak-kanak memang suka melompat, dan apa cara yang lebih baik untuk melakukannya daripada melompat trampolin?

Tetapi apabila anda mendengar cerita ibu ini, anda pasti berfikir dua kali sebelum membiarkan anak anda bermain dengan trampolin.

Kait Ellen adalah ibu kepada Colton yang berusia 3 tahun.

Hanya beberapa minggu yang lalu, dia, suaminya dan Colton menuju ke taman indor trampolin untuk berseronok bersama keluarganya.

Semua baik-baik sahaja sehinggalah kanak-kanak lelaki itu terjatuh.... dan tengkoraknya pecah.

Tengkorak adalah tulang terkuat di tubuh kita dan boleh anda bayangkan ia pecah?

Dia tidak melompat berseorangan - ibu bapanya berada di sebelahnya di atas trampolin tersebut ketika dia sibuk bermaind an melompat.

Kait telah menulis mesej yang sangat menyentuh perasaan di Facebook selepas insiden itu.

Dia mengingatkan ibu ayah supaya sedar tentang risiko kemalangan yang boleh terjadi ketika kanak-kanak melompat di atas trampolin.

Trampolin tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil

Berikutan kemalangan itu, Kait menggambarkan kehidupan mereka sebagai "telah terbalik".

Dia menerangkan bahawa setiap hari adalah perjuangan untuk kanak-kanak lelaki itu terus hidup akibat kecederaan yang dialaminya.

Dia berkata:

"Kami kongsikan hal ini dengan anda hari ini untuk menyebarkan kesedaran bahawa kemudahan-kemudahan ini telah diiklankan untuk kanak-kanak kecil, sedangkan ia tidak sesuai langsung untuk kanak-kanak yang masih kecil.

Kami berharap dengan berkongsi kisah ini, ia akan menghalang kanak-kanak dan keluarga lain daripada mengalami trauma dan kesakitan yang berkaitan dengan kecederaan trampolin pada kanak-kanak kecil."

Kait juga menekankan satu perkara yang tidak diketahui ramai ibu bapa.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) dan American Academy of Orthopedic Surgeons, kanak-kanak di bawah usia enam tahun tidak boleh menggunakan trampolin.

Ini kerana tulang mereka - yang masih rapuh dan berkembang - tidak dapat menerima tekanan yang berulang dan tekanan tinggi semasa melompat.

Oleh itu, kecederaan yang serius mungkin akan kekal selamanya pada kanak-kanak.

Trampolin dan kanak-kanak

Ya, trampolin sangat menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan kanak-kanak risiko kecederaan yang tinggi apabila prosedur keselamatan yang betul tidak diikuti.

Menurut American Academy of Pediatrics, kecederaan trampolin yang biasa terjadi termasuklah:

  • Gegaran dan kecederaan kepala yang lain
  • Tulang yang rosak, kadang-kadang memerlukan pembedahan
  • Cedera di kepala dan leher yang teruk, mungkin membawa kepada lumpuh kekal atau kematian
  • Terseliuh / ketegangan
  • Lebam dan luka

Kebanyakan kecederaan trampolin berlaku apabila terdapat lebih daripada satu orang yang menggunakan trampolin itu, kata AAP.

Selain itu, kanak-kanak mudah terluka ketika bermain trampolin semasa keadaan berikut:

Apabila mereka,

  • Mendarat dengan posisi yang salah semasa melompat.
  • Cara mendarat yang salah semasa melompat terbalik dan melakukan aksi somersault (ini tidak dibenarkan kerana risiko kecederaan kepala dan leher).
  • Cuba melakukan aksi yang bahaya
  • Memukul atau dipukul oleh orang lain
  • Jatuh atau melompat dari trampolin
  • Mendarat di atas spring atau bingkai besi pada trampolin itu

Cadangan profesional adalah supaya anda TIDAK membeli trampolin untuk rumah anda.

Ya, walaupun ia menyeronokan dan cara terbaik untuk anak anda kekal aktif, tetapi terdapat banyak lagi alternatif lain yang lebih selamat, seperti menunggang basikal, atau pelbagai sukan padang lain.

Menurut AAP, trampolin mini dan trampolin besar tidak sepatutnya digunakan di rumah, dalam kelas gim rutin, atau di taman permainan.

Ia hanya perlu digunakan dalam program latihan yang diawasi oleh pakar seperti sukan gimnastik, menyelam, atau sukan kompetitif yang lain.

Dan, hanya seorang yang dibenarkan di trampolin pada satu-satu masa.

Sekiranya anda memilih untuk mempunyai trampolin di rumah, ingat petua keselamatan berikut dari AAP dalam minda anda sepanjang masa:

  • Pengawasan orang dewasa pada setiap masa
  • Hanya seorang sahaja di atas trampolin pada satu masa
  • Jangan melakukan stomersault
  • Pastikan padding pelindung yang mencukupi pada trampolin berada dalam keadaan baik dan diletakkan dengan sewajarnya
  • Sentiasa periksa semua peralatan supaya ia kekal teguh
  • Apabila rosak, padding perlindungan, jaring keselamatan, dan mana-mana bahagian lain perlu dibaiki atau diganti

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore.

Gambar-gambar dari laman Facebook Kait.

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/kepentingan-waktu-bermain-di-luar-rumah-untuk-kanak-kanak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner