Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

lead image

Anda pernah lihat gambar terkini anak Aishwarya Rai, Aaradhya Bachan? Anak perempuan pelakon jelita ini sudah besar dan pandai pula berjalan catwalk untuk mencuri hati paparazi!

Anak Aishwarya Rai secantik ibunya

Siapa tidak kenal dengan pelakon Bollywood yang cukup cantik dan versatil ini, Aishwarya Rai.

Umum mengetahui yang beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi pelakon Bollywood yang bukan calang-calang, Abhishek Bachan.

Baru-baru ini, Aishwarya telah menghadiri Filem Festival India di Melbourne bersama dengan anak perempuannya, Aaradhya Bachan.

Dalam acara yang berprestij itu, Aishwarya dan anak perempuannya yang cantik itu telah bersama-sama menaikkan bendera dan menarik perhatian mereka yang hadir.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/anak aishwarya rai aaradhya.jpg Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

Dalam majlis tersebut, duo anak beranak ini mengenakan busana tradisional dan bukan sahaja menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama, malah turut meluangkan masa beramah mesra dengan peminat yang hadir.

Dalam perjalanan pulang dari Melbourne ke Mumbai, kedua anak beranak ini tetap mencuri perhatian ramai.

Para media telah merakam gelagat mereka berdua ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa di India.

www.instagram.com/p/BX0uWLgBVtT/

Anaknya pula, Aaradhya, tidak langsung berasa kekok dikerumuni oleh para wartawan dan paparazi yang asyik merakam gambar mereka.

Yang menariknya, Aaradhya tidak malu-malu untuk menghiburkan paparazi dan telah memberikan persembahan fesyen mini dengan berjalan catwalk di samping ibunya.

www.instagram.com/p/BXz7KAVhDyZ/

Aishwarya Rai pula hanya mampu tersenyum melihat telatah lucu anak perempuannya itu.

Semakin teruja si kecil itu apabila kamera tidak berhenti-henti merakam dan mengeluarkan cahaya 'flash'!

Aaradhya selesa dengan perhatian diterima dari paparazi

Dengan segala tumpuan yang diterimanya, Aaradhya kelihatan seperti sedang membiasakan diri untuk berposing di hadapan orang ramai, walaupun pada usianya yang muda.

Yelah, kedua ibu bapanya kan merupakan nama besar dalam industri filem Bollywood!

www.instagram.com/p/BX0JXvcAM-n/

Tambahan pula, ibunya Aishwarya Rai Bachan bukan sahaja bekas Miss World, malah antara wanita paling jelita di dunia.

Mungkin sebab itulah, Aaradhya kelihatan cukup selesa untuk berhadapan dengan kamera dan para wartawan dari industri hiburan tempatan, saling tak tumpah seperti ibunya!

Apakah pengajaran atau nilai yang kita dapat melalui kisah ini?

Ibu sekalian, anak anda sedang memerhatikan anda!

Langkah catwalk yang dipersembahkan oleh Aaradhya ketika berada di airport ini adalah satu contoh di mana anak kecil meniru aksi ibunya.

Mereka melihat bagaimana kelakuan atau sifat ibunya, dan sama ada secara sedar atau tidak, mereka akan meniru perbuatan tersebut.

Ya, Aishwarya pasti tidak dapat menyembunyikan gaya langkah catwalknya, sehinggakan anak sendiri dapat meniru aksi profesional itu, bak model antarabangsa!

Perkara anda patut sorok dari anak-anak

Anda pula, bagaimana? Apakah kelakuan yang patut anda tunjukkan pada anak, dan apa pula kelakuan tidak baik yang anda perlu sorokkan dari si kecil anda itu?

Di sini, kami kongsikan beberapa perkara yang anda tidak patut tunjukkan di depan anak-anak:

1. Bertengkar dengan bahasa kasar

Kita memang tidak dapat nak elak dari bertikam lidah dengan pasangan atau ahli keluarga lain.

Tetapi, secara amnya, kita perlu mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bertengkar di depan anak-anak. Bahasa kasar juga patut dielakkan sama sekali!

2. Berbogel di depan anak

Ini lagi satu perkara yang kita patut elak dari buat depan anak-anak, berbogel di depan anak-anak. Kalau boleh, elakkan juga berpakaian terlampau seksi di rumah.

Kita mungkin melakukannya kerana berasa panas. Tetapi, jika dibiasakan, anak pun akan mengikut kelakuan tidak manis ini juga.

3. Menonton cerita yang tidak bermoral di TV

Ini mungkin antara perkara paling biasa yang berlaku dalam rumah-rumah di Malaysia. 

Ketika kita menonton filem Hollywood bersama anak-anak, mereka juga terdedah dengan aksi kurang sopan, yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Kita rasakan mereka tidak perasan akan babak "dewasa" berkenaan, tetapi percayalah, mereka juga menonton dan mungkin, memerhatikannya dengan penuh fokus!

Elakkan ia dari terjadi kerana anak anda belum cukup matang untuk mengetahui apa yang 'real' dan sesuai, dan apa yang tidak!

Sumber: The Asian Parent Indus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

my-admin.theasianparent.com/shah-rukh-khan-bersiar-siar-di-sekitar-dubai-secara-mengejut/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!