Patutlah Anak Autisme Suka Tenung Sesuatu Lama-Lama, Rupanya Ini Yang Mereka Nampak!

undefined

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme, salah satu perkara yang biasa dilihat adalah anak ralit merenung sesuatu. Ini sebabnya.

Mereka yang memiliki anak autisme pasti perasan, anak-anak ini suka ralit jika melihat sesuatu benda. Malah kadang kala mereka seperti terlalu obses dengan sesuatu.

Pada pandangan mata kita memang biasa saja, tetapi tidak pada pandangan mata anak-anak ini. Pada mata mereka, setiap benda yang mereka lihat ada keunikannya yang tersendiri.

Disebabkan itulah tidak hairan jika kita lihat anak autisme ini ralit jika lihat sesuatu malah kadang-kadang mereka boleh jadi marah jika konsentrasi mereka terganggu.

Anak autisme lihat benda tak sama macam kita, cantiknya pada pandangan mata mereka!

Anak autisme

Kredit: istock

Perkara ini dikongsikan oleh seorang anak autisme yang diklasifikasikan sebagai high functional autisme, Khairul Azwan. Jadi beliau menceritakan semula apa sebenarnya sudut pantang anak autisme supaya ibu bapa yang memiliki anak autisme lebih memahami tingkah laku anak mereka. 

My autisme n adhd life
Hai im Khai,autisme n adhd dewasa .
Dibulan Ramadhan ke 12 ini khai tergerak untuk berkongsi cite tentang permandangan diwaktu malam. Apa yang i nampak ne ,adik² autisme yang lain pun sama merasainya.
Seperti post i yang lepas dimana tumbuhan² sangat cantik dilihat dari sudut pandangan autisme ,hari ne i nak berkongsi cite pandangan di waktu malam dari sudut pandangan autisme.
Tumbuhan² n bunga²an
Tetap berwarna warni,cuma bersinar je bila waktu malam
Langit malam kami tak sama dengan langit malam yang lain yg gelap dan boring(cikgu suruh i kaler mcam tu,gelap n hitam,tapi i tak suka,i kaler macam i nampak,so cikgu marah, i pun sambil nangis tukar kaler yg seperti cikgu suruh).
langit malam i terang seperti siang tapi sedikit gelap seperti mendung, berwarna hijau zamrud terang bersinar²,Allahuakbar bintang² bergemerlapan seperti lagu kanak² ‘twinkle ² litle star,like a diamond in the sky’ sangat cantik dan besar² kesemuanya sebesar bola sepak hingga sebesar guli,memang sangat cantik ,buat i nak baring je kat satu tempat tu sambil tengok langit berjam².
Bulan sangatttt cantik berwarna putih kuning bersinar seperti emas ,tapi bila tiba bulan penuh bulan yang i nampak sangat besar hampir memenuhi langit. So i sangat ketakutan, bila tiba full moon.
Thankyou Allah for this gift,im very thankfull for that.
Langit malam beribu bintang bersinar, tapi kalau nak hujan, jadi seperti aurora berwarna lain di setiap tempat. Ada purple tu klau nak hujan ribut petir, yellow tu kalau nak hujan je, Awan bersinar mcam diamond mungkin sebab awan trjadi dari air, air kan kami nampak mcm diamond.
Tutup mata sekejap,bayangkan seperti yg i cite tu. Hurmm menarik kan
Terima kasih kerana sudi,Selami dunia kami
Kami pun tak nak berbeza, tapi Allah swt da ciptakan kami berbeza. Sayangi la kami 
‘KAMI BUKANNYA GILA,BUKAN TAK WARAS TAPI KAMI ISTIMEWA’
Komen yang tak buat i down ok.

Mereka melihat tak sama seperti kita

Anak autisme

Kredit: liputan6

Menurut Khairul Azwan, anak autisme ini akan nampak benda hidup seperti bunga dan pokok bagaikan bersinar-sinar seperti dalam filem animasi yang kita selalu tonton terutama pada waktu malam. 

Katanya, langit malam anak autisme tidak sama dengan langit malam kita, mereka nampak langit malam bercahaya dengan sangat cantik bukan kelam hitam seperti pada pandangan mata kita.

Bulan juga sangat cantik pada pandangan mata mereka dengan cahaya kuning bersinar seperti emas. 

Perkongsiannya di laman facebook mendapat reaksi ramai terutama ibu bapa yang memiliki anak austisme yang mengatakan akhirnya mereka faham kenapa anak mereka terlalu ralit jika merenung sesuatu. 

Perkongsian buka mata ramai orang

Anak autisme

Kredit: ceriasihat

Sedikit sebanyak, perkongsian Khairul Azwan ini pasti melegakan ibu bapa di luar sana yang mungkin tertanya-tanya selama ini kenapa anak mereka suka merenung sesuatu terlalu lama

Mungkin perkongsian seperti ini perlu diperbanyakkan lagi agar anak autisme terus difahami dan tidak disisihkan daripada masyarakat kerana keistimewaan mereka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Khairul Azwan

Baca juga: Gangguan Autisme Lebih Cenderung Terjadi Pada Anak Lelaki: Penemuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!