Ini Rupanya Sebab Kenapa Anak Suka Baca Buku Yang Sama Berulang Kali

undefined

Risau anak tak belajar benda baru bila anak baca buku yang sama saja berulang kali? Jangan risau, ulang membaca buku ada kelebihannya yang tersendiri.

Berapa kali dalam sehari, anak minta anda baca buku yang sama padanya? Anda mungkin akan suruh anak baca buku lain, tapi dia tetap nak baca buku yang sama berulang-ulang kali.

Jangan putus asa bila anak anda minta anda baca buku yang sama. Ada manfaat untuk perkembangan mereka bila anak baca buku yang sama menurut sains!

Anak baca buku sama ada manfaat penting untuk perkembangan emosi dan kognitif 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2013/02/shutterstock 71786563 e1361860630298.jpg Tip tip mengajar anak membaca

Semua ibu bapa tahu, membaca buku untuk anak mempunyai manfaat untuk perkembangan percakapan dan kosa kata mereka.

Tapi, anak kecil mempunyai tabiat menyuruh anda membacakan cerita yang sama berulang kali hingga anda hairan jika anak baca buku yang sama akan ada manfaatnya atau tak.

Mana taknya, anak dah hafal setiap muka surat dan gambar dalam buku kegemaran mereka hingga anda dah tak boleh nak langkah beberapa muka surat!

Namun jangan risau, membaca buku sama berulang kali pada anak masih boleh membantu pembelajaran mereka dan perkembangan kognitif melalui teknik yang penting: pengulangan.

Sains disebalik anak baca buku sama

Anak belajar dari pengulangan, kerana itu mereka suka minta anda baca buku yang sama setiap malam. Kalau anda fikir yang mereka dah belajar semua yang ada dalam buku tersebut, anda salah.

Setiap kali anda membaca semula buku kegemaran anak, otak anak akan menyerap bahasa, perkataan, jalan cerita, warna, bentuk dan nombor. 

Kajian 2010 menunjukkan, membaca cerita yang sama empat kali berbanding dua kali kepada anak boleh menambah baikkan kebolehan mereka untuk membuat aksi yang diperlukan untuk mainan rattle.

anak baca buku, membaca buku, cara cepat mengajar anak membaca, cara membaca, minat membaca, cepat membaca,

Kajian pada 2011 pula menemui, bila kanak-kanak dibacakan buku yang sama berulang kali, mereka akan ingat dan faham maksud perkataan baru berbanding kanak-kanak yang membaca buku yang berlainan setiap masa.

Kajian juga menemui, membaca cerita yang sama banyak kali kepada kanak-kanak yang lebih besar – tiga ke lima tahun – membantu mereka untuk belajar perkataan baru dan unik.

Kajian menunjukkan buku kanak-kanak ada 50% perkataan yang jarang digunakan berbanding di TV atau dalam perbualan harian.

Belajar. Ulang. Belajar. Ulang.

Anak suka baca buku yang sama kerana mereka boleh tahu apa yang akan berlaku dan ia akan beri mereka perasaan mencapai sesuatu dan bangga dengan kemahiran yang mereka ada.

Setiap kali mereka mendengar cerita yang sama, kemahiran memori mereka akan jadi lebih baik dengan perkataan yang mereka biasa dengar.

Pengulangan menguatkan penyambungan neuro dalam otak. Ia menghasilkan corak dalam otak kanak-kanak yang akan buat mereka mudah faham.

Jadi, setiap kali anak anda mendengar perkataan atau ayat yang sama, otak mereka akan membuat penyambungan penting dan membantu mereka belajar kosa kata baru.

Semasa anda membaca buku kegemaran mereka, tingkatkan pembelajaran mereka dengan berhenti di tengah-tengah ayat dan galakkan anak untuk menghabiskan bacaan.

Tanya soalan pada mereka dan jawab soalan yang mereka tanya. Kaitkan juga cerita kegemaran mereka dengan pengalaman anda.

anak baca buku, membaca buku, cara cepat mengajar anak membaca, cara membaca, minat membaca, cepat membaca,

Anak baca buku yang sama beri mereka ketenangan

Selain mendapat manfaat kognitif apabila membaca buku sama berulang kali, ia juga dapat memberikan ketenangan pada si kecil.

Anak anda akan tenang bila mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Ini akan berikan mereka rasa terkawal dan yakin.

Lepas dah tahu manfaat disebalik anak baca buku sama ini, anda dah tak perlu mengeluh lagi.

Selamat membaca!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-usia-16-bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!