Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini...

Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini...

Ibu bapa tak patut fikir aktiviti bersenam hanya buang masa, tak bantu prestasi anak dan cuma untuk bermain saja. Kajian baru ini pasti akan mengubah fikiran anda!

Bersenam dan bersukan adalah gaya hidup sihat. Kebaikan menyeluruh boleh diperoleh daripada aktiviti ini termasuk fizikal, sosial, psikologikal dan juga intelektual. 

Namun, individu yang menjadikan aktiviti ini sebagai amalan harian masih pada tahap yang sangat rendah.

Kajian membuktikan satu penemuan hebat! 
Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini...

Amalan bersenam haruslah diterap daripada usia yang muda. Sumber gambar: Health.mil

Kajian terbaru mendapati kanak-kanak dan remaja yang aktif bersenam dari muda lebih cenderung kekal aktif dan sihat secara fizikal semasa dewasa.

Tetapi tidak semua kanak-kanak atau remaja kekal aktif, maka penyelidik mula mengkaji kaitan antara personaliti mereka dan keberangkalian untuk terus bersenam sehingga mereka tua.

Penyelidik cuba mengenalpasti jika mereka boleh meramal seseorang akan kekal aktif dengan melihat latar belakang dan personaliti orang itu. 

Kajian mendedahkan mereka yang mempunyai minda yang suka cabaran lebih cenderung untuk meneruskan kehidupan aktif sehingga mereka tua.

Dengan penemuan ini, penyelidik berharap mereka boleh menggalakkan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih akitf dan gemar bersenam.

Peranan ibu bapa dalam gaya hidup sihat

Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini...

Peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat bersenam dan bersukan sangatlah besar.

Mereka boleh mempengaruhi anak-anak melalui persepsi mereka terhadap aktiviti tersebut. Terdapat dua perkara penting yang boleh dibuat oleh ibu bapa di sini:

  1. Amalan bersenam haruslah diterap daripada usia yang muda,
  2. Ibu bapa mampu mempengaruhi sikap anak serta membentuk minda yang suka menyahut cabaran

Dengan kedua-dua sokongan ini dan penemuan kajian di atas, kita secara tidak langsung boleh membaiki taraf kesihatan masyarakat walaupun sedikit demi sedikit. 

Bersukan dan bersenam baik untuk anak

Ibu bapa tidak harus mempunyai persepsi yang menganggap aktiviti jasmani dan bersenam hanya membuang masa, tidak membantu prestasi peperiksaan, tidak sesuai untuk murid perempuan, membazirkan tenaga murid dan cuma untuk bermain sahaja.

Pelajar yang lebih aktif dan cergas akan mempunyai kebolehan intelek yang lebih tinggi berbanding pelajar yang kurang aktif.

Mereka juga akan mempunyai keupayaan untuk mengingati, memberi tumpuan dan kekal fokus yang lebih tinggi.

Tahap kecergasan ini cuma boleh dicapai melalui penglibatan dalam aktiviti bersifat fizikal seperti senaman dan sukan secara berterusan.

Jika ibu bapa menyokong dan mengajar anak untuk kekal aktif dari sekarang, anda juga sedang membentuk kesihatan anak untuk masa depan.

Jika kepentingan kehidupan yang sihat telah disemai oleh ibu bapa, anak berkemungkinan besar akan mengekalkan kehidupan yang sihat sehingga dia tua!

Sumber: Psychology Today dan Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Dari Aktiviti Bersukan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner