KAJIAN: Anak Miliki Ayah Berusia Lebih Bijak, Ini Sebabnya!

undefined

Siapa yang tidak mahu anak bijak kan? Mungkin selepas ini lelaki berusia boleh dapat markah tinggi kerana ada kajian menunjukkan anak yang memiliki bapa berusia akan lebih bijak berbanding kanak-kanak lain.

Bapa yang lebih muda jangan tergugat ya! Jom lihat kenapa bapa lebih berusia mempunyai anak yang lebih bijak?

Anak bijak jika bapa lebih berusia?

anak bijak

Berdasarkan kajian baru-baru ini, kanak-kanak yang memiliki ayah lebih berusia lebih bijak daripada mereka yang mempunyai bapa lebih muda. 

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Translational Psychiatry yang mana ia menunjukkan bayi yang dilahirkan dan memiliki bapa lebih berusia adalah lebih bijak berbanding kanak-kanak lain. 

Kajian ini dilakukan terhadap 7,781 pasangan kanak-kanak kembar brusia 12 tahun. Ujian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini adalah:

  • Ujian terhadap kecerdasan lisan
  • Ujian terhadap kesunyian sosial (merasa mempunyai kawan atau individu rapat yang sedikit di sekelilingnya dan ini menimbulkan kesunyian)
  • Tingkah laku reseptif (seperti berkaitan tindak balas bila orang lain bercakap

Pasangan kembar yang mendapat skor tinggi mempunyai fkous lebih baik dan IQ lebih tinggi.

Skor semakin meningkat apabila mereka mempunyai bapa yang lebih berusia iaitu 35 tahun ke atas ketika lahir berbanding bapa berumur 25 tahun ketika mereka lahir.

Kesimpulannya, menerusi kajian itu, kanak-kanak yang mempunyai bapa berumur 50 tahun ke atas mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian. 

Sebelum ini ada kajian mengatakan bapa berusia berpotensi mempunyai anak yang menghidap autism dan schizophrenia tetapi ternyata ada sisi positif pada ayah yang lebih berusia jika mereka memiliki bayi. 

Kenapa bapa berusia ada anak bijak?

#1. Lebih kukuh dari segi kewangan

Menurut pengkaji, bapa yang lebih berusia mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh berbanding bapa yang lebih muda. Jadi anak mereka akan membesar dengan ransangan yang lebih banyak. 

Kanak-kanak ini lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkaran sosial mereka dan lebih fokus kepada minat mereka. 

#2. Lebih matang, berpengalaman

Bapa lebih berusia dikatakan lebih berpengalaman kerana banyak yang telah dilaluinya. Mereka juga dikatakan lebih matang dalam membesarkan anak-anak dan lebih tenang dalam menyelesaikan masalah bersama anak-anak.

Stigma bapa berusia

Bapa berusia banyak dikaitkan dengan pelbagai stigma jadi menerusi kajian ini terbukti ada sisi positif bagi lelaki yang memilik anak pada usia lebih lanjut. 

Kajian ini mungkin boleh membuatkan bapa berusia lebih positif selepas ini.

Kajian ini juga terbukti bahawa menurut sains, ibu yang lebih berusia juga adalah ibu yang lebih baik berbanding yang lebih muda. 

Besarnya pengaruh bapa kepada perkembangan anak

anak bijak

Ada kajian yang menemui besarnya pengaruh bapa terhadap perkembangan anak jadi bapa terbukti memainkan peranan penting dalam membentuk anak yang genius!

Daripada perspektif psikologi, memang pengaruh bapa terhadap anak sangat besar. Fakta ini dikongsikan Clinical Psychologist & Psychology Lecturer, Akif Basri

#1. Anak kurang tantrum, lebih disukai, popular di sekolah

Kajian menunjukkan anak yang ada bapa yang lebih rapat dengannya sewaktu kecil menunjukkan kurang tantrum, kurang masalah disiplin dan lebih popular dan disukai di sekolah.

#2. Perkembangan bahasa anak lebih baik

Bagi latihan anak bercakap, bapa lebih berpengaruh daripada ibu dalam membantu perkembangan bahasa anak sekiranya ayah lebih banyak menggunakan perkataan (vocabulary) ketika bermain dan membacakan buku.

#3. Anak lebih berani ambil risiko

anak bijak

Apabila bapa lebih banyak bermain secara kasar (rough and tumble play) dengan anak, ini akan mempengaruhi mereka supaya lebih berani mengambil risiko di masa hadapan.

#4. Anak ada hubungan baik dengan rakan

Anak yang mempunyai bapa yang menyokong transisi anak ke sekolah mempunyai hubungan yang lebih baik dengan guru dan rakan. Anak juga mempunyai skil sosial yang lebih baik.

#5. IQ anak lebih tinggi

Anak perempuan yang rapat dengan bapa menunjukkan IQ yang lebih tinggi daripada anak perempuan yang tidak rapat dengan bapa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: pinkvilla, akif_basri

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhubungan-baik-dengan-bapa-kurang-mempunyai-masalah-tingkah-laku

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!