Bapa Keji Jadikan Anak Sendiri HAMBA SEKS Selama 22 Tahun, Sampai Beranak 8!

Bapa Keji Jadikan Anak Sendiri HAMBA SEKS Selama 22 Tahun, Sampai Beranak 8!

Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa kecewa dan sedih mengetahui kejadian anak dirogol ayah sendiri hingga melahirkan 8 anak ini...

Jijik! Anak dicabul ayah sendiri

Anda masih ingat kisah anak dicabul ayah yang melibatkan Josef Fritzl dengan anak kandung Elisabeth di Austria?

Kini ada lagi kisah yang hampir sama! Ia berlaku di Argentina, di mana seorang anak dicabul ayahnya sendiri dan dijadikan hamba seks sehingga melahirkan 8 orang anak!

Daily Mirror UK melaporkan menurut mahkamah, MaDomingo Bulacio, 56, telah mula merogol anak perempuannya sejak 22 tahun lalu apabila gadis malang itu baru saja berusia 15 tahun.

Bapa Keji Jadikan Anak Sendiri HAMBA SEKS Selama 22 Tahun, Sampai Beranak 8!

Rahsia anak dicabul ayah terbongkar

Rahsia yang disimpan lama itu telah terbongkar apabila mangsa (anak perempuan itu) membawa anak bongsunya berjumpa doktor, dan doktor bertanya siapa ayah kepada anak itu, kata Metro di UK.

Selepas didesak, akhirnya wanita itu menceritakan perkara sebenar.

Bulacio ditangkap pada Januari 2016 di sebuah rumah saudara mereka di Loreto, Santiago del Estero, selepas melarikan diri selama 45 hari.

Menurut bukti yang diserahkan kepada mahkamah, ujian DNA mengesahkan dia adalah bapa kepada kesemua 8 anak perempuannya yang ada sekarang.

6 daripada 8 anak hasil perbuatan terkutuk Bulacio kini tinggal di sebuah sekolah berasrama penuh di Santiago del Estero.

Terdapat cerita bercanggah mengenai apa yang telah berlaku kepada ibu anak perempuan terbabit.

Satu sumber telah memberitahu El Liberal yang Bulacio telah menghalau isterinya dari rumah dan memaksa wanita itu untuk meninggalkan anak-anak.

Menurut laporan tempatan lain, wanita itu sebenarnya telah meninggal dunia dan ketiga-tiga anaknya terpaksa tinggal bersama dengan sanak saudara.

Bapa Keji Jadikan Anak Sendiri HAMBA SEKS Selama 22 Tahun, Sampai Beranak 8!

Bulacio ditangkap pada Januari 2016 di sebuah rumah saudara di Loreto. Sumber: Google Maps

Kes Josef Fritzl yang terkenal

Kes Bulacio amat mirip dengan kes Josef Fritzl dari Austria, yang telah mengurung anak perempuannya Elisabeth, selama 24 tahun.

Elisabeth dikurung di sebuah penjara bawah tanah dan diperkosa lebih daripada 3,000 kali.

Rahsia Fritzl terbongkar hanya selepas Kerstin, anak sulung yang dilahirkan Elisabeth jatuh koma dan di bawa ke hospital.

Pemergian ke hospital itu mengheret monster Josef Fritzl ke hospital sama, di mana doktor mendapati Kerstin mengalami kekurangan gizi.

Apabila Elisabeth dibenarkan keluar dari bilik bawah tanah untuk melawat Kerstin di hospital, dia ditangkap dan memberitahu pihak berkuasa mengenai perbuatan ayahnya selama ini.

Kasihan… Tiada kata-kata yang mampu diungkap untuk mengatakan betapa naluri dan hati seorang ibu seperti saya kecewa dan musnah dek tindakan kejam seperti ini.

Risiko pembiakbakaan dalam

Bapa Keji Jadikan Anak Sendiri HAMBA SEKS Selama 22 Tahun, Sampai Beranak 8!

Kes sumbang mahram seperti ini bukan saja jijik dan memberi kesan dari segi psikologi pada mangsa, malah ia juga menjejaskan biologi mereka.

Sumbang mahram membawa kepada risiko kekurangan campuran DNA antara seorang lelaki dan wanita.

Kekurangan campuran DNA boleh meningkatkan risiko mendapatkan penyakit genetik yang jarang berlaku seperti: albinisme, fibrosis sista, hemofilia dan sebagainya.

Kesan lain bagi kekurangan campuran DNA juga termasuklah sistem imun yang lebih lemah, sehingga tidak dapat melawan penyakit. 

Walaubagaimanapun, anak hasil perbuatan sumbang mahram tidak semestinya bermakna anak itu pasti akan mendapat penyakit genetik atau akan selalu sakit.

Anak itu mungkin akan mengalami masalah kesihatan. Dan semakin banyak pembiakbakaan dalam, semakin besar risikonya.

Pembiakbakaan dalam berisiko kerana ia bermakna DNA dari ibu dan ayah anda adalah serupa. A

pabila mana-mana bahagian DNA yang sama bergabung, anak hasil gabungan itu mungkin akan menghadapi komplikasi dari segi kesihatan.

Semoga kejadian seperti ini dapat dikurangkan. Kasihanilah kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah.

Sumber: NY Post

Sumber gambar: CEN, Genetics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kes Bapa Rogol Anak: Komen Lelaki Ini Mengundang Persoalan Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner