X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

3 min bacaan
Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

Dianggarkan 400 juta penduduk dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia yang kebanyakannya anak lelaki mempunyai kekurangan ini.

Apa itu g6pd? Ini kebiasaannya soalan pertama ibu bapa setelah diberitahu oleh doktor mereka bahawa cahaya mata kesayangan mereka menghidap penyakit unik ini.

‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD merupakan sejenis enzim genetik yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia mempunyai kekurangan ini. Penghidapnya biasanya anak lelaki, kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.

Sebenarnya kekurangan enzim ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalaminya, kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Anda hanya perlu berpengetahuan tentang apa yang harus dielakkan agar hemolisis tidak berlaku.

Apakah itu Hemolisis?

apa itu g6pd

Kredit: kidspot.com.au

Hemolisis berlaku apabila enzim G6PD berkurangan dan tidak dapat mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah. Apabila bayi G6PD tededah kepada bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida, ini akan meningkatkan paras molekul oksigen reaktif yang menyebabkan sel darah merah musnah lebih cepat berbanding dari penghasilannya.

Sel darah merah yang berkurang kemudian akan menimbulkan simptom hemolisis dan tanda hemolitik anemia.

Kekurangan enzim ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja bayi itu dilahirkan. Selalunya bayi yang mempunyai kekurangan G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran.

Kebanyakan institusi perubatan akan memantau kesihatan bayi berkenaan di wad untuk sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Baca juga: Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

“Apa yang dirisaukan ketika peringkat bayi baru dilahirkan ialah bayi yang menghidap G6PD mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis mereka mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ini berlaku kerana sel darah merah penghidap G6PD mudah pecah dan membolehkan bilirubin meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.

Sebab itu, bayi yang ada demam kuning kita akan letak mereka di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah,” kata Dr. Azam Mohd. Nor, Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Jika tahap bilirumin terlalu tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan dan biasanya darah bapa bayi tersebut akan diambil.

Simptom-simptom Hemolisis

apa itu g6pd

Kredit: Shutterstock

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
  • jaundis (penyakit kuning)
  • air kencing berdarah atau warna teh pekat

Langkah-langkah pencegahan

Setelah ibu bapa memahami apa itu g6pd, anda harus berjumpa segera dengan doktor. Doktor yang merawat anak anda kemudiannya akan memberikan ubat yang bersesuaian. Jangan sesekali belikan ubatan sebarangan dari famasi tanpa nasihat doktor agar tidak terbeli ubat yang salah.

Pakaikan “rantai perubatan” pada anak supaya boleh membantu dalam kecemasan.

Contoh makanan dan herba yang perlu dielakkan:

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
  • Kacang parang (fava beans)
  • Semua produk soya
  • Makanan berperisa mentol
  • Makanan dengan warna tiruan
  • Ubat China dan ubat tradisi lain 

Bahan lain yang mesti dielakkan:

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi senarai makanan dan jenis-jenis ubat yang perlu dielakkan di sini.

 Sumber: Butik Sihat Comel, Kementerian Kesihatan Malaysia, Utusan Melayu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD
Kongsikan:
  • Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

    Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

  • Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

    Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham