Bayi Suka Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Jangan Pukul Atau Jerit, Bayi Boleh Trauma!

Sakitnya bila anak gigit ketika menyusu ni. Dah beri susu kena gigit pula! Kami ada panduan untuk ibu buat apabila anak gigit ketika menyusu. Mesti cuba!

Sakitnya lahai puting ibu bila anak gigit ketika menyusu. Kenapalah agaknya anak gigit puting? Mesti ibu rasa hairan apabila anak mula menggigit. Lagi-lagi, bila ibu tidak mempunyai pengalaman menyusu dan mengendalikan anak buat pertama kali. Memang cuaknya dibuatnya dengan rasa sakit lagi.

Apa yang ibu selalu buat kalau anak sentiasa gigit puting bayi? Mesti ibu berasa tidak tahan akibat terlalu sakit. Ada yang tolak anak lagi. Yang paling tak tahan apabila anak anda menggigit terlalu lama. Apa agaknya punca sebenar bayi menggigit ini? Kalau tak beri anak menyusu, susah. Tapi kalau bagi anak menyusu pula, habis sakit pula puting ibu. 

Tahukah ibu?

Anak anda sebenarnya tidak tahu bahawa perbuatannya menyakitkan anda. Bayi masih lagi belum mengerti akan konsep empati atau mengetahui kesan akibat perbuatannya. Apa yang berlaku sebenarnya adalah bayi tidak boleh mengigit sambil menyusu. Jadi jika bayi menggigit, ia mungkin berlaku sewaktu bayi selesai menghisap susu atau di pertengahan rehat bayi menyusu badan.

Perbuatan menggigit adalah perbuatan yang normal dalam kalangan bayi. Jadi, ibu janganlah terlalu risau dengan jika bayi kerap menggigit. 

Cuma ibu boleh lakukan sesuatu untuk menghalang bayi daripada terus menggigt ketika menyusu. 

Mari kita menyingkap apakah yang patut ibu lakukan bila anak gigit puting ibu. Tapi, sebelum itu jom kita baca mengenai apa punca bayi gigit ketika menyusu. Mudahlah ibu-ibu nak tahu mengapa. Anak anda bukan sengaja-sengaja gigit tau. Mesti ada sebab.

Punca anak gigit ketika menyusu

anak gigit ketika menyusu

Kredit: Pixabay

Ada beberapa punca kenapa anak suka gigit ketika menyusu badan. Amat penting untuk ibu mengetahui punca kenapa bayi menggigit sewaktu menyusu supaya ibu dapat membuat keputusan penting agar pemberian susu badan dapat memberi keselesaan antara ibu dan bayi. Mari kami rungkaikan!

  • Bayi nak tumbuh gigi
    Ini adalah sesuatu yang normal bila bayi mula tumbuh gigi. Jadi, anak anda akan menggigit-gigit puting anda. Apabila bayi mula tumbuh gigi, gusinya akan menjadi bengkak dan sakit. Sebab itulah, bayi mempunyai kecenderungan untuk menggigit puting anda untuk melegakan kesakitannya. Ianya bersifat sementara sahaja tetapi si ibu kenalah bertahan. 
  • Mahu minum susu lebih
    Bayi yang mahukan susu lebih akan menggigit puting ibu untuk mendapatkan lebih banyak susu. Terutamanya apabila susu ibu mula berkurangan. Banyak punca yang menyebabkan susu ibu mula berkurangan. Jika susu badan anda kurang, anda boleh cuba beberapa petua untuk tambahkan susu badan ibu. 
  • Bayi nak perhatian ibu
    Macam best je kan kacau ibu? Tahukah anda ibu-ibu. Bayi yang mahu perhatian juga akan menggigit puting ibu. Ini terutamanya untuk bayi yang membesar sedikit. Bila ibu tak beri perhatian pada mereka sahaja, mulalah bayi gigit. Jadi jangan lupa beri perhatian pada anak dan kekalkan hubungan mata atau eye contact dengan anak. Kalau tak, mahu dia gigit nanti.
  • Bila bayi bosan
    Eh, bayi pun bosan ke? Iya boleh ibu. Apatah lagi kalau bayi dah habis menyusu, rasa bosan dan rasa seperti mahu menggigit. Bila anda menyusu bayi anda di tempat yang banyak gangguan, anak anda akan mula rasa seperti terganggu.

Apa ibu patut buat bila anak gigit ketika menyusu

anak gigit ketika menyusu

Kredit: Pixabay

#1 Beritahu pada anak anda

Anak anda tidak tahu yang anda sakit apabila anak anda menggigit puting anda. Oleh sebab itulah, anda kena beritahu anak anda yang mama sakit. Jangan buat dan jangan gigit. Kalau tak beritahu, macammana anak anda nak tahu. Bila anda tarik puting dari mulut anak anda, tarik dengan perlahan supaya puting anda tidak luka. Bila anda yakin anak anda tidak menggigit, baru teruskan penyusuan jika anak anda masih lagi berminat untuk menyusu. 

#2 Berikan anak anda mainan

Untuk bayi yang nak tumbuh gigi, mereka memang perlukan sesuatu. Jadi anda boleh berikan anak anda sesuatu sebagai ganti. Seperti mainan khas untuk bayi yang tumbuh gigi atau sesuatu yang selamat untuk anak anda gigit. Jika anak anda memilih untuk menggigit benda lain, bagus untuk anda! Ia mengajar anak anda bahawa mainan ini untuk gigit dan bukannya puting anda.

#3 Guna jari kelingking

Ini taktik yang mesti anda cuba. Asal anak anda hendak menggigit sahaja, anda boleh cuba masukkan jari kelingking anak dari bahagian tepi mulut anak anda. Anak anda akan melepaskan puting anda perlahan-lahan.

#4 Puji anak anda

Oh, anak anda melepaskan puting anda setiap kali anda memintanya? Bagus! Puji anak anda berkali-kali agar anak anda merasakan bahawa perbuatannya itu membuatkan ibu berasa gembira.

#5 Jaga diri ibu

anak gigit ketika menyusu

Kredit: Pixabay

Puting yang sentiasa digigit pasti akan luka dan kering. Gunakan krim atau pelembab yang bersesuaian untuk memelihara bahagian puting. Ibu juga bolehlah gunakan pelindung puting sewaktu menyusu. Ibu kenalah jaga diri ibu juga ya! 

Sumber: Bumbumcak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:
Puting Sakit Semasa Menyusu Bayi, Ibu Ini Punca & Cara Berkesan Bagi Mengatasinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!