theAsianparent Logo

Adakah ibu bapa punca anak berperangai teruk? Anak akan ikut perangai ibu bapa?

Ibu bapa selalu rasa malu apabila anak buat perangai di depan orang ... Tapi tahukah anda perangai ini mungkin berpunca dari ibu bapa sendiri?

Apabila anak berkelakuan teruk, pernah tak terlintas di fikiran anda yang anak ikut perangai ibu bapa?

Sebagai ibu bapa kita, cepat rasa malu jika anak buat perangai di depan orang. Bayangkan anak tiba-tiba mengamuk di restoran makan, atau berkelakuan biadap terhadap orang lain.

Adakah ini kesalahan anak semata-mata? Ataupun anak hanya mengikut tabiat buruk ibu bapanya sendiri?

Anak ikut perangai ibu bapa, betul ke?

Kita selalu dengar orang kata "monkey see, monkey do, " iaitu perbuatan meniru tindakan seseorang tanpa banyak memikirkan bagaimana dan kesannya. Pendek kata anak ikut perangai ibu bapa.

Mereka hanya mencerminkan perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu bapa. 

Cuba fikir dulu. Adakah ibu bapa suka membuat komen negatif yang tidak senang didengar? Adakah ibu bapa selalu tidak rasa sabar apabila bersama anak atau orang lain?

Apakah ibu bapa bersopan santun apabila bercakap dengan pasangan?

Ibu bapa tidak boleh membuat tanggapan anak akan bersikap baik, jika kita sendiri berperangai buruk. Anak ikut perangai ibu bapa - mana mereka tahu apa-apa? Maka sebelum ibu bapa marahkan anak apabila mereka berkelakuan buruk, semak diri dulu. Anda mungkin punca mengapa mereka buat perangai!

Kadang-kadang apabila anak berkelakuan teruk, ada sebabnya

pembentukan tingkah laku anak, anak ikut perangai ibu bapa, kendali perangai mengamuk anak, kendali perangai mengamuk, perangai anak suka buat, perangai anak-anak

Kanak-kanak yang sakit atau terlampau letih pasti lebih sensitif, kuat merengek dan buat perangai. Mereka tidak melakukan ini kerana saja nak tantrum atau nakal. Mereka hanya ingin "memberitahu" ibu bapa yang mereka tidak selesa.

Jadi kalau anak demam, flu, selesema, mempunyai jangkitan telinga ataupun jangkitan lain, biar mereka rehat di rumah dan jika perlu keluar, pilih tempat yang berdekatan saja.

Kalau ibu bapa sendiri yang sakit, pasti malas nak keluar juga kan? Takkan nak marah-marah apabila anak tengah sakit!

Anak ikut perangai ibu bapa: mulalah dari rumah dulu

Selain menyemak perangai sendiri, ibu bapa juga perlu mula mendidik dan membentuk perangai anak dari rumah terlebih dulu. Jangan harap anak akan berkelakuan baik di luar kalau di rumah pun sudah berkelakuan macam hantu.

Jika ibu bapa biarkan sahaja anak berkelakuan teruk, menggunakan bahasa kesat ataupun bersikap biadap di rumah, sudah tentu mereka akan melakukan yang sama apabila diluar!

Biarpun kadang-kadang mereka akan bising, berkelahi dan main kasar, ibu bapa masih perlu memberi panduan dan mengawal disiplin di rumah. Jangan tunggu hingga anak ikut perangai ibu bapa ya. Perangai buruk yang sudah disemai dalam kehidupan anak sangat susah untuk diperbetulkan.

Anak kita tidak perfect juga

pembentukan tingkah laku anak, anak ikut perangai ibu bapa, kendali perangai mengamuk anak, kendali perangai mengamuk, perangai anak suka buat, perangai anak-anak

Biarpun anak yang biasanya bekelakuan baik juga boleh membuat perangai ya. Ibu bapa kena ingat, biarpun anak mempunyai perangai dan kelakuan yang baik, mereka juga bukan manusia yang perfect.

Cara ibu bapa menangani situasi apabila anak membuat perangai juga akan memberi kesan kepada anak. Jangan menjerit dan hilang kawalan.

Sebaliknya gunakan nada suara yang terkawal tetapi tegas. Jangan mengalah kerana malu ke, orang lain tengok ke. Jika perlu, bawa anak ke tepi dan betulkan kelakukan mereka.

Jadi ingat ya ibu bapa, kalau anak sering berkelakuan teruk, semak diri dulu kerana biasanya anak ikut perangai ibu bapa. Tanya diri dulu: adakah ibu bapa mempunyai perangai yang sama? Adakah ibu bapa mementingkan disiplin anak di rumah dan di luar? Mungkin perangai ibu bapa yang kena berubah.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapura

Baca juga:

10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk