Anak jalan berjengket atau berjinjit, perlukah anda risau?

Anak jalan berjengket atau berjinjit, perlukah anda risau?

Dalam sesetengah kes anak jalan berjengket, ia mungkin masalah koordinasi atau otot. Namun dalam kes yang lebih serius, ia tanda masalah neurologi!

Anak jalan berjengket, perlukah ibu bapa risau?

Anak jalan berjengket memang nampak comel. Sebab itulah kebanyakkan ibu bapa tidak mengambil berat hal gaya jalan anak ini, dengan anggapan mungkin itu cara mereka belajar berjalan.

Ramai orang dulu-dulu di Asia mengatakan anak jalan berjengket ini sebenarnya nakal, ye ke?

Tetapi sebenarnya ada lebih banyak tentang gaya jalan berjengket yang anda perlu tahu. Jika mereka jalan menjengket di usia sebelum 3  tahun, anda tidak perlu terlalu risau.

Anak jalan berjengket atau berjinjit, perlukah anda risau?

Ini kerana ketika berusia 3 tahun, jalan berjengket adalah sebahagian dari mekanisma untuk belajar berjalan.

Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tetap berjalan sedemikian selepas 3  tahun, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam sesetengah kes, ia disebabkan oleh masalah koordinasi, otot atau perkembangan. Namun di dalam kes yang lebih serius, ia adalah tanda masalah neurologi!

Anak jalan berjengket normal untuk kanak-kanak bawah 3 tahun 

Semasa dalam rahim, anak berada di dalam keadaan yang sempit dan menyebabkan tendon Achilles (tisu menghubungkan otot betis dan tulang tumit) menjadi tegang.

Ia memerlukan masa untuk merenggang selepas bayi lahir. Jadi di dalam tempoh 11 hingga 14 bulan, adalah normal untuk anak jalan berjengket atau berjinjit.

anak jalan berjengket

Selalunya selepas 6 bulan mula berjalan, mereka akan berhenti menjengket. Dan di usia 3 tahun, mereka sudah mampu berdiri seperti biasa.

Masalah kesihatan yang mungkin sebabkan anak jalan berjengket

Berjengket bukanlah masalah sebenar. Tapi anak yang jalan berjengket melebihi usia 3 tahun mungkin merupakan tanda yang kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan berikut:

1. Cerebral Palsy 

Bukan semua kes anak jalan berjengket kerana masalah ini dan ia tidak semestinya terjadi. Tapi ada satu jenis cerebral palsy yang memberi kesan terhadap kaki dan cara berjalan anak.

Spastic cerebral palsy menyebabkan otot tegangdan ini mengakibatkan kesukaran berjalan.

Jika anak lahir tidak cukup bulan dan mengalami pendarahan otak, ini boleh menyebabkan cerebral palsy.

Dan ia boleh menyebabkan tendon Achilles terlalu tegang serta tidak boleh menegakkan tapak kaki. Keadaan ini di panggil Spastic Hemiplegia.

2. Periventricular Leukomalacia 
anak jalan berjengket

Kredit: Joint Base Charleston

Anak jalan berjengket juga mungkin disebabkan oleh lahir tidak cukup bulan dan sesetengah bayi mungkin menghadapi kerosakan saraf di dalam otak.

Secara langsung, hal ini boleh menyebabkan masalah otot dan skil motor.

3. Autisme dan lambat bercakap 

Jika anak anda kekal berjalan menjengket, anda mungkin juga akan perasan yang dia sukar bercakap. Ini munngkin adalah tanda autisme.

Berjengket saja bukanlah satu-satunya tanda autisme. Anda harus mendapatkan pemeriksaan lanjut bersama pakar.

3. Tendon Achilles pendek 

Tendon Achilles akan merenggang secara perlahan-lahan semasa bayi membesar. Tapi bagi sesetengah kanak-kanak, ia tidak merenggang dan menyebabkan mereka berjalan menjengket.

Bila anak perlu berjumpa doktor?

anak jalan berjengket

Sekiranya anak anda sudah melebihi usia 3 tahun dan menunjukkan tanda-tanda berikut, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut:

  1. Anak kehilangan skil motor yang dia pernah ada
  2. Berjalan hanya menjengket
  3. Tidak boleh meletakkan tapak kaki secara menyeluruh di atas lantai
  4. Otot sentiasa tegang 
  5. Tidak mampu membuat aktiviti motor yang ringkas seperti membutang baju
  6. Mudah jatuh

Setelah memeriksa anak anda dengan beberapa jenis ujian, doktor akan menyarankan langkah seterusnya. Ianya boleh terdiri daripada:

  • Terapi
  • Simen (cast)
  • Pembedahan
  • Evaluasi neurologi dan perkembangan
Membantu anak-anak yang jalan jinjit

Anak jalan berjengket atau berjinjit, perlukah anda risau?

Bersenam mengikut kesesuaian peringkat umur secara konsisten dapat membantu anak-anak yang mempunyai masalah jalan menjengket.

Dapatkan nasihat doktor atau pakar terapi tentang senaman yang sesuai untuk anak anda. Jangan pilih senaman yang terlalu sukar atau boleh mencederakan mereka.

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeNew Kids-Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini…

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner