5 tanda tantrum anak anda itu teruk sangat dan sukar dikawal

Anak tantrum ini disebabkan banyak faktor. Apabila kehendaknya tak dipenuhi, lalu dia akan tunjuk perasaan di hadapan orang sekeliling. Tapi kalau anak tunjuk 5 tanda ini, BAHAYA!

Anda pasti selalu atau pernah berhadapan anak kecil mengamuk atau tantrum. Apa reaksi anda? Kalau pergi shopping mesti rasa nak cepat balik, kan?

Secara praktikal, perangai anak mengamuk atau tantrum ini akan berlaku bila anak anda sudah masuk usia kanak-kanak dalam dua tahun ke atas. Menurut pakar yang berpengalaman, terdapat 5 tanda anak kecil mengamuk yang paling tahap dewa nak kawal.

Pening kepala juga ibu ayah nak settle!

Kenapa agaknya? Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya pada anak dan orang sekeliling. Sebaiknya, anda tahu cara betul untuk kawal anak kecil mengamuk atau tantrum ini. 

Anak kecil mengamuk membabitkan emosi seperti marah, sedih dan kecewa. Sebagai ibu bapanya, bantu si kecil anda dan katakan padanya bahawa anda sayangkannya. Sebab itu, anda perlu banyak bersabar ketika anak kecil mengamuk. 

Bukan anda mengamuk sama ya! 

5 tanda anak kecil mengamuk @ tantrum yang sukar dikawal 

1.Agresif dengan orang sekeliling 

anak kecil mengamuk, anak tantru, anak mengamuk, jenis-jenis tantrum anak, anak kecil tantrum, kendali anak mengamuk, pujuk anak mengamuk, cara pujuk anak ngamuk

Ha.. anda mesti kenalpasti perbuatan mengamuk ini. Kalau anak kecil mengamuk, dia mula menumbuk, menendang dan mencakar, ini adalah sangat bahaya.

Walaupun ia nampak normal, tapi anda harus cool down dia cepat. Nanti tak pasal-pasal satu badan anda dicakarnya! Aduhai. 

Anak kecil mengamuk ini biasanya disebabkan perasaan kecewa bila tak dapat sesuatu yang mereka nak. Misalnya mereka nak mainan tapi anda tak nak beli jadi mereka merajuk lalu mengamuk. Jadi bila tantrum, mereka akan buat fizikal agresif seperti mencederakan orang lain.

Sebagai ibu bapa, anda harus beri nasihat dan bimbingan. Ajar dia guna perkataan saja bila rasa nak mengamuk. Bukan guna kekerasan tangan atau kaki.

Kemudian anda peluk tubuh dan cakap lemah lembut ke telinganya. Pujuknya secara halus. 

2. Mendatangkan kecederakaan pada diri sendiri 

Ini yang paling kritikal bila anak kecil mengamuk. Mereka cenderung ingin mencederakan diri sendiri. Itu tanda tekanan perasaan dan tak puas hati.

Semasa anak kecil mengamuk atau tantrum, ia membabitkan mental yang tak terurus seperti menggigit, mencalarkan tubuh, tendang sesuatu benda atau hantuk kepala ke dinding. 

Ini merupakan salah satu masalah perkembangan emosi kanak-kanak yang menyebabkan kecederaan serius. Namun sebagai ibu bapa anda tetap harus perhatikan mereka. 

Jangan biarkan dia mengamuk seorang diri bimbang dia cederakan dirinya. 

3. Tantrum yang berpanjangan 

anak kecil mengamuk, anak tantru, anak mengamuk, jenis-jenis tantrum anak, anak kecil tantrum, kendali anak mengamuk, pujuk anak mengamuk, cara pujuk anak ngamuk

Biasanya, anak kecil mengamuk ini hanya ambil masa lebih kurang beberapa minit saja. Terutama di khalayak ramai atau orang awam.

Tapi jika ambil masa lama sampai 25 minit, fuh memang agak mencabar! 

Relaks and cool ya ibu bapa semua. Ada cara yang betul untuk mengendalikan anak yang mengamuk atau tantrum ini, seperti mengajak mereka ke kawasan yang lebih sunyi atau jauh dari orang sekeliling. Kemudian, pujuk dengan berhemah. 

4. Kerap kali tantrum 

Penting untuk anda kira sebanyak mana anak kecil mengamuk. Adakah ia berlaku 5 kali sehari atau 10 kali dalam sebulan? Ha… anda harus peka tau kemudian buat nota sikit.

Selain itu, anda harus sentiasa menasihati anak supaya berkelakuan baik dan tidak mengamuk seperti selalu. Pasti dirinya akan berubah secara perlahan-lahan kerana diri mereka masih mudah dilentur.

Macam pepatah melayu kata,  lentur buluh biar dari rebungnya. 

Ada dua cara yang boleh tangani masalah tantrum anak. Pertama terus pergi ke pediatrik neuropsikologi supaya mereka tahu apa yang terjadi seperti permasalahan dalam keluarga.

Keduanya, berjumpa terus dengan psikologi kanak-kanak untuk bincangkan emosi anak yang sukar dikawal. 

5. Sukar untuk ditenangkan

Yalah kadang bila anak kecil mengamuk, ibu bapa akan naik pitam! Kemudian anda paksa mereka untuk senyap. Ini sebenarnya salah satu cara dan tindakan yang salah. 

Cara yang betul adalah ajar anak berlatih bernafas seperti tarik nafas dan kira sampai 10. Kemudian mintanya hembus perasaan negatif yang hadir dalam dirinya. Baru berul! 

Kemudian bila anak nampak okey sikit. Mintanya beri penjelasan kenapa dia mengamuk tadi. Tapi ingat, jangan sesekali pukul ketika anak kecil mengamuk tapi minta penjelasan dengan baik dari mereka. Malah ia membuatkan kemahiran komunikasi anak bertambah baik. 

Kadang, anak ini dia saja nak bermanja sebab itu buat perangai pelik. Itu menandakan dia perlukan rasa sayang dari kedua ibu bapanya dan mereka bukan anak nakal! 

Bagaimana anda hadapi anak tantrum? jom kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Popsugar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!