Ini caranya bantu anak keracunan makanan, ibu jangan cepat PANIK!

lead image

Tanpa kita sedar, makanan yang kita sediakan juga boleh menjadi punca anak keracunan makanan sekiranya terdapat parasit akibat tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul

Pernah tak anda terfikir, anak anda terdedah kepada keracunan makanan? Terutama bila dia mengambil makanan yang pelbagai tanpa pengetahuan ibu bapanya. 

Keracunan makanan juga boleh berlaku kepada anak walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut. Terkejut dan tak sangka, kan?

Ingatkan bila masak sendiri dapat hindarkan anak terkena keracunan makanan. Tapi sangkaan itu meleset sama sekali.

Sebab itu, parents harus lengkapkan diri tentang pengetahuan penjagaan makanan anak ini supaya masalah keracunan dapat ditangani. 

Apa itu keracunan makanan? 

friso Ini caranya bantu anak keracunan makanan, ibu jangan cepat PANIK!

Kredit: Friso

Keracunan makanan terjadi apabila terdapatnya kuman hidup yang membiak dalam makanan yang telah rosak.

Dalam kes tertentu, kuman boleh hidup dalam makanan yang kurang masak, tidak ditapis atau tidak disimpan dalam peti sejuk dengan betul. 

Antara kuman yang menyebabkan keracunan makanan seperti  Campylobacter, Staphylococcus, Salmonella, dan Escherichia coli.

Selain itu, virus, parasit atau toksin juga boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan. Ia adalah sejenis radang perut dan usus yang boleh menyerang sesiapa pun termasuklah bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. 

Simptom keracunan makanan  

Biasanya, tanda-tanda ini akan muncul selepas pesakit ambil makanan yang tercemar iaitu : 

  • Loya
  • Muntah 
  • Kekejangan perut 
  • Kentut
  • Ciri-birit
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Mangsa akan tunjukkan tanda dehidrasi.
  • Mengambil masa dalam 24 hingga 48 jam untuk pulih. 

Tips merawat diri 

Kebiasaannya, mereka yang mengalami keracunan tidak terlalu serius jadi anda boleh merawat sendiri dirumah seperti arahan di bawah ini: 

  • Sekiranya demam, makan ubat acetaminofen 
  • Pastikan anak hidrasi dengan baik (banyakan minum air kosong) 
  • Bagi anak makan larutan Oral Rehydration Salt (ORS) seperti ceralyte, oralyte dan pedialyte supaya dapat gantikan nutrien yang hilang kerana muntah dan cirit birit. 
  • Hindari anak ambil sebarang produk tenusu selama dua hingga tiga hari kerana ia boleh memburukkan cirit birit dan muntah. 
  • Walaupun anak elak makan, jangan henti pengambilan makanan selama 24 jam. 
  • Dapatkan rawatan segera dan berjumpa doktor jika simptom yang ditunjukkan lebih teruk. 

Antara tanda-tanda keracunan makanan makin TERUK 

hello sehat 3 Ini caranya bantu anak keracunan makanan, ibu jangan cepat PANIK!

Kredit: Hello Sehat

  • Menunjukkan tanda neurologi seperti kaku 
  • Demam melebihi 38 darjah dan tak dapat diredakan dengan acetaminophen. 
  • Darah dalam najis 
  • Cirit birit dan muntah secara berterusan 
  • Anak alami sakit di bahagian abdomen yang teruk dan tidak boleh mengambil sebarang cecair setiap 30 minit.
  • Anak elak minum hingga menyebabkan pengeluaran urin sedikit sekaligus dahaga melampau. 

Jika anak anda alami tanda-tanda yang disebutkan, segeralah bawa berjumpa doktor supaya dapat mengenal pasti organisma yang menjadi punca. Mungkin antibiotik akan diberikan jika ia disebabkan bakteria. 

Namun, kebanyakan penyakit berpunca dari makanan adalah bergantung kepada diri sendiri dan doktor tidak akan memberikan antibiotik.

Sebaliknya dia akan membiarkannya sembuh sendiri selepas beberapa hari. Selain, doktor juga akan menetapkan antiemetik untuk kurangkan muntah. 

Cara mencegah keracunan makanan 

mstar Ini caranya bantu anak keracunan makanan, ibu jangan cepat PANIK!

Kredit: Mstar

  • Basuh tangan dengan bersih sebelum masak dan menyediakan makanan.
  • Basuh buah-buahan dan sayuran dengan lebih teliti 
  • Daging dan telur dimasak sempurna. Jika telah rosak lebih baik buang dan jangan makan.
  • Panaskan makanan yang telah disimpan dalam peti sejuk dengan betul. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

1d2f Ini caranya bantu anak keracunan makanan, ibu jangan cepat PANIK!

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga

Bayi keracunan makanan selepas makan nasi sushi, hati-hati ibu semua!