Ibu Ini Berjaya Buat Anak Takut Nak Main Gadget, Anda Setuju Tak Dengan Cara Ini?

undefined

Apa pandangan anda tentang cara ekstrem ibu ini dalam mengatasi masalah anak ketagih gadget? Sesuai atau tidak untuk ibu bapa di Malaysia ini?

Mengatasi anak ketagih gadget memang kadang-kalanya mencabar. Namun adakah anda setuju menerapkan cara ekstrem di dalam usaha ini?

Seorang ibu yang berasal dari Thailand telah memuat naik video tentang caranya menakutkan anak bagi mengatasi masalah anak ketagih gajet. 

Anak saya ketagih bermain telefon. Saya menukar wallpaper baru supaya mereka takut untuk bermain telefon itu lagi.

Mengapa anak-anaknya takut untuk bermain telefonnya? Ini kerana ibu ini telah meletakkan gambar perempuan seram (hantu) sebagai wallpaper telefonnya!

Ia sama seperti yang selalu ada di filem-filem yang menakutkan.

Anak ketagih gadget, ibu ini cuba cara yang LUAR BIASA

anak ketagih gadget, anak ketagih gajet, anak suka main ipad, anak suka main hp, anak suka main game, anak ketagih hp

Setiap kali ingin membuka telefon, gambar tersebut akan muncul terlebih dahulu. Jadi, anak-anaknya akan terlihat gambar menakutkan itu sebelum dapat membuka telefonnya.

Maka, anak-anaknya akan menjerit dan menangis ketakutan lalu tidak lagi mahu bermain telefonnya.

Pro & kontra cara ibu ini mengatasi anak ketagih gadget

Video ibu ini sempat tular sebelum ia dipadam. Walaupun ada yang menyokong cara ekstrem ini, tetapi ramai juga yang tidak bersetuju dengan cara ibu ini mengatasi masalah anak ketagih gadget dan anak suka main ipad.

Ia kerana anaknya kelihatan sungguh takut! Tonton video tersebut di bawah untuk melihat dengan sendirinya.

Kaedah menakutkan anak dengan wallpaper hantu itu memang kelihatan mudah untuk mengatasi masalah anak ketagih gajet, tetapi setujukah anda dengan cara ini?

Seorang ahli psikologi di Hospital Panti Rapih, Yogyakarta, Nessi Purnomo, tidak menyarankan ibu bapa mempraktikan cara ini.

Ini kerana ia boleh memberi kesan jangka masa panjang terhadap anak. Mereka akan menjadi trauma.

Trauma yang boleh terjadi ialah apabila mereka terlihat telefon, secara automatik, mereka akan ingat perkara yang menakutkan.

Jangan pernah menakutkan anak dengan apa sekali pun. Ia kerana ketakutan dan trauma yang sengaja dicetuskan oleh anda itu akan kekal bersama anak nanti.

Terdapat banyak lagi cara untuk mengatasi ketagihan telefon dan ini bukanlah salah satu darinya.

Nanti apabila mereka besar, mereka akan kekal takut dengan telefon sekiranya cara ini terus digunakan.

Tips mengatasi anak ketagih gadjet (hp/ipad)

anak ketagih gadget, anak ketagih gajet, anak suka main ipad, anak suka main hp, anak suka main game, anak ketagih hp

Gadjet memanglah jalan keluar paling mudah untuk ibu bapa di saat ‘kecemasan’.

Tapi, ini tidak bermakna ibu bapa boleh membiarkan anak-anak berjam-jam bermain gadjet.

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikut untuk mengatasi masalah anak ketagih gadjet.

#1. Hadkan waktu penggunaan

Hadkan penggunaan gadjet dengan durasi yang sesuai dengan umur mereka. Menurut The American Academy of Pediatrics , waktu skrin adalah seperti  berikut:

  • Anak-anak di bawah usia 2 tahun: sebaiknya tidak dibiarkan bermain gadjet sendirian, termasuk TV, handphone dan iPad.
  • Anak-anak usia 2 hingga 4 tahun: kurang dari satu jam sehari.
  • Usia 5 tahun ke atas: sebaiknya tidak lebih dari dua jam sehari untuk penggunaan selain waktu belajar.

#2. Beri jadual

Buatkan jadual tentang bila mereka boleh menggunakan gajet. Pastikan mereka mematuhi jadual yang anda buat.

Anda sendiri harus berdisiplin memantau.

#3. Jangan berikan akses penuh

Biasakan mereka meminta izin dulu untuk bermain gajet dan memulangkan semula pada anda.

Biar mereka tidak mempunyai akses yang penuh. Hadkan apa yang mereka boleh main.

#4. Tetapkan kawasan bebas gadjet

anak berusia 6 tahun 8 bulan

foto: momlovesbest

Buatkan kawasan tertentu saha mereka boleh bermain gajet. Contohnya tiada gajet di meja makan atau bilik tidur.

#5. Puji anak

Jika anak-anak telah mengikut syarat yang ditetapkan anda, berikan mereka pujian kerana berjaya menahan diri. Biar mereka rasa anda nampak usaha mereka.

#6. Berikan contoh yang baik

Sudah tentulah mereka akan belajar dari contoh. Jika waktu makan pun anda memegang telefon sibuk membalas mesej, tentu sahaja mereka ingin lihat apa yang seronok telefon berbanding makan mengadap keluarga.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ketagih Main Gajet Tiada Had Umur – Bayi Pun Boleh Jadi Ketagih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!