theAsianparent Logo

9 fakta unik untuk anak yang lahir bulan April, no #5 itu ada betulnya juga!

Anda tahu tak yang bulan kelahiran juga mempengaruhi karakter anak anda? Jom baca fakta unik anak lahir bulan April ini yang berbeza dengan anak bulan lain!

Siapa yang ada anak yang lahir bulan April? Setiap anak punya personaliti dan karakter yang berbeza. Tapi anda tahu tak yang bulan kelahiran juga mempengaruhi karakter anak anda? Kalau tak percaya, jom baca fakta unik anak lahir bulan April ini dan bandingkan dengan anak anda.

Pasti ada antara fakta-fakta unik tersebut yang “kena” dengan anak, kan?

9 fakta unik anak lahir bulan April

1. Memiliki semangat yang tinggi

Anak yang lahir bulan April tidak suka melakukan kerja separuh jalan. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk menyiapkan segala pekerjaan dan tanggungjawabnya.

2. Berani menghadapi cabaran

Anak lahir bulan April juga sangat keras kepala. Dia akan cuba mendapatkan apa yang diinginkannya.

Oleh itu, dia tidak takut untuk menghadapi cabaran atau halangan.

anak lahir bulan April, anak lahir bulan 4, anak lahir bulan empat, bayi lahir bulan, bayi lahir bulan 4

3. Penuh rasa ingin tahu

Bayi lahir bulan April memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Ini membuatkan dia boleh mencapai apa yang diimpikannya.

4. Bertenaga sentiasa!

Jangan pelik jika anak anda yang lahir bulan ini susah nak duduk diam. Ini kerana dia mempunyai stamina yang tinggi hingga membuatkannya lebih bertenaga. Dia mempunyai bakat untuk menjadi atlit.

Oleh sebab bertenaga sangat, ha ibu ibu pun kena ready lah nak kawal anak yang tak mahu duduk diam ini!

5. Bijak menarik perhatian orang lain

Jika anda perhati yang anak anda mendapat perhatian apabila pergi ke tempat awam, ini adalah kerana anak anda mempunyai personaliti yang dinamik dan mudah bergaul.

Jadi orang lain amat tertarik padanya. Itulah antara keistimewaan anak yang lahir bulan 4 ini!

anak lahir bulan April, anak lahir bulan 4, anak lahir bulan empat, bayi lahir bulan, bayi lahir bulan 4

6. Suka eksperimental

Bayi yang lahir di bulan April ini juga amat sukakan cabaran. Dia mudah merasa bosan dan suka melakukan perkara yang baru untuk menghilangkan rasa bosannya.

7. Sangat memahami

Dia tidak hanya sensitif dengan perasaannya sendiri, namun dia juga peka dengan perasaan orang lain. Dia merupakan seorang yang memahami dan menjadi tempat mengadu rakan-rakannya.

8. Sangat menghargai persahabatan

Anak lahir April ini tidak boleh hidup tanpa sahabat! Oleh sebab itu, mereka lebih menghargai persahabatan. Mereka juga sering memilih sahabat dari keluarga.

9. Perangai tidak sabar

Salah satu karakter anak lahir bulan April ini adalah tidak sabarIni kerana mereka yakin dengan pengetahuan mereka tentang perkara yang mereka ingin lakukan.

Mereka malas untuk menunggu orang atau menerangkan sesuatu jadi mereka lebih suka buat sendiri.

***

Macam mana? Anak anda ada yang sama dengan karakter di atas?

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

6 fakta unik tentang badan wanita yang anda mungkin terlepas pandang