Kenali 7 karakter anak lahir bulan Jun, sikap mana ada pada anak anda?
Karakter mana yang paling kena dengan sikap anak kalian? Kebetulan saya pun lahir pada bulan Jun, karakter no 2 macam sama pula!
Ada tak ibu yang akan lahirkan bayi pada bulan Jun ini? Cuba komen sikit. Anda tahu tak, sebenarnya karakter anak boleh dilihat mengikut bulan kelahirannya?
Untuk entri kali ini, kami akan menyelongkar fakta tentang anak lahir bulan Jun.
Cuba baca dan selami karakter anak lahir bulan Jun ini, adakah ia sama dengan perwatakan anak anda? Biasalah bila ada anak ramai, tentu ada beza perangai, kan?
Pening juga kepala nak handle seorang demi seorang. Apapun anak itukan pembawa rezeki dalam rumah tangga, jadi ibu bapa kenalah jaganya dengan sebaik-baiknya.
Kalau ada mana-mana kelakuannya yang kurang memuaskan, beri nasihat secara berhemah.
Jom semak apakah perangai anak lahir bulan Jun ini!
#6 perangai anak lahir bulan Jun
#1 : Suka bertanya
Pertama yang menarik berkaitan anak lahir bulan Jun ini adalah anak suka bertanya. Apa saja yang dilihat dia akan tanya.
Anda akan rasa soalan mereka itu sedikit pelik dan lucu.
#2: Suka bereksplorasi
Selain itu, anak lahir bulan Jun juga sebenarnya ialah anak yang suka bereksplorasi tentang sesuatu perkara. Dia suka berfikir dan melihat benda-benda baru yang belum pernah dilihat sebelum ini.
#3: Mudah menarik perhatian
Anak yang lahir pada bulan ini memiliki sikap lucu dan senang berkawan hingga dia mudah mendapat perhatian orang.
Contohnya kalau dia sedang buat lawak, pasti orang tak kering gusi ketawa dan ada saja kenakalannya yang mencuit hati sesiapa yang memandang.
#4: Berjiwa pemimpin atau boleh menjadi ketua
Anda boleh lihat anak yang lahir pada bulan Jun ini berjiwa pemimpin terutama dia akan ada sedikit sikap ‘memerintah’ dalam jiwanya. Jika apa yang dia tak suka, dia akan minta mengikut peraturannya.
Kalau semasa belajar pun, dia boleh menjadi ketua kelas atau ketua kumpulan yang baik. Mana tahu satu hari nanti anak anda bakal jadi Perdana Menteri, siapa tahu kan?
#5: Cerdas dan pintar
Mereka juga memiliki kecerdasan dari segi fizikal dan mental. Apabila di sekolah, mereka akan belajar dengan sebaiknya malah mereka juga seorang yang kuat bersukan.
#6: Suka berkawan
Anak lahir bulan Jun juga memiliki kemampuan sosial yang tinggi. Dia suka berkawan, berkenalan dengan rakan baru dan menjaga pergaulan dengan orang sekeliling.
Jadi tak hairanlah dia ada ramai kawan ketika di sekolah. Kemudian, dia akan kenalkan kawan-kawannya pada anda.
# 7 : Memiliki kreativiti
Apa yang lebih menarik berkaitan anak lahir bulan Jun ini ialah anda dapat lihat anak memiliki kreativiti sejak kecil lagi.
Kreatif yang ditunjukkan seperti boleh melukis, mewarna dan seni kraf. Jika hadapi masalah dia akan selesaikan sendiri tanpa bantuan orang.
Semoga artikel ini bermanfaat. Kalau betul ada sifat-sifat ini pada anak anda, jangan lupa kongsi di laman Facebook anda. Mana tahu ada ibu-ibu lain dengan karakter anak yang sama dengan anak anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com9-fakta-unik-bayi-lahir-bulan-mei/