(Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

lead image

Seorang anak lahir tanpa tangan dan kaki tapi ini tak menghalangnya dari pergi ke sekolah dan bermain game seperti kanak-kanak lain

Ramai yang menganggap jika anak lahir tanpa tangan dan kaki, mereka tak mampu untuk menikmati kehidupan seperti orang normal. Tapi bagi Tiyo Satrio, itu bukan penghalang untuk dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

Tiyo yang berumur 11 tahun ini telah belajar untuk membuat dirinya gembira dengan bermain Playstation menggunakan dagunya.

Dia yang ketagih bermain game ini menggunakan setiap masa yang terluang untuk bersaing dan membuktikan pada rakan-rakannya yang dia handal bermain game seperti mereka.

Anak lahir tanpa tangan dan kaki: Bijak dalam matematik

src=http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2016/07/12/10/362F752C00000578 3686038 image a 46 1468315555761.jpg (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

Ibunya, Mimi berkata,

“Selepas mandi, dia akan bermain sehingga cikgu datang menjemputnya. Selepas sekolah dia akan bermain lagi. Dia main game setiap hari.”

Tiyo juga merupakan pelajar kesayangan kerana semangat juangnya yang tinggi. Dengan memegang pen menggunakan mulut, dia telah belajar menulis dan berjaya untuk mengikuti pelajaran bersama rakan-rakan sebanyanya.

src=http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2016/07/12/10/362F73FA00000578 3686038 image a 47 1468315562134.jpg (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

Guru di sekolahnya berkata, walaupun dia adalah pelajar tahun dua, dia dapat menyelesaikan masalah matematik tahun empat seperti darab dan bahagi.

Walau bagaimanapun, sebelum ini Tiyo tak nak pergi ke sekolah kerana kurang keyakinan diri akibat kecacatan fizikal.

Tapi, oleh kerana dia memiliki personaliti yang ceria dan gemar membuat orang ketawa, dia disayangi oleh guru dan rakan-rakannya.

Ini membuatkan dia bersemangat untuk ke sekolah semula. Namun, Tiyo memerlukan bantuan orang lain untuk menolak kerusi roda semasa di sekolah. 

Ibu tak sangka anak lahir tanpa tangan dan kaki

src=http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2016/07/12/10/362F740200000578 3686038 image a 49 1468315584755.jpg (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

Sepanjang kehamilan, Mimi tak tahu yang anak dalam kandungannya tak cukup sifat. Selepas anaknya lahir, dia tak diberitahu tentang keadaan anaknya.

“Bidan kata semuanya normal dan dia melahirkan anak yang normal dan sihat. Saya melahirkan Tiyo pada tengah malam dan mendapat tahu tentang keadaannya tengahari keesokan harinya.”

Dia menambah, “Saya terkejut. Saya ingatkan dia akan lahir cukup sifat seperti adik-beradiknya yang lain. Tapi anak bongsu saya lahir dengan keadaan begini.

“Tapi sekarang saya dah menerima keadaannya.”

Mimi dan suaminya Wawan menjaga Tiyo sepanjang masa. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lain yang bekerja di luar negeri dan tak mampu untuk menolong mereka menjaga Tiyo.

Tiyo boleh melakukan beberapa perkara sendiri, tapi kerana dia kurang upaya, dia masuh memerlukan pertolongan untuk mandi, bersiap dan makan.

Tiyo sebenarnya telah belajar untuk membuka gula-gula menggunakan mulutnya! Wawan berkata,

“Kami tak boleh pergi ke mana-mana, kami perlu menjaga Tiyo. Kalau kami kerja, kami tak boleh menjaga Tiyo.”

Sekolah khas Tiyo telah membantu meringankan beban pasangan ini dengan menjemput Tiyo setiap pagi untuk ke sekolah.

src=http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2016/07/12/10/362F751300000578 3686038 image a 48 1468315575887.jpg (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

Video seharian Tiyo, anak lahir tanpa tangan dan kaki

Anak lahir tanpa tangan dan kaki: Cacat anggota tubuh

Cacat anggota tubuh terjadi apabila sebahagian atau seluruh anggota gagal terbentuk secara normal atau tak terbentuk di dalam kandungan.

Penyebab keadaan ini belum diketahui, tapi ada beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko anak lahir tanpa tangan dan kaki. Antaranya:

  • Ada kelainan dalam genetik, pertumbuhan terbatas atau kekuatan mekanikal yang mempengaruhi perkembangan bayi dalam rahim.
  • Ibu mengandung terdedah dengan bahan kimia atau virus berbahaya
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Terdedah pada asap rokok (masih memerlukan kajian lanjut)

Cacat anggota tubuh hanya dapat diketahui selepas bayi lahir. Rawatan yang akan diberikan pada mereka adalah bergantung pada keadaan anak.

Tujuan rawatan untuk cacat anggota tubuh ini biasanya adalah membantu mereka untuk menggunakan bahagian yang ada semaksimum mungkin.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: rtike asal ditulis oleh Giasinta Angguni, diterjermah dengan keizinan dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Kasih ibu ini yang sanggup dukung anak dengan cerebral palsy ke mana saja!