Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebabnya

lead image

Berjalan merupakan salah satu fasa yang menunjukkan yang anak anda sedang membesar. Tapi bila si kecil anda lambat berjalan, ia agak merisaukan, bukan? Ikuti tip dan saranan yang kami kongsikan di sini.

Langkah pertama anak kecil sentiasa mengujakan mana-mana ibu bapa. Berjalan juga merupakan salah satu fasa menunjukan yang anak anda sedang membesar. Tapi bagaimana jika anak lambat berjalan?

Biasanya, anak kecil akan mula bertatih sekitar usia 9-18 bulan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/baby walking.jpg Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebabnya

Foto ehsan thehealthsite

Selepas dari itu, mereka akan cuba berjalan sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Namun, terdapat juga anak-anak yang lambat berjalan atau juga dipanggil ‘delayed walking’.

Dan ada beberapa perkara yang boleh jadi punca mengapa mereka lambat berjalan.

5 punca kenapa anak lambat berjalan

1. Motor otot yang lambat matang

Ini adalah salah satu terma yang digunakan untuk menerangkan keadaan anak lambat berjalan. Skil motor adalah normal namun lambat.

Selain itu, anak yang lambat belajar juga menyumbang kepada pertumbuhan motor kasar yang lambat.

2. Tona dan kekuatan otot yang tidak normal.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/p 101377950.jpg Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebabnya

Tiga contoh keadaan otot yang tidak normal ialah:

Hypertonia : tona otot yang terlampau tinggi menyebabkan otot kaku untuk mereka menyeimbangkan badan.

Distrofi otot (muscular dystrophy) : satu penyakit yang diwarisi dan akan menjadi semakin teruk. Selalunya pada bayi lelaki, awalnya kelihatan normal namun, simptom akan muncul pada umur 4 dan 6 tahun.

Hypotonia : tona otot terlalu lemah menyebabkan mereka tidak seimbang untuk melawan graviti dan berjalan.

3. Faktor luar kenapa anak lambat berjalan

Faktor luar seperti kekurangan zat makanan dan jangkitan juga boleh menjadi punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan.

4. Penggunaan alat seperti ‘bouncer’ dan ‘walker’

Pendapat sesetengah pakar, penggunaan kedua alat seperti ini akan menyebabkan otot bayi kurang bersenam.

Lalu menyebabkan otot lemah dan mereka memerlukan lebih masa untuk menguatkan otot untuk berjalan. 

5. Sifat semulajadi

Sesetengah anak kecil memang mengambil masa lebih lama berbanding rakan sebaya mereka untuk berjalan.

Kerana mereka lebih selesa merangkak untuk bergerak. Mereka akan mula berjalan apabila mereka sudah bersedia.

Sesetengah dari punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan mungkin kedengaran serius.

Namun sebelum membuat konklusi sendiri, dapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.

Inilah kepentingan pemeriksaan berkala bayi, di mana jika terdapat sesuatu yang tidak normal, anda boleh merujuk kepada yang lebih pakar diperingkat awal.

Sumber: babycenter, patient

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!