Bahaya! Anak kena sawan lepas asyik tengok phone dan main game!

lead image

Seorang budak di Filipina mendapat sawan muka berterusan selepas main game selama hampir 9 jam. Ketahui cara untuk kesan ketagihan anak main game.

Zaman sekarang, melihat ibu bapa beri anak main game di tablet dan handphone bukan satu pemandangan yang asing. Malangnya, fenomena ini telah jadi penyakit!

Bayi yang masih kecil juga sudah mula menunjukkan ketagihan terhadap telefon.

Anak main game hampir 9 jam kena sawan muka

Baru-baru ini, seorang budak di Filipina mendapat sawan muka berterusan selepas main permainan video selama hampir 9 jam sehari. 

Mungkin untuk kita, main permainan video selama 9 jam adalah terlalu melampau. Tapi ini adalah perkara normal bagi John Nathan Lising sehingga tiba-tiba mukanya berdenyut tanpa boleh dikawal pada 23 Julai yang lalu!

Dia dikejarkan ke hospital berdekatan dan selepas membuat CT scan, otaknya tak mempunyai masalah dan sihat.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/gaming addiction signs 1.jpg Bahaya! Anak kena sawan lepas asyik tengok phone dan main game!

Walaupun tak terbukti secara perubatan yang sawan muka dihidapi John berkaitan dengan ketagih main game, doktor menasihati ibu bapa John untuk menjauhkan semua gadjet dari anak mereka.

 
Adalah lebih baik kita sebagai ibu bapa mengikut nasihat doktor dan mengurangkan masa skrin anak walaupun anak kita tak menunjukkan ketagihan terhadap permainan video.

Video terkena sawan muka selepas anak main game

Anak main game: Cara kesan ketagihan

Beberapa amaran yang perlu ibu bapa tahu untuk mengesan ketagihan anak main game adalah termasuk:

  • Susah untuk mengawal – susah untuk menyuruh anak berhenti main gajet.
  • Tak tertarik pada perkara lain – Main telefon satu-satunya benda yang mereka suka
  • Kurang berinteraksi – anak anda terlalu khusyuk dengan gajet sehingga mengganggu masa bersama keluarga. 
  • Marah/sedih – bila anda mengurangkan masa mereka melihat telefon atau bermain game.
  • Masa bermain gajet semakin meningkat
  • Menipu – sorok-sorok bermain gajet.

Halang ketagihan anak main game

Anda perlu tegas dengan had yang anda tetapkan dan bersedia untuk menjadi ibu bapa yang lain dari yang lain.

Sementara ibu bapa lain menyediakan power bank dan earphones, anda mula membawa pensil warna, buku, mainan dan stickers.

  1. Ambil tahu cadangan had masa skrin mengikut umur dan ikut had tersebut. Ini termasuk menonton TV, komputer dan telefon bimbit. Ini adalah panduan baru dari American Academy of Pediatrics.
  2. Anda juga perlu meletakkan telefon dan meluangkan masa melakukan aktivit fizikal dengan anak anda.
  3. Mengadakan zon bebas teknologi di rumah seperti di bilik tidur dan meja makan.
  4. Ajar anak anda dari awal tentang kepentingan bersederhana dan puji mereka jika mereka mengikut peraturan anda.
  5. Pantau masa skrin anak anda serta apa yang mereka lakukan.

Walaupun tak ada bukti perubatan yang mengaitkan ketagihan permainan video dengan sawan muka, stress dan gangguan masa tidur memainkan peranan untuk mendapat gangguan motor.

Jika anak anda meluangkan masa berjam-jam di depan skrin, ini akan meningkatkan tahap stress mereka kerana pendedahan terhadap lampu biru dan ketegangan pada tengkuk.

Jadi, kurangkn masa skrin anak kerana ia akan mendatangkan lebih banyak kebaikan untuk anda dan anak serta melebihkan masa untuk anda meluangkan masa bersama mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Tablet dan handphone boleh beri kesan pada cara anak memegang pensil!