Anak diberi makan berudu kerana ia dikatakan baik untuk kesihatan?!

lead image

Ibu, hati-hati berikan anak makan jangan sampai merosakkan tubuh anak-anak, lantas menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya.

Anak makan berudu kerana ia baik untuk kesihatan?

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mengimpikan kesihatan yang baik untuk  anak-anak terutamanya dari segi ubat-ubatan dan pemakanan. Tapi tak pernah pula kita terfikir untuk beri anak makan berudu, kan?

Ha… jangan tidak tahu, tapi ada segelintir ibu bapa yang suka mengamalkan perubatan tradisional kepada anak-anak. Bagi mereka, anak-anak akan sihat secara semulajadi bila mengamalkannya.

Ia seperti yang berlaku di China ini apabila seorang ibu memberikan anak makan berudu! Dengar macam menggelikan, tapi menurut ibu ini ada banyak khasiat anak makan berudu! 

anak makan berudu, beri anak makan berudu hidup, berudu untuk bayi, berudu, anak diberi makan berudu, video anak makan berudu

Anak makan berudu dipraktiskan di China 

Video ibu ini memberikan anak makan berudu telah tular di laman sosial. Menerusi video tersebut, ibu berkenaan menerima pelbagai pandangan juga kecaman kerana rata-rata netizen mengatakan anak makan berudu ada banyak keburukan berbanding kelebihan.

Walaupun ibu ini mungkin ada sebab berbuat demikian. Namun, doktor bersetuju dengan netizen kerana makan berudu akan memberikan jangkitan prasit yang datang daripada berudu yang tidak dimasak. 

Anda boleh lihat video di bawah ini untuk menyaksikan bagaimana anak ini diberi makan berudu oleh ibunya.

Adakah anak makan berudu baik untuk kesihatan? 

Akan tetapi, di Singapura terdapat sebuah ladang katak yang menyediakan minuman berasaskan berudu. Menurut mereka, minuman berudu ini membantu memulihkan masalah paru-paru dan memberikan kesegaran pada kulit wajah.

Manakala, di Thailand turut menyediakan sajian berudu ini yang dipanggil luk awd. Walaupun, bagi mereka berudu hanyalah makanan ruji biasa, tetapi mereka percaya ia banyak kandungan protein yang bagus.

Terutamanya jika ia dimasak secara kukus atau kari yang diletak cili. Cukup menyelerakan bagi mereka.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia, adakah anda sanggup memberikan anak makan berudu?

Namun, untuk memberikan anak memakan sesuatu yang luar biasa ini haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Bertanyakan apakah khasiat yang terkandung sama ada baik untuk kesihatan anak atau sebaliknya. Kemudian, baru cuba! 

anak makan berudu, beri anak makan berudu hidup, berudu untuk bayi, berudu, anak diberi makan berudu, video anak makan berudu

Jangkitan bukan hanya pada anak 

Satu kajian telah dilakukan baru-baru ini dari Infectious Diseases of Poverty Journal yang turut menyatakan risiko jangkitan bila individu makan berudu. Pengkaji tersebut melihat kes yang berlaku pada seorang lelaki dewasa yang merupakan seorang tukang kebun, berusia 29 tahun.

Lelaki tersebut, sangat suka makan berudu hampir setiap hari. Akhirnya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pelbagai jangkitan kuman, 

Seperti pengakuan ibu di atas, lelaki dewasa itu juga percaya khasiat yang terkandung dalam berudu, lantas mengamalkannya hampir tiap hari. Tetapi apa yang berlaku padanya tidak terduga. 

Pada mulanya, doktor mengesan beliau terkena apendik dan peritonitis tetapi selepas melakukan berulang kali rawatan dan ujikaji terhadap darahnya, doktor mendapati beliau terkena jangkitan sparganosis.

Kuman ini dikatakan boleh ditemui dalam tubuh haiwan dan boleh berjangkit pada manusia. Disebabkan itu, beliau ditahan oleh pihak hospital selama sebulan. 

Jika individu dewasa boleh terkena jangkitan, bagaimana pula dengan seorang kanak-kanak yang masih kecil dan imun badan juga belum kuat?

Justeru, melalui kajian ini bagi anak makan berudu adalah pemakan yang tidak baik malah mendatangkan bahaya pada nyawa anak. Selain pendidikan berkaitan pemakanan dan ubatan anak harus diperluaskan pada ibu bapa di sesetengah kawasan pedalaman yang terlalu taksub dengan ubatan yang karut ini.

Bahkan ia bukan hanya penyebab pada risiko sparganosis tetapi boleh juga terkena jangkitan malaria dan trichomoniasis. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga

5 cara suami boleh menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan ibu