Tahukah anda yang bayi sebenarnya menangis dalam rahim? Tapi mengapa?

Tahukah anda yang bayi sebenarnya menangis dalam rahim? Tapi mengapa?

Kita tahu yang anak akan menendang, menukar kedudukan dan banyak bergerak di dalam perut. Tapi adakah anak menangis dalam rahim?

Anak yang baru lahir akan menangis apabila mereka keluar dari perut ibunya. Tapi pernahkah anda terfikir, adakah anak menangis dalam rahim?

Jawapannya, ya. Bayi menangis dalam rahim, tapi jangan risau, ia adalah normal dan sebahagian daripada perkembangan si manja.

Anak menangis dalam rahim: Apa kata pakar?

Kajian baru yang dikendalikan di Universiti Durham dan Lancaster mengatakan yang anak baru lahir mula belajar cara berkomunikasi dengan kita ketika mereka masih di dalam rahim lagi. Dan mereka lakukan ini melalui tangisan.

Kajian menggunakan imbasan ultrasound untuk mengenalpasti pergerakan muka fetus. Si kecil ini sebenarnya menunjukkan menurunkan kening dan mengerut hidung. Kajian ini juga mengkaji video imbasan 4D oleh 8 perempuan dan 7 bayi lelaki di dalam rahim.

anak menangis dalam rahim, anak nangis dalam perut, anak dalam perut

Menurut Dr Reissland, pensyarah senior di Universiti Durham, tangisan itu lebih kepada perkembangan otak dari perasaan. Tapi kajian yang lebih diperlukan untuk ini.

Beliau berkata: “Tidak jelas sama ada fetus boleh merasa sakit atau tidak, kita juga tak tahu sama ada ekspresi muka melambangkan perasaan mereka. Adalah penting untuk bayi yang baru lahir menunjukkan yang mereka sakit supaya mereka boleh berkomunikasi tentang tekanan dan sakit yang meraka rasai kepada penjaga mereka.”

Walaubagaimanapun, kita tak perlukan kajian lebih lanjut untuk mengesahkan hubungan antara muka sedang nangis dengan jika mereka sedang sakit.

Anak menangis dalam rahim: Bagaimana nak berkomunikasi dengan anak dalam rahim?

Bercakap selalu dengan anak anda semasa mereka masih di dalam perut boleh menjalin ikatan dengan anak anda sebelum mereka lahir lagi. Ini antara beberapa tips bagaimana anda harus berkomunikasi dengan cara yang efektif.

anak menagis dalam rahim, anak nangis dalam perut, anak dalam perut

  1. Membaca atau bercakap dengan kuat adalah salah satu cara yang mudah untuk memupuk komunikasi secara lisan. Anak anda boleh mendengar suara anda seawal 18 minggu jika pendengaran mereka berkembang secara normal. Ada kebarangkalian tinggi yang anak anda akan kenal dengan suara anda semasa  mereka lahir.
  2. Permainan yang menarik yang mengandungi respon stimuli juga adalah cara yang bagus untuk berkomunikasi. Anda boleh cuba ketuk perut anda dan tunggu bayi anda respon. Mereka mungkin akan menendang balik selepas ketukan anda.
anak menangis dalam rahim

3. Muzik adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi dengan anak dalam rahim. Mainkan lagu yang perlahan dan tenang untuk memberitahu bayi anda yang anda akan berehat.

Pakar mengatakan, bayi memperlahankan gerakan apabila mendengar muzik yang perlahan dan menendang secara aktif apabila mendengar muzik yang kuat.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore 

Baca juga

5 Tanda Bayi Atau Anak Menangis Kerana Percaya Dan Memerlukan Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner