Bapa ini mohon pihak mini market tidak meletakkan Kinder Joy di display kaunter, ini alasannya
Apa anda akan buat kalau anak menangis minta mainan? Terus berikan atau jelaskan padanya supaya anak anda faham? Ikuti kisah dari hati seorang bapa ini.
Setiap kali mengajak anak shopping ke mini market, pasti ada saja permintaan untuk beli sesuatu, sama ada jajan atau mainan. Anak menangis minta mainan tentu membuatkan ramai mak ayah malu; ada yang sangka kita tidak sayang anak.
Padahal, sayang atau tidak pada anak bukan ditentukan oleh berapa kerap anda membelikannya mainan. Kalau hanya sekali 2 kali saja anak minta dibelikan sesuatu, tentu hal ini bukan masalah.
Namun, bagaimana pula kalau setiap kali pergi ke mini market anak menangis minta mainan?
Jadi, seorang ayah ini ada menuliskan curahan hatinya di status Facebook. Dia berharap yang pihak mini market tidak meletakkan jajan atau mainan di kawasan kaunter!
Luahan hati seorang ayah kerana anak menangis minta mainan
Satu akuan Facebook bernama Alice Pramac dari Makassar, Indonesia, ada menulis luahan yang mungkin turut menjadi suara hati ramai mak ayah di luar sana.
KEPADA SEMUA SUPERMARKET, MINI MARKET PERMOHONAN UNTUK TIDAK MELETAKKAN BARANGAN INI DI KAUNTER Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili ayah-ayah di seluruh Indonesia memohon agar pihak mini market dan supermarket untuk meletakkan barangan (seperti dalam gambar) di tempat lain selain di kaunter. 1. Ini kerana kami ayah-ayah tidak mampu untuk melayani ragam anak yang sangat menginginkan barang ini sehingga berlaku episode drama guling-guling di depan kaunter yang juga menyebabkan kami malu. 2. Selain daripada harganya yang sangat mahal (bersamaan dengan 1 liter minyak masak), barangan ini juga tidak memberi manfaat kepada anak-anak kami. Orang lain bolehlah, mereka kaya dan boleh beli seberapa banyak mereka mahu. Saya ini cuma pegawai bergaji rendah yang hanya mampu membeli mainan berharga Rp 2.000 (itu pun tangan saya menggeletar bila bayar) di penjual motor yang datang setiap Sabtu saban minggu tanpa putus asa membunyikan loceng khasnya. 3. Pihak kedai, fikirkanlah! Setiap kali saya berbelanja, anak saya pasti beli barang ini dan saya ada 2 anak. Kalau beli 2, hilang lagi 30 ribu rupiah. Itu sudah boleh beli beras 5 kg, buat makan sebulan. Sehubungan dengan itu, saya berharap yang pihak kedai dapat mempertimbangkan serta merealisasikan impian saya juga impian ayah-ayah di negara ini. Atas perhatian dan kerjasamanya, saya ucapkan terima kasih. Sekian.
Pendapat netizen terhadap luahan hati si bapa
Luahan hati ayah ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang berasa yang sama kerana anak mereka turut menangis meminta mainan “telur” Kinder Joy!
Seperti yang ditulis oleh akaun Lena Bahirah Radjab Borra: “Saya salah seorang yang pernah menjadi mangsa produk ini. Anak nangis dan berteriak sampai guling-guling. Tapi akhirnya saya harus mengalah. Jumlang wang 11 ribu rupiah x 5 (x 2 anak) dalam seminggu lebih mahal daripada harga lauk-pauk!”
Beberapa netizen lain menyarankan para bapa untuk berbelanja di kedai biasa saja, tak perlu di mini market jika tidak mahu melalui kaunter yang penuh dengan Kinder Joy.
Belanja di kedai kecil tentunya lebih murah dan dapat mencegah anak menangis minta mainan. Bagaimana pendapat ibu ayah tentang hal ini?
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 Perkara Yang Anda Perlu Ingat Sebelum Beli Mainan Untuk Si Kecil